Wednesday, December 21, 2011

KUMPULAN SLIPKNOT

Salam.
Kepada peminat muzik Slipknot, ni dia aku paparkan sedikit sebanyak cerita mengenai mereka.

Slipknot merupakan band metal Amerika dari Des Moines, Iowa. Ditubuhkan pada tahun 1995. Kumpulan itu telah diasaskan oleh percussionist (Shawn Crahan) dan Bassist (Paul Gray). Band ini dibarisi oleh :


Ahli Kumpulan
Berita terbaru, kematian Paul Gray pada 24 Mei 2010. Tempatnya diganti oleh Donnie Steele.


Pada pengamatan aku, band yang mempengaruhi muzik mereka ialah Fear Factory dan Godflesh (ada sedikit Slayer).


Slipknot terkenal dengan imej yang menarik, gaya muzik agresif dan bertenaga serta menunjukkan persembahan penuh huru-hara. Pasti ada headbanging dan stage diving.
Band ini terkenal dengan imej yang menarik perhatian kerana ahli-ahli memakai pakaian seragam, mempunyai topeng yang unik dan mempunyai nama samaran bernombor.


Band Slipknot tanpa topeng

Album
  • Slipknot: Double Platinum (February 2001)
  • Iowa: Platinum (October 2002)
  • Vol. 3: (The Subliminal Verses): Platinum (February 2005)
  • 9.0: Live: Gold (December 2005)
  • All Hope Is Gone: Platinum (August 2010)


Video and DVD
  • Welcome to Our Neighborhood: Platinum (February 2000)
  • Disasterpieces: Quadruple Platinum (November 2005)
  • Voliminal: Inside the Nine: Platinum (February 2007)
  • (sic)nesses: Platinum (November 2010)


Nota Kaki : Aku tau ada dikalangan korang nak copy and paste artikel di atas. Jangan lupa letakkan link blog aku sebagai kredit.

Wednesday, December 14, 2011

MUZIK DAN FESYEN

Muzik dan fesyen tidak dapat dipisahkan. 
Lihat saja pakaian budak-budak muda di pusat membeli belah atau di gig.
Sebolehnya mereka akan berpakaian mengikut tema genre muzik yang dipersembahkan. 
Pernah aku tengok di satu tempat, orang yang sama....
Bila zaman skinhead menular..dia pakai kasut DOCMART, tali pinggang ada paku, kepala botak, buku lima mesti bawak..kot nak gaduh, anytime. Hari-hari dengar lagu ACAB.
Habis zaman tu..lain zaman pulak menjelma.
Bila di gig metal, dia pakai semua hitam atas bawah, siap bercelak.
Bila berada di gig indie, gaya rambut pun berubah...mula sikat tepi dan berkaca mata. Poser..
Terpulanglah..sendiri punya duit..sendiri punya pakaian. Haha.

Berikut aku kongsikan beberapa genre muzik dan fesyennya sekali. 
Harap korang dapat pendedahan dan relatekanya dengan fesyen yang dipakai oleh anak muda sekarang.

Reggae

Rock Kapak

Black Metal

Grunge

Glam Rock

Hip Hop

Metal

Pop Yeh Yeh

Indie

Nasyid

Oi + Skinhead

Ska

Dan yang terakhir....

Kumpulan Budak Kacamata
(Kohkohkoh)

Nota kaki : Jangan jadi poser.

Tuesday, December 13, 2011

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 13 TAHUN 2011


Deskripsi : Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan
Berkuatkuasa : 1 januari 2012



Pekeliling tersebut disediakan khas untuk penjawat awam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (PP.13. 2011 - Pendidikan). Anda boleh memuat turun dengan klik pada pautan berwarna biru di atas.

Nota Kaki : Lampiran di atas adalah Pekeliling Perkhidmatan Bil.13 2011 yang rasmi. Dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Saturday, December 10, 2011

Peperiksaan Awam dan Cikgu Helmi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bila hujung tahun, peperiksaan PMR dan SPM pun menjengah. Aku ditugaskan menjadi Timbalan Ketua Pengawas (TKP) bagi kedua-dua peperiksaan awam tersebut.
  1. PMR - SMK Tronoh.
  2. SPM - SMK Toh Indera Wangsa Ahmad (TIWA), Batu Gajah.
Jadi TKP ni macam ketua pengawas, perlu ada di pusat peperiksaan sepanjang masa.
Tapi yang bestnya, boleh claim. Huhu.. Tak sampai 2 bulan, duit masuk akaun.

Semasa jaga SPM di SMK TIWA, aku terserempak dengan cikgu Helmi (kebetulan dia jadi guru bertugas). Dia ni dulu mengajar satu sekolah dengan aku di Tg.Tualang. Tapi bertahan 3 hari sahaja sebelum ditukarkan atas sebab kesihatan yang memerlukannya berulang dekat dengan rumah. Bujang lagi. Sape yang berminat dengan beliau, korang boleh PM aku.

Semasa berkhidmat satu sekolah dengan aku, peha kanan cikgu Helmi patah disebabkan naik turun tangga sewaktu menuju ke kelas. Kejadian tersebut berlaku pada hari Rabu (hari ke-3 beliau berkhidmat).
Kasihan beb.
Kebetulan minggu tu aku bertugas, aku yang hantar dia pulang ke rumah di Kampung Sentang dengan menggunakan kereta cikgu Sabural. Aku berulang ke sekolah naik motor.
Dia ni peminat tegar pasukan bola sepak Perak. Naik turun stadium ipoh tu pada dia...selamba ajer.

