Tuesday, October 20, 2015

CUCU SINGGAH TUMPANG KENCING (Lego Series 10 Paintball Player)

Dalam siri Lego Minifigure, terdapat beberapa barang yang boleh dibuat collection.
Cuba perhartikan helmet pada gambar di bawah, ianya diambil dari Minifigure Paintball Player siri ke 10.
Helmet dia detail dan aku tak jumpa lagi dijual dalam set-set yang lain.


Harga di mazon.com buat masa ini ialah $12.95

Saturday, October 17, 2015

RIFF GITAR TERBAIK (PANDANGAN PERIBADI)

Secara peribadi,
Aku suka dengar muzik yang guitar worknya cantik, ketukan dramnya yang pelbagai tapi kena pada tempatnya dan bunyian base yang berbunga-bunga.
Post kali ni aku nak kongsikan beberapa buah lagu yang riff gitarnya hebat dan tak jemu didengar.
Aku cuma listkan 11 buah lagu, sebenarnya ada banyak lagi. Mungkin lain masa aku kaji dan dedahkan.
Riff tu apa? Aku bukan budak belajar muzik, dari pendengaran peribadi riff gitar itu adalah rhytm yang berupa melodi.
Sejauh mana seseorang pemain gitar itu kreatif mencipta melodi? Mungkin datangnya dari pengaruh lagu-lagu dari band yang diminatinya.
Riff yang dihasilkan boleh jadi mudah dan bersahaja, tapi boleh melekat di minda sampai ke tua.
Contohnya lagu-lagu era 80-an, melodinya simple tapi catchy. 
Berikut adalah senarai lagu dengan riff gitar terbaik (mengikut ranking) :

1. Iron Maiden - Rime of the Ancient Mariners
 

 2. Black Sabbath - War Pig

3. Sepultura - Territory
 

4. Megadeth - Symphony Of Destruction

5. Rage Against The Machine - Killing In The Name

6. Slipknot - The Blister Exists

 7. ACDC - Dirty Deeds Done Dirt Cheap

 8. Rage Against The Machine - Take The Power Back

 9. Black Sabbath - Dear Father

 10. Sodom - Remember The Fallen

11. Pantera - Walk

Tuesday, October 6, 2015

TENGOK-TENGOK KEYBOARD

Assalamualaikum,
4 hari yang lepas aku singgah di kedai muzik area Sitiawan, Perak.
Tujuannya tak lain nak gi cari alat muzik keyboard.
Tiba-tiba pulak nak tukar instrument yang dahulunya gitar.

Di kedai muzik tu ada seorang pakcik, Nama dia Alias Bin Isa (berasal dari Tanjong Tualang, Perak). Dia jaga di kedai tu bertokeykan uncle Cina yang agak sporting.
Sebelum ni aku dan member selalu singgah kedai dia usha gitar. Pakcik ni la yang selalu main. Irama apa yang dia tak tau main? Semua dia hayun. Adui..cair..
Background pakcik ni, dia selalu main gitar di hotel-hotel sekitar Manjong, Lumut dan Setiawan.
Memang hebat orangnya.
Kalau sesiapa yang nak ambil kelas belajar gitar, pakcik Alias le yang mengajar.

Dia suggest kat aku brand