Monday, December 17, 2012

LOKASI PEMASANGAN KAMERA AES UNTUK MENGESAN HAD LAJU


Berikut aku sediakan link lokasi kamera AES sedang hangat diperkatakan sekarang ini.
Semoga ianya dapat memberi manfaat dalam menyelamatkan duit poket anda daripada membayar saman.

Lokasi Kamera AES

  • Aku tak pernah hiraukan berita pemasangan dan pengoperasian kamera AES ini, sebabnya aku bukanlah jenis pemandu yang suka memecut.
  • Buat apa nak marah-marah pasal AES, kalau cara sebegitu dapat mengajar pengguna jalan raya supaya lebih berdisiplin, biarkan ajer la ia beroperasi.
  • Amaun saman yang perlu dibayar RM300, sama dengan polis dan JPJ keluarkan kepada kita bila melakukan kesilapan memecut dan melanggar lampu isyarat.
  • Aku ni hari-hari pandu jauh gi balik kerja, dah masak sangat dengan cara pemanduan orang Malaysia.
  • Lokasi kamera diberitahu beberapa meter, apa nak risau...
  • Yang aku nak sekarang ni, pemandu-pemandu Singapore wajib bayar saman yang dikenakan sebelum depa balik ke negara depa. Selagi tak bayar, berkhemah la kat pantai Lido.

Sunday, December 9, 2012

LEGO

Rock rock jugak...Hobi sampingan ni aku tak boleh ketepikan.
Aku seorang peminat LEGO.
Dah besor panjang (ada duit sendiri) baru mampu nak beli produk ni.
Bila Shell ofer mainan LEGO dengan setiap pembelian produk Shell, aku dah tak buleh tidur malam untuk mendapat semua stok yang depa tawarkan.
Kotak putih ni antara produk LEGO yang terakhir aku beli di SHELL.
Agak mahal. Tapi nak buat macam mana, dah terjebak. Alang-alang nak kumpul, biar kumpul semua.
Masih berbalut kemas. Kompem tak ada calar. 
Ada disertakan kertas manual untuk corak susunan model-model LEGO. Korang takkan boleh susun sesuka hati. Sebabnya, depa dah siapkan tapak-tapak khas mengikut panjang pendeknya kedudukan tayar bagi setiap model LEGO. Ianya UNIK.
Berkilat. Kompem tak sesuai nak letak kat dashboard kereta korang. Besar sangat.
Tadaa...Semua model LEGO kat atas dah siap aku beli satu persatu. Dengan isi minyak RM40.00 (RON95).
Siap. Pasti benda ni bertahan sampai aku pencen kot.
Lengkap jugak semuanya dalam tempoh sebulan.
Buat masa ni aku letakkan set ni kat atas peti ais. Dah tak muat nak taruk kat dalam almari hiasan. Habuk?? Kena lap setiap minggu.
  • Aku beli model LEGO ni dengan setiap pembelian produk SHELL bernilai RM40 (minyak petrol) + RM12.90. Kecuali minifigures (3 orang model beserta equipment), kena beli minyak V-Power + RM10.90.
  • Sesetengah kedai minyak Shell ada menjual model di atas tanpa perlu isi minyak RM40.00, depa letak harga hampir RM20.00 bagi setiap model. Aku tak suka cara macam tu.
  • 6 kereta model LEGO + minifigure tu aku dapat beli dengan mudah, tapi housing di atas tuh agak sukar. Sebabnya banyak kedai-kedai petrol SHELL dah kehabisan stok. Naya dibuatnya...Jenuh aku pusing Manjung, Ayer Tawar, Lumut dan Sitiawan. Last-last dapat jugak di Shell Pundut. Haha..kat mana tu?
  • Mungkin pasni aku nak teruskan ngumpul model LEGO. Aku nak jadi DATUK BANDAR LEGO pulak.
  • Permainan LEGO ni lebih banyak kebaikannya dari permainan yang lain. Ia membentuk pemikiran yang kreatif. Sayangnya...produk LEGO dijual dengan harga yang sangat mahal.