Nota Kaki : Perlu jadi sahabat baik sepanjang masa.

Thursday, December 8, 2011

XFM’s Top 100 Songs (UK)

XFM adalah sebuah stesen radio swasta berpengkalan di UK.
Operasi musik radio ini berorientasikan alternatif + indie.
Mungkin stesen radio swasta XFM yang berpengkalan di Malaysia (Frekuensi 98.9 - Perak) mengikut acuan stesen di UK ini.

Berikut adalah senarai lagu sepanjang zaman yang disenaraikan berdasarkan kepada :

  • Permintaan pendengar dalam setahun (2009-2010)
  • Saranan DJ radio berkenaan
  • Selebriti dan pejuang muzik rock (Band Rock Antarabangsa)

So..Jom layan...

  1. John Lennon…Imagine (1971)
  2. The Beatles…Hey Jude (1968)
  3. Nirvana…Smells Like Teen Spirit (1991)
  4. Oasis…Wonderwall (1995)
  5. The Verve…Bittersweet Symphony (1997)
  6. R.E.M….Losing My Religion (1991)
  7. Oasis…Don’t Look Back in Anger (1996)
  8. The Kinks…Waterloo Sunset (1967)
  9. Pulp…Common People (1995)
  10. U2…One (1992)
  11. Oasis…Live Forever (1994)
  12. The Rolling Stones…(I Can’t Get No) Satisfaction (1965)
  13. The Beatles…Strawberry Fields Forever (1967)
  14. The Beatles…Let It Be (1970)
  15. R.E.M….Everybody Hurts (1993)
  16. Joy Division…Love Will Tear Us Apart (1980)
  17. The Undertones…Teenage Kicks (1978)
  18. Radiohead…Creep (1993)
  19. David Bowie…Heroes (1977)
  20. The Jimi Hendrix Experience…All Along the Watchtower (1968)
  21. U2…With or Without You (1987)
  22. New Order…Blue Monday (1983)
  23. The Who…My Generation (1965)
  24. David Bowie…Space Oddity (1969)
  25. The Stone Roses…Fools Gold (1989)
  26. The Smiths…How Soon Is Now? (1985)
  27. Massive Attack…Unfinished Sympathy (1991)
  28. The Sex Pistols…Anarchy in the U.K. (1976)
  29. David Bowie…Life on Mars? (1973)
  30. The Verve…The Drugs Don’t Work (1997)
  31. The Jam…Going Underground (1980)
  32. The Smiths…This Charming Man (1983)
  33. Guns N’ Roses…Sweet Child O’ Mine (1988)
  34. The La’s…There She Goes (1989)
  35. The Clash…London Calling (1979)
  36. Blur…Song 2 (1997)
  37. The Jimi Hendrix Experience…Voodoo Chile (Slight Return) (1968)
  38. The Stone Roses…I Am the Resurrection (1989)
  39. Oasis…Champagne Supernova (1996)
  40. Red Hot Chili Peppers…Under the Bridge (1992)
  41. The Rolling Stones…Jumpin’ Jack Flash (1968)
  42. Coldplay…Yellow (2000)
  43. The Rolling Stones…Paint It, Black (1966)
  44. The Jam…A Town Called Malice (1982)
  45. The Kinks…Lola (1970)
  46. Pink Floyd…Wish You Were Here (1975)
  47. The Kinks…You Really Got Me (1964)
  48. Radiohead…Paranoid Android (1997)
  49. The Sex Pistols…God Save the Queen (1977)
  50. Radiohead…Fake Plastic Trees (1995)
  51. Manic Street Preachers…Motorcycle Emptiness (1992)
  52. Underworld…Born Slippy (1995)
  53. The Doors…Light My Fire (1967)
  54. U2…Where the Streets Have No Name (1987)
  55. Lou Reed…Walk on the Wild Side (1973)
  56. The Specials…Ghost Town (1981)
  57. The Rolling Stones…Sympathy for the Devil (1968)
  58. The Jam…That’s Entertainment (1981)
  59. The Rolling Stones…Honky Tonk Women (1969)
  60. Manic Street Preachers…A Design for Life (1996)
  61. Paul Weller…Wild Wood (1993)
  62. Green Day…Good Riddance (Time of Your Life) (1997)
  63. Pink Floyd…Comfortably Numb (1979)
  64. Oasis…Supersonic (1994)
  65. The Killers…Mr. Brightside (2004)
  66. The Buzzcocks…Ever Fallen in Love (1978)
  67. The Who…Won’t Get Fooled Again (1971)
  68. James…Sit Down (1991)
  69. The Strokes…Last Nite (2001)
  70. The Smiths…There Is a Light That Never Goes Out (1986)
  71. Radiohead…Street Spirit (Fade Out) (1996)
  72. Radiohead…Karma Police (1997)
  73. The Who…Substitute (1996)
  74. The Prodigy…Firestarter (1996)
  75. Manic Street Preachers…If You Tolerate This Your Children Will Be Next (1998)
  76. The Rolling Stones…Brown Sugar (1971)
  77. The Rolling Stones…Gimme Shelter (1969)
  78. Depeche Mode…Enjoy the Silence (1990)
  79. U2…I Still Haven’t Found What I’m Looking For (1987)
  80. Oasis…Some Might Say (1995)
  81. The Jimi Hendrix Experience…Hey Joe (1966)
  82. Primal Scream…Loaded (1990)
  83. Blur…Parklife (1994)
  84. The Clash…White Man in Hammersmith Palais (1978)
  85. Oasis…Whatever (1994)
  86. Green Day…Basket Case (1994)
  87. The Killers…All These Things That I’ve Done (2004)
  88. The Rolling Stones…Get Off of My Cloud (1965)
  89. Oasis…Cigarettes and Alcohol (1994)
  90. David Bowie…Starman (1972)
  91. The Beatles…Day Tripper (1965)
  92. Blur…Girls and Boys (1994)
  93. Snow Patrol…Run (2004)
  94. The Beatles…Eleanor Rigby (1966)
  95. Coldplay…The Scientist (2002)
  96. Led Zeppelin…Whole Lotta Love (1969)
  97. The Jam…Down in the Tube Station at Midnight (1978)
  98. New Order…True Faith (1987)
  99. Run-D.M.C. with Aerosmith’s Steven Tyler & Joe Perry…Walk This Way (1986)
  100. John Lennon…Instant Karma (We All Shine On) (1970)
Cukuplah 100 lagu di atas. Sebenarnya ada versi 1000 lagu. Itu mungkin akan aku paparkan dimasa akan datang. Atau korang boleh cari sendiri.
Maaf lambat update blog. Kohkoh.

