Thursday, August 28, 2014

Lego Minifigure : Batman & Wolverine

Fuhh..lamanye tak update blog.
Sekali-sekala layan hobi yang dah lama terbengkalai ni, memang syok.
Bulan lepas tengok mudah.my, terjumpa minifigure Batman & Wolverine ni. Nego lebih kurang, terus aku jadi beli. Tempoh penghantaran ambil masa 2 hari.
Pada korang yang tak kenal dan tak minat LEGO ni, memang rasa satu pembaziran. Pada yang suka, ianya dianggap terapi. Cewah.
Maklumlah harganya mahal. Nak dibandingkan jenama tiruan buatan China, memang jauh bezanya.
Harga RM4.80. Sesuai dibeli untuk anak-anak kecik main. Rosak atau hilang, boleh terebankan ajer.
Tetapi kalo model LEGO, orang beli buat koleksi. Comel.
Nak bela kucing, ikan atau arnab memang tak lalu ler, macam mana nak tinggalkan depa kalau kita nak bercuti panjang? Jenuh nak bela benda hidup ni. Kalau terabai, jawab la sendiri.
Dah jadi fenomena pulak sekarang ni, ramai yang minat LEGO. Cer try pergi Amcorp Mall, rata-rata peniaga toys di sana jual Hot Wheels, LEGO, Star Wars dan Transformers.
Maksudnya, permintaan dari peminat memang tinggi.
Hobi aku tatkala boring, snap gambar molek2 dan share di Instagram.
Akan datang aku belanja lagi gambar-gambar model LEGO lain yang aku ada.
Wassalam.