Pages

Sunday, November 15, 2015

ULTRAMAN ACE

Item : Action Figure - Ultraman Ace
Genre: Science Fiction, Action, Adventure Film
Tahun Beli : 2008
Tempat Beli : Amcorp Mall, Petaling Jaya.
Harga : RM15.00

Ultraman Ace

Ultraman Ace adalah watak Ultraman yang aku minat selepas Ultra Seven.
Diterbitkan oleh Tsuburaya Productions.
Ultraman Ace adalah watak kelima yang diwujudkan dalam siri keluarga Ultra.
Mula ditayangkan di TV Jepun pada 7 April 1972 hingga 30 Mac 1973 dengan aksi siri berjumlah 52 episod.

Tuesday, October 20, 2015

CUCU SINGGAH TUMPANG KENCING (Lego Series 10 Paintball Player)

Dalam siri Lego Minifigure, terdapat beberapa barang yang boleh dibuat collection.
Cuba perhartikan helmet pada gambar di bawah, ianya diambil dari Minifigure Paintball Player siri ke 10.
Helmet dia detail dan aku tak jumpa lagi dijual dalam set-set yang lain.


Harga di mazon.com buat masa ini ialah $12.95

Saturday, October 17, 2015

RIFF GITAR TERBAIK (PANDANGAN PERIBADI)

Secara peribadi,
Aku suka dengar muzik yang guitar worknya cantik, ketukan dramnya yang pelbagai tapi kena pada tempatnya dan bunyian base yang berbunga-bunga.
Post kali ni aku nak kongsikan beberapa buah lagu yang riff gitarnya hebat dan tak jemu didengar.
Aku cuma listkan 11 buah lagu, sebenarnya ada banyak lagi. Mungkin lain masa aku kaji dan dedahkan.
Riff tu apa? Aku bukan budak belajar muzik, dari pendengaran peribadi riff gitar itu adalah rhytm yang berupa melodi.
Sejauh mana seseorang pemain gitar itu kreatif mencipta melodi? Mungkin datangnya dari pengaruh lagu-lagu dari band yang diminatinya.
Riff yang dihasilkan boleh jadi mudah dan bersahaja, tapi boleh melekat di minda sampai ke tua.
Contohnya lagu-lagu era 80-an, melodinya simple tapi catchy. 
Berikut adalah senarai lagu dengan riff gitar terbaik (mengikut ranking) :

1. Iron Maiden - Rime of the Ancient Mariners
 

 2. Black Sabbath - War Pig

3. Sepultura - Territory
 

4. Megadeth - Symphony Of Destruction

5. Rage Against The Machine - Killing In The Name

6. Slipknot - The Blister Exists

 7. ACDC - Dirty Deeds Done Dirt Cheap

 8. Rage Against The Machine - Take The Power Back

 9. Black Sabbath - Dear Father

 10. Sodom - Remember The Fallen

11. Pantera - Walk

Tuesday, October 6, 2015

TENGOK-TENGOK KEYBOARD

Assalamualaikum,
4 hari yang lepas aku singgah di kedai muzik area Sitiawan, Perak.
Tujuannya tak lain nak gi cari alat muzik keyboard.
Tiba-tiba pulak nak tukar instrument yang dahulunya gitar.

Di kedai muzik tu ada seorang pakcik, Nama dia Alias Bin Isa (berasal dari Tanjong Tualang, Perak). Dia jaga di kedai tu bertokeykan uncle Cina yang agak sporting.
Sebelum ni aku dan member selalu singgah kedai dia usha gitar. Pakcik ni la yang selalu main. Irama apa yang dia tak tau main? Semua dia hayun. Adui..cair..
Background pakcik ni, dia selalu main gitar di hotel-hotel sekitar Manjong, Lumut dan Setiawan.
Memang hebat orangnya.
Kalau sesiapa yang nak ambil kelas belajar gitar, pakcik Alias le yang mengajar.

Dia suggest kat aku brand Korg (terpengaruh tengok live concert) dan Yamaha.
Sekali dia main lagu Kenny Remy Martin - Suratan Atau Kebetulan.
Memang meleleh ayaq lioq aku dengar. Katanya dulu dia ada main keyboard selain serius pegang gitar. Tapi dah ditinggalkannya 10 tahun yang lalu.
Masa dia demo main keyboard, dia siap tekan rythm/cord dan lead serentak (maaf kalau silap).
Katanya dia takde pendidikan formal tentang keyboard, study sendiri jer.

Sebelum Pakcik Alias main, uncle tokey kedai main dulu, lagu wajib Canon In D. Dalam ingat-ingat lupa pun sedap bunyinya, sound penuh, solid dan bersahaja.
Selain dari gitar, keyboardlah instrument yang aku nak belajar dari dulu. Tapi disebabkan harganya yang mahal, terpaksa aku tolak ketepi dulu.