Nota kaki : Diharapkan dengan senarai lagu yang dipaparkan dapat menambahkan lagi koleksi lagu dan genre yang korang dengar. 

Friday, November 18, 2011

Update 2 Blog dan Kemenangan Pasukan Bola Sepak Malaysia

Assalamualaikum.
Dah lama aku tak update blog bukurekod2u.blogspot.com ni.
Sebabnya, ada dua :
1. Bila hujung tahun, terlalu banyak kerja di sekolah yang perlu dibereskan.
2. Aku juga sedang mengupdate blog sekolah iaitu http://smkcmyusuf.blogspot.com/

Walaubagaimana pun, aku tetap akan mengupdate kedua-dua blog tersebut bilamana keadaan mengizinkan.
Anda dialu-alukan mengunjunginya, jika berkesempatan.

Kepada pasukan / pemain B23 Malaysia, syabas diucapkan atas kejayaan membenam keangkuhan Indonesia dengan keputusan 1-0. Apa yang diharapkan, corak dan semangat juang pemain muda Malaysia perlu dikekalkan.

Nota : Dulu aku main bola jugak, tapi peringkat kampung aje. Masa tu bangga la dapat kalahkan team Changkat (Batu Gajah) dan team Kampung Pisang (Batu Gajah).
   

Saturday, October 29, 2011

UNDILAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
PRU 13 akan muncul tak lama lagi. Statistik rakyat Malaysia berbangsa Melayu masih kurang yang mendaftar sebagai pemilih. Bangsa lain dah mendahului ketika ini.
Di sini aku nak korang semua tonton video nyanyian Namewee dan Afdlin untuk kesedaran semua pihak sebelum terlambat.
Jika terlepas mengundi di PRU 13, makna kata anda akan merasainya pada 4, 5, 6 tahun akan datang jika diizinkan Tuhan.


Walau apa pun pilihan anda, buat pilihan dengan bijak.
Berfikir secara rasional dan waras.
Tahun ni aku mengundi + jadi kerani undi. Kohkohkoh. Disamping mengundi, dapat upah.

Selamat Mengundi..!

Wednesday, September 21, 2011

DIALEK PERAK

Salam Bahagia..!
Sebagai penduduk tetap negeri Perak (lahir dan bekerja di Perak), banyak pendedahan yang aku dapat sepanjang percakapan seharian dalam dialek Perak.
Idea nak buat entri ni terhasil bila aku layan radio Perak FM, kelolaan Mr.Os dan DJ Yeop Saiful @ DJ Yop Aziz (Segmen Cer Pikio). Waktu siarannya setiap hari Isnin jam 3 hingga 5 petang.
Sejak dua menjak ni dialek Perak kembali kedengaran dan popular dalam filem dan radio. Sebelum tu zaman kegemilangan filem-filem Mr.Os sekitar tahun 80-90an.
Entri kali ni aku nak paparkan sebahagian perkataan dalam dialek negeri Perak untuk tatapan umum.
Dah macam wikipedia pulak rasanya. Hehehe. Ada di antara perkataan dalam list di bawah ni aku ambil dari blog orang lain, dan ada jugak yang aku tambah sendiri.

 - Acekeme = Camne kalo
 - Apa ke he = apakah hal
 - Ate = ? (pemula bicara)
 - Awok = saya, aku
 - Ayor = air
- Ayor mati - Ayor Paneh
 - Bak = minta
 - Beda'ah = bohong, tipu (ayat: Kamu jangan beda'ah!)
 - Bedek = periksa sesuatu
 - Bedi = sejuk
 - Bedik = terpejam-pejam(mata)
 - Begik = degil
 - Behe = bengkak peha
- Bengkeng = Pemarah
 - Berambat = berlari
 - Bercheroh = Bunyi akibat sesuatu
 - Berde'eh = merengus
 - Bergediok = banyak, ramai
 - Berjujuih = berbaris-baris, bersusun-susun
 - Beroyang = biawak air
 - Berunte = beransur
 - Bibior = bibir
 - Bojot = basah
 - Bolen = telanjang
 - Bonyeh = basah + lembab + kotor
 - Bonyok = hempap, tindih, tekan
 - Buat kerin = buat tak tahu
 - Bulor, Kebulor = lapar, kemaruk
 - Bulut = gulung
 - Cabok = buruk (ayat: basikal cabok pun kena curi..)
 - Cakcibor = pepatung
 - Capang = kembang terbuka
 - Ce = ? ,cuba (ayat: Ce kamu buat dulu, lepas tu aku)
 - Cebok = gayung, bekas cedok air
 - Ceghoye = cari
 - Cekoh = pegang, sentuh
 - Celuih = lepas
 - Cemei = mata sepet, separuh buta
 - Cenonggeng = bontot ayam
 - Cerangap' bercerangap = bersepah,tak tersusun
 - Cerum-ceram = seram sejuk
 - Cicor = cicir
 - Cior = kusyen/tilam kecil untuk majlis akad nikah
 - Co'et = sikit sangat (ayat: Alah! seco'et je yang dapat)
 - Cokeh = cari (ayat: Apa dicokeh?)
 - Conggek = berjalan agak tonggek
 - Coyer = cari
 - Cupoi = hujung
 - Dabe = beg duit, wallet
 - Dedor = badan suam-suam rasa macam nak demam
 - Degor, berdegor= bergetar
 - Deme= mereka
 - Dengkut= tempang
 - Deruih= nakal
 - Engkoh, engkohnya..= rupa-rupanya
 - ganjak= bergerak sedikit
 - Ganjey= janggal
 - Gebor= selimut
 - Geduak= buah keras
 - Gemor= suka
 - Getik= menyampah, benci
- Getok = jatuh
 - Gerotok = Jambatan
 - Ghayan= sawan, tarik
 - Ghodi, peghodi= kerjakan
 - Ghonjang, ronjang= jolok
 - Ghotak= jambatan kayu
 - Gile sebere= gila tak tentu hala
 - Godam= hentam
 - Gogok, togok= minum dengan tergesa-gesa
 - Gomen = kerajaan (government)
 - Gonyoh= tenyeh
 - Goyor= goyang, gayat
 - Haghin= ketiak hangit
 - Hajab= peduli (ayat: Apa hajab aku.Bior lantaknya)
 - Hakap=tamak
 - Hambat= kejar
 - Hameh= badan berbau busuk
 - Hangat pijor= hangat pijar
 - Hanyak= pijak
 - Hanyor= hanyir
 - Henyut bengut, herot benyut = senget, kemek
 - Hincit= halau pergi(ayat: Hincit kamu dari sini!)
 - Hingor= bising
 - Hogeh= goyang sesuatu untuk tujuan mencabut
 - Hugu hagan = kusut masai
 - Hunte= lantak, biarkan
 - Ingke= seronok sangat
 - Jabe= uncang
 - Jakme, Ja'ama = Juz Ama
 - Peghak = Jakun
 - Jebik= tarik muka, hampir-hampir menangis
 - Jegey= beliakkan mata
 - Jegholong = tempat buang sampah kat tepi hutan
 - Jelabang= tak mendengar dengan baik
 - Jelabok= terburai
 - Jelebo= labi-labi
 - Jelejeh, berjelejeh, menjelejeh= air keluar dari mulut
 - Jelepek= letih sangat
 - Jenuh= selalu, puas, lama
 - Jerobe=Terpa
 - Jerobon= timbunan (lebih besar daripada jeromon)
 - Jerombab= tersungkur
 - Jeromon= timbunan kecil
 - Joben = telinga besar
 - Joghe = jakun
 - Jongoih = ?
 - Jongong = membuat muka hodoh untuk menyakitkan hati orang
 - Joren = tajam
 - Juih = cebik
 - Kacak@kicak = pijak (ayat: Ce usah kicak lecah tu...kotor)
 - Kadap = ke hadapan
 - Kanja = terkena/naye/ terkejut
 - Kantor= buah pokok kabung, dibuat halwa. biasa ada pada puasa dan hari raya
 - katup =tutup
 - Kayor = pergi ke sungai, pergi ke bilik air
 - Kecek, mengecek = tipu, menipu
 - Kedan/gedan = penyodok pasir
 - Kedengkin = kurus sangat
 - Kelemayor = berair (ayat: mata kamu berkelemayor)
 - Kelior = ke hilir
 - Kelolo = lawak. tergesa
 - Keme, kume = kami
 - Kemin = penjagaan rapi / kemas
 - Kengkiak = anai-anai hitam kepala besar
 - Keroko = cakar
 - Keromut = keredut
 - Kobek/kebek = mengorek/menekuni
 - Kokak = gigit
 - Kome = Merujuk kepada dua orang atau lebih (ayat: kome pergi la mendaftar, tak rugi)
 - Kopah = kibas
 - Kuce = kacau(masakan)
 - Kulu = ke hulu
 - Kumbah = halau pergi dari tempat itu (ayat: Kumbah kome dari sini, buat semak aje)
 - Kume = Saya
 - Kuncam = terkunci(mulut terkuncam)
 - Kute = keras, tua
 - La'eh = lesu, tak bermaya
 - Labon = cakap
 - Leboh = terlepas, hilang
 - Lecah = becak
 - Legat = mata asyik pandang sesuatu
 - Lekeh = pandang rendah orang lain
 - lekor = rasi, menjadi
 - Lenjun = basah
 - Lenyor = lembik
 - Lepor = ruang khas yang ditinggikan dibuat daripada papan auat buluh untuk kerja-kerja kenduri
 - Lesut = longgar
 - Libang libu = runsing
 - Lugu = jemu
 - Machun = kosong, tiada
 - Mangkor = keras
 - Meghelap = aktiviti menangkap ikan menggunakan daun-daun pisang kering yang dijadikan pukat
 - Meghambu = joli
 - Megholoh = tidur
 - Megholoih, berolos= tembus
 - Melangut = muka dan mata melihat ke atas
 - Melantak = makan
 - Melantong = busuk sangat (ayat: Mak oi..kentut sapa busuk melantong baunya ni?)
 - Meletin = manis sangat
 - Melilor = melilau
 - Mencebak = alat mengorek lubang
 - Mencicit = lari lintang pukang
 - Mencobak = tak henti-henti
 - Mentoka = kereta
 - Mengelebang = seolah-olah melayang (ayat: Mengelebang dia bawak motor)
 - Mengelinak = berkeliaran
 - Menghebah, merebas = berak
 - Mengke = mengkal