Di bawah ni kategori keyboard wishlist aku :

  1. Korg PA300
  2. Korg PA600

Thursday, September 24, 2015

OPTIMUS PRIME IN ACTION

Asyik tayang LEGO ajer.
Meh, kali ni aku tunjukkan action figure Transformers : Optimus Prime (OP).
Beli di Amcorp Mall pada tahun 2009, antara action figure OP yang murah ada di pasaran.
Sekadar beli second hand (used). Sebab dah tak de pengeluaran baru bagi model ni.
Kedai A aku dapat harga RM40, tapi takdak serombong asap di sebelah kiri,
Kedai B aku dapat harga RM45, lengkap tanpa senjata.

Wednesday, September 16, 2015

Storm Trooper Minifigure (75078)

Storm Trooper Minifigure (75078)


LEGO Star Wars : Rebels

Mode : Mendongak

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2015

Aktiviti : Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kebangsaan 2015
Tarikh : 15 September 2015
Masa : 7.45-9.15 pagi
Tempat : Makmal ICT B
Kumpulan Pelajar : Kumpulan A (tingkatan 4 dan 5) dan Kumpulan B (tingkatan 2 dan 3)
Bilangan Penyertaan Pelajar : 17 pelajar
Dominasi Jantina : Pelajar Perempuan










Tuesday, August 25, 2015

JIWA MERDEKA

Jiwa Merdeka (SMKA Kuala Selangor)

Video di atas dihasilkan pada tahun 2008 di SMKA Kuala Selangor.
Seramai 3 orang guru praktikum (Universiti Pendidikan Sultan Idris) bertungkus lumus nak hasilkan video ni yang akhirnya disaksikan oleh seluruh warga SMKKS di dewan sekolah.
Kami bertiga : Arif, Abbas dan Hezry.
Video ni dihasilkan secara santai dan menghiburkan tetapi sarat dengan mesej.
Kami dapat kerjasama dari seluruh warga sekolah di mana video ini dijayakan bersama oleh pelajar dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5.
Pagi, petang, siang dan malam tak kira waktu, kami menjejak pelajar untuk mendapatkan reaksi mereka.
Ada pelajar yang buat lakonan gangster, baca sajak, berpantun dan berdialog.
Tak sangka, aku ingatkan pelajar aliran agama ni skema, ropanya ada bakat terpendam.

Usia video ni dah 7 tahun, Ramai antara pelajar yang menyumbang bakat dalam rakaman video ni dah bekerja. Dan ada jugak yang sambung belajar di Mesir barangkali.

Saturday, August 22, 2015

MINIATURE JENTOLAK

Lokasi : Manjung, Perak.
Masa : 12.30 tengah hari.
HP : Sony Xperia Z1
Aplikasi : Snapseed
  1. Gambar di atas diambil pada pukul 12.30 tengah hari.
  2. Cahaya yang cukup mampu membuatkan objek menjadi lebih "sharp".
  3. Cahaya yang samar2 menjadikan imej kelihatan blur dan "pecah".

Friday, August 21, 2015

KASHYYYK TROOPER DI PADANG SEKOLAH

Lokasi : Parking kereta, SMK Dato' Bendahara CM Yusuf
Lego Minifigure : Kashyyyk Trooper
HP : Sony Xperia
Applikasi : Snapseed


  1. Gambar di atas dipetik dari filem Star Wars : The Revenge of the Sith (2005).
  2. Dalam filem ini, dua clone troopers telah diarahkan untuk membunuh Master Yoda sebagai menurut perintah untuk menghapuskan golongan Jedi.

Wednesday, July 22, 2015

SPIDERMAN UNMASKED

Lokasi : Rumah Bonda, Batu Gajah
H/P : Sony Z1
Applikasi : Snapseed

Thursday, July 9, 2015

TEMPAT BERTUGAS

Di sini tempat aku bertugas.
Bermula dari tahun 2009 hingga sekarang, banyak benda aku belajar dari institusi ini.
Psikologi manusia, perihal kaum dan pe'el manusia.
Di sini aku mencari rezeki, menyara anak bini. Ahaks.
Berulang jauh dari Ayer Tawar setiap hari, tak mengenal jemu dan tak berkira tentang duit minyak.


Tak tau berapa lama lagi aku berkhidmat di sini.
Mintak tukar atau teruskan perkhidmatan. (Jauh berulang, Yeop..!)
Tahun-tahun dahulu, setiap petang Rabu aku jamming kat rumah member.
Tahun ni tak lagi dek kerana penangan tugas yang semakin banyak dan mencabar.
Mohon pada Allah semoga diberi petunjuk.