 - Menguet = bergerak-gerak(ayat: Ekor kucing itu menguet)
 - Menonong/menonen= melulu
 - Mentelun / pentelon = seluar
 - Menyelap = aktiviti perbomohan (sehingga tak sedarkan diri), marah-marah
 - Merampuih = melawan, memberontak
 - Merenin =bengkak, berkilat
 - Merewang = merayau
 - Merongeh = hisap puting(baby)
 - Mete = senyap, diam, kaku
 - Metor/meghetor = berpusing-pusing mencari sesuatu
 - Mike = kamu, engkau, kau
 - Minyak geh/ gah/ gas= minyak tanah
 - Moh = ajak, jemput, jom
 - Mue = beri muka
 - Muey = rasa nak muntah
 - Mulut jelabah = mulut laser, pok pet
 - Muncoh = Berharta
 - Nen = jernih (ayat: heymokk, nen beno ayor sungei ulu kenah)
 - Ngamput = perihal mencerca (ayat: Ngamput betul dia tu, pinjam duit tak reti nak pulang balik!)
 - Ngancok = perkataan lucah diucap ketika marah
 - Ngantor = Menghantar makanan depan pintu rumah jiran tanpa diketahui oleh jiran.
 - Ngayan = sauk ikan guna alat daripada rotan dan jaring
 - Ngekek = ketawa dengan kuat
 - Ngelat = tipu
 - Ngeledin = bengkok berpintal
 - Ngelejat = mengelupur
 - Ngelempang = bergelimpangan
 - Ngelenyor = gatal(ayat: Anak dara pakcik tu memang ngelenyor)
 - Ngelewor = berjalan ke kiri ke kanan
 - Ngeligih, mengeligih = menggigil kesejukan
 - Ngelitin, mengelitin = mengelupur
 - Ngempor = jalan terkengkang-kengkang (ayat: Mak oi..ngempor jalannya..)
 - Ngeren =senget
 - Ngigo ghato = mengigau merepek-repek
 - Ngobak = menangis (budak-budak)
 - Ngolek =baring
 - Ngolen = sampan/bot bergerak-gerak dilanda ombak
 - Ngonyen, Nyerongen = senyum, sengih
 - Nguk ngap nguk ngap = berdenyut-denyut
 - Ngulen peghin= bergolek-golek, berguling-guling
 - Ngunyap=menguyah
 - Nohen= buat tak tahu
 - Not= duit kertas
 - Nuge= loya
 - Nungap= mengah
 - Nyambe= menyambal
 - Nyampuk= mencelah ketika orang berkata-kata
 - Nyangat=minuman panas
 - Nyegholang= perihal warna yang terlalu terang
 - Nyeluen = suatu keadaan fizikal yang berlebihan luar daripada biasa
 - Nyenggor = panas
 - Nyerangkang = jatuh terkangkang
 - Nyerangkong = duduk bertinggung
 - Nyeronot= menyusup
 - Nyeronyot= merujuk benda hidup yang banyak dan kecil-kecil
 - Nyongket= berjalan-jalan, bersiar-sira
 - Nyongok= bahagian depan terangkat sedikit; ayat; bot tu nyongok sikit
 - Nyor = kelapa
 - Paih= lepat pisang, masakan ikan dalam daun pisang
 - Pantang lepa = leka
 - Parap = pukul orang menggunakan belakang tangan
 - Pare buang = rak menyimpan alatan dapur
 - Pasyor = pasir
 - Pele'ot, terpele'ot = bengkok, remuk
 - Pelior = kemaluan lelaki
 - Penala = penampar
 - Pengilo = bubu besar berbentuk 4 segi
 - Pengkor = pengkar
 - Pengor = busuk sangat
 - Penyegan = pemalas
 - Pongo = terdedah
 - Ponyok = renyuk (ayat: Apa ke he kamu ponyok kertas tu?)
 - Pores = Pekerja Jabatan Hutan
 - Raba = getah pemadam
 - Raban teben = tak keruan, tiada terurus
 - Rabat = panjat
 - Rabit = cabik
 - Randuk = berjalan dalam air
 - Rebe hanyut = perumpamaan penyibuk
 - Rebeh = senget
 - Reben Teben = Tak Tentu Arah
 - Regih = penyapu lidi
 - Rempit = rotan
 - Rengkat = tempang
 - Rengkoh= goyang dengan kuat untuk merempuh
 - Renyah = leceh
 - Rigap = cekap
 - Sange, sangai = penutup hidangan
 - Sarok = tak sengaja
 - Segholoh = jatuh, termasuk ke dalam/bawah
 - Seghoyat = perihal hujan yang sudah berhenti
 - Seghoyor = seriau
 - Selayut = bergantungan
 - Selemoih = kotor berair (ayat: Berselemoih muka budak itu)
 - Selewen = Tak prihatin, tidak ambil berat, tidak buat dengan betul
 - Seliang = satu tamparan, satu pukulan
 - Selimbo, selembo = tusukan kecil ke dalam kulit akibat serpihan kecil daripada kayu
 - Seluen = pulas (ayat: Aku seluen telinga budak ni karang!)
 - Sember = pasir
 - Sengkak = senak(perut)
 - Siya' = mangkuk tingkat
 - Skor = rembat, curi
 - Sonteh = sentap, rentap
 - Soyok = atap tambahan
 - Suba = tidak cantik tapi tidak pula hodoh
 - Tali besen = TV
 - Taboh = pukul
 - Tak kose = tak kuasa (ayat: Tak kose teman nak nasihat dia)
 - Tak Mandang = Tak de
 - Tak ngomben = tak memberi kesan, tiada apa-apa yang berubah
 - Tak semiok = tak sihat (ayat: Tak semiok rasa hari ni, tak jadi la pergi Kuala)
 - Tak sior = tak hendak, tak ingin(ayat: tak sior teman eh!)
 - Tawor lesyor = tawar (makanan tawar)
 - Teghoyak = menangis
- Teman = saya, aku
 - Tembi = menyiku
 - Tembok = jalan tar
 - Tembun = tembam
 - Temen = moody, sombong
 - Tempelen = lempang, tampar (di bahagian pipi/muka)
 - Tengin = bodoh
 - Tepek = kuih daripada pisang atau tepung
 - Terbelih = terjerut
 - Tereban =buang,humban
 - Terenjat = terkejut, cemas
 - Tergeloceh = tergelincir
 - Terjerombab = tersungkur
 - Terkayak-kayak = lalu lalang, terkial-kial
 - Terkolap = terseliuh
 - Tertomoih =terjurumus / Terjeghombak
 - Tobek = tebuk, lompang
 - Toben = tua
 - Tohor = berkeras, tahan
 - Tojen = kurus kering
 - Tojey = serangan lisan bertalu-talu
 - Tongong = bodoh
 - Torak = kuih dibuat daripada tepung yang dibalut, dimasak dalam daun pisang. Dalamnya ada inti
 - Torek = bising , berleter
 - Toyok = babi
 - Tu'i = tolak
 - Tujey = menyiku
 - Tumpor = tewas
 - Tungo = sejenis kutu yang menggigit badan manusia
 - Uraih = umpan
 - Yong = kakak sulung, perempuan
 - Yop / Yeop = abang sulung, lelaki

** Ada jugak perkataan yang sebutannya baku seperti laksa dan bola. Tapi abang ipor aku (orang Kedah) sebut laksee. Kehkehkeh.

Monday, September 5, 2011

Super Kinta - Kompleks Yik Foong - Bazar Bulat.

SUPER KINTA



Super Kinta dah wujud lama sebelum pasaraya Jusco, Ipoh Parade dan Tesco. Tempat membeli-belah paling grand pada zamannya. Melebihi Emporium di pekan Batu Gajah ketika itu. Hehe. Tapi sayang hayatnya berakhir setelah wujud pasaraya yang lebih moden dan lengkap infrastukturnya. Sempat jugak aku berdating pada tahun 2002. Masa tu baju-baju di atas rak dah tak banyak, rata-rata dah tinggal suku sahaja.
Pasaraya ni terletak di tingkat atas Pasar Besar Ipoh.
Di bahagian bawahnya terdapat pasar ikan, daging, sayur, babi, buah-buahan dan bahan-bahan memasak. Di tingkat satu terdapat gerai buah-buahan, ubat-ubatan tradisional, Juga terdapat kedai buku, permainan dan perhiasan rumah. Surau dan tandas juga disediakan. .Di tingkat bawah pulak ada menjual barang antik seperti di pasar Loken.
Oh ye, di tingkat satu ada kedai menjual kaset, aku lupa nama kedainya. Kalau nak dapatkan kaset (masa tu takde CD ) sinilah tempatnya. Dan juga tempat men'Dubbing Lagu" pilihan..
Zaman kecik-kecik dulu, aku mesti melompat bila bapak aku kata nak pergi Super Kinta. Aku pernah terlost dari pandangan family aku beberapa ketika asyik membelek permainan. Department permainan di Super Kinta antara yang terbesar di Malaysia. Manyakk syiokk... Aku tak dapat beli barang permainan yang mahal-mahal macam Maskman, Transformers atau kereta kontrol..cuma yang murah-murah aje, Hotwheels. Tu pun dah gumbira gila.
Studio jamming Pak SYJ masih wujud hingga kini. Pada tahun 2005 aku pernah bawak dua budak untuk audition vokal bagi mencari pelapis baru vokalis kumpulan SYJ.

**********************************************************************************

KOMPLEKS YIK FOONG



Kompleks Yik Foong terletak di Jalan Laksamana berhampiran Super Kinta. Tidak ada pasaraya di Malaysia sepertinya kerana kedai-kedai di dalamnya seperti rumah teres (kedai sebuah-sebuah). Seperti di Kinta City (tidak termasuk Jusco). Dulu ada pusat permainan video di tingkat atas sekali kononnya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Tapi aku redah aje, zaman tu umur 14 tahun.
Dulu tak ada pun peniaga Melayu berniaga, susah kot nak bersaing dengan peniaga Cina. Kalau ada pun hanya pembantu jualan atau pencuci tandas sahaja. Sedih.. Tapi awal tahun 2000 dah ada peniaga Melayu, nama kedai dia PC Blossom. Aku baik jugak dengan owner kedai tu, Kak Teh namanya. (kak Teh tu bini Pian Shizuka). Berjaya jugak aku beli RAM512 dengan harga yang sangat murah. Sekarang dah banyak peniaga Melayu antaranya Bozok dan ape tah lagi aku lupa namanya.
Kedai Melody Music satu-satunya yang menjual kaset sampai sekarang. Stabil sungguh ekonominya. Carilah apa jenis genre muzik, semua ada dari pop indon, dangdut, rock, punk, oi!, blues hingga ke black metal.
Dulu Kompleks Yik Foong ni selalu jadi port bergaduh. Macam-macam puak ada. Tak lupa jugak tempat memperagakan fesyen pakaian dikalangan peminat muzik antaranya punk dan metal. (Doktor Bentara, sila beri penjelasan, haha)
Kompleks Yik Foong ketika ini terkenal dengan penjualan barangan komputer. Banyak lot kedai bersaing sesama sendiri menawarkan harga yang menarik. Lebih kurang macam di Kompleks Low Yatt, Kuala Lumpur.
Di saat ini pun aku masih teringat lagi keenakan masakan Meggi di kedai bahagian bawah tanah. Apa nama kedai Cina tu aku dah lupa. Sekali sekala aku singgah pekena, melepaskan gian bersama dengan air longsoi. Pergghh...
Band SYJ sempat merakamkan kenangan di Yik Foong dalam album Khudrat (tahun 1990).


**********************************************************************************

BAZAR BULAT



Bangunan di atas antara mercu tanda yang menjadi nostalgia kepada sesiapa yang membesar di bandaraya Ipoh sekitar tahun 70'an dan 80'an. Bangunan ini terletak di Pasar Yau Tet Shin dan berhampiran dengan Jubilee Park di pusat bandar Ipoh. Sayangnya bangunan ini telah dirobohkan pada penghujung 90'an dan kini ia dijadikan kawasan parkir kereta. Adoi...!

Dulu, aku selalu singgah ke Bazar Bulat lepas membeli belah di Super Kinta. Ape lagi kalau bukan makan nasi ayam. Sambil mata menjeling ke arah pusat permainan video.
Bangunannya unik macam donut kerana ia berbentuk bulat. Bangunan ini menempatkan pelbagai jenis kedai antaranya kedai pakaian, pusat permainan video dan snooker. Bazar Bulat juga dikenali kerana restoran nasi ayamnya yang terkenal iaitu restoran Nasi Ayam Bazar Bulat serta sebuah studio rakaman yang dikenali sebagai Studio SYJ di mana sebuah kumpulan rock tempatan yang terkenal sekitar tahun 80'an iaitu SYJ telah ditubuhkan di sini.

Thursday, August 4, 2011

TEKKEN

Kenangan bermain game di Kompleks Yik Foong (Ipoh) sangat mengujakan aku. Dulu tatkala aku dapat peluang ke Ipoh naik bas dengan gang Bemban, berkobar-kobar di dada disaat memikirkan karakter apa yang harus dimainkan dan teknik apakah yang perlu dibuat.

Mula berjinak-jinak main game di Yik Foong ni seawal tingkatan 2 (1995). Masa tu token tak pakai lagi. Satu game RM0.20 sen ajer. Pergh...murah tu. Boleh main sampai lebam.
Masa tu main game lagi kenyang rasanya dari makan sepinggan nasi atau semangkuk ABC di TKK (Taman Kanak-Kanak di belakang Kamdar).

Antara game yang menjadi kegilaan aku masa tu ialah Tekken. Masa tu Tekken 2. Kira habis dasatlah grafik 3D nya pada zaman tu berbanding game-game yang lain.
Sesiapa pemain tegar game pada zaman tu hingga sekarang pasti menyokong statement di atas.
Karakter yang paling aku minat sampai sekarang ialah KING dan PAUL.



Tekken meliputi pelbagai seni mempertahankan diri seperti :

Karate:             Heihachi Mishima, Kazuya Mishima, Jin Kazama
Kung Fu:          Lei Wulong, Ling Xiaoyu, Julia Chang, Feng Wei, Wang Jinrei
Tae Kwon Do: Hwoarang, Baek Doo San
Tinju:               Steve Fox
Kick Boxing:    Bryan Fury, Bruce Irvin
Gusti:               King I, King II, Armor King
Vale Tudo:       Craig Marduk
Capoeira:         Eddy Gordo, Christie Montiero
Aikido:             Nina Williams, Anna Williams, Asuka Kazama
Judo:                Paul Phoenix
Jeet Kune Do:  Marshall Law, Forest Law
Sumo:              Ganryu
Ninjitsu:           Yoshimitsu, Kunimitsu, Raven


Tak macam Street Fighter (abuugit), pertarungannya lebih jantan di mana pemain berlawan rapat dengan badan musuh. Karakter King contohnya boleh menangkap musuh dan menghentaknya tanpa henti. Selagi betul butang kombo yang ditekan. Betul2 macam wrestler dalam wrestling. Yeehaa..!
Tekken 5 ada terdapat di Pasaraya Jusco. Sekali main RM1.00. Mahal. Sape tak terrer pasti rugi. Yang terrer akan main sampai jumpa BOS. Ada "Here come a new challenger" pun takde hal punya. Tak gentar.

Antara karater utama :

Versi terkini adalah Tekken 5 (Tekken 6 dalam proses). Banyak karakter baru. Tapi apakan daya hanya boleh main di Playstation 3 dan XBOX 360 sahaja. Telan ayor lior je chor..
Diharapkan dimasa akan datang aku dapat main game Tekken ni semula. Gian beb.

Friday, June 17, 2011

Perbandingan petrol Shell dan Petronas (RON 95)

Salam,
Saya menggunakan kereta Toyota Vios (2005). Saya berulang alik dari Batu Gajah (Perak) ke Manjung (Perak) sekitar 60km. Waktu kajian saya adalah ketika harga minyak RON95 = RM1.80/liter.

RPM 2 (1X1000) = 80KM/J (Rendahkan?)



Shell :
Saya pengguna tegar petrol shell RON95. Sekali isi RM50. Kebiasaannya dengan isian RM50, kereta saya dapat bergerak sejauh 415KM-455KM. Pada pandangan peribadi saya, petrol shell ni lebih likat isipadunya berbanding petronas yang agak cair. Oleh sebab itu ia dapat menggerakkan kereta saya dengan lebih pikap dan jauh.

Petronas :
Tetapi setelah Petronas perkenalkan petrol RON95 Extra, datang minat saya nak mencuba. Dengan jarak perjalanan yang jauh, saya dapat menilai penggunaan minyak petrol dengan lebih berkesan di antara shell dan petronas. Saya cuba selama 4 bulan tanpa henti. Hasil kajian peribadi saya, kereta jadi lebih pikap sekitar 10% berbanding penggunaan petrol shell RON95. Walaupun pikap, tapi penggunaan petrol sekitar 370KM-400KM sahaja.

Sekarang, saya kembali menggunakan minyak petrol Shell RON95.

p/s : Pandangan / kajian peribadi.

Saturday, June 4, 2011

MAKSUD BENDERA NEGERI PERAK DAN JALUR GEMILANG

Kepada calon-calon yang bakal ditemuduga oleh pegawai-pegawai Kerajaan, bersiap sedialah dengan maklumat berkaitan warna bendera negeri Perak (atau negeri masing-masing) dan Jalur Gemilang. 

1.   BENDERA PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. 
Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.

   a.   Warna putih : melambangkan kebesaran Duli Yang Maha    Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

   b.   Warna kuning : melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

   c.   Warna hitam : melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.


2.   BENDERA MALAYSIA

Jalur Gemilang

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.
------------------------------------------------------
Sepanjang aku ditemuduga oleh pegawai Kerajaan, soalan yang selalu ditanya :
a. Isu semasa
b. Jawatan yang dipohon
c. Pengetahuan Am
d. Maksud warna bendera
e. Asas bahasa Inggeris

Tiga temuduga berikut telah berjaya aku harungi, Alhamdulillah..aku berjaya menjawat semua jawatan tersebut dalam tempoh masa yang berasingan.

1. Pembantu Tadbir N17 (Kesihatan)
2. Pegawai Penerangan S41 (Penerangan)
3. Guru DG41 (Pendidikan)

Yang penting jangan tinggal solat dan selalu berdoa kepada Allah. Yakin akan kuasa Allah. Dia yang memberi rezeki, bukan orang lain.

Semoga Berjaya Isteriku. :-)
Dan rakan-rakan yang lain.

Thursday, June 2, 2011

RFC (Radix Fried Chicken)

Hari Rabu (1 Jun 2011) yang lalu, aku bersama isteri jalan-jalan cari makan di sekitar Ipoh. Dikhabarkan ada satu kedai makan bumiputera yang beroperasi sama macam KFC dan McD. Apa lagi mula la mencari. 
Agak susah jugak nak mencari lokasi kedai ni. Sebab dia terletak sedikit terkedalam. Belakang Billion (Silibin). Pepandai korang lah cari. Tapi nak senang lagi, lokasi dia bersebelahan dengan kedai Tayar Continental. 
NO. 13, Bangunan KOMAS, Jalan Kledang Raya 22, Taman Alkaf, 
30100 SILIBIN Ipoh, Perak.

Kalau sebelum ni korang hanya minum kopi Radix..(Meh Sechewenn) kali ini korang boleh makan hidangan yang berteraskan ayam pula. Haha. burger pun ada.
Menu dia sebijik macam KFC. Nama pun dekat2 dah, RFC (Radix Fried Chicken). Kalau di KFC ada original dan hot & spicy, di RFC menawarkan ayam goreng herba dan spicy.
Kepada sesiapa yang mementingkan aspek halal dan bersih. Di sinilah tempatnya. Surau turut disediakan.
Harga sedikit lebih murah dari KFC dan McD. So Boleh sangatlah nak ajak 1keluarga berkunjung. 
Hidangan yang kami pilih hari itu aku tak ingat namanya, tapi sebijik macam snack plate dan dinner plate. 
Pilihan sos pula ada 3, Sos Cili... Sos Tomato.. Sos Cili Thai...
Secara keseluruhan, hidangan yang ditawarkan tidak mengecewakan. Tapi masih perlu bekerja keras untuk 
bersaing dengan KFC atau McD. Perkhidmatan WiFi juga terdapat di sini.
Kaunter di sebelah bawah, makan di sebelah atas. Surau pun di atas.
Bersih dan meyakinkan. Nak Komen sikit boleh tak? Mintak disejukkan lagi ekonnya.
Sebelum terlupa, selepas makan RFC..boleh la shopping baju bundle Jepun di kedai sebelah.
Selamat Menjamu Selera..!


Kami sudah. Korang bila lagi nak support produk Bumiputera?
Wassalam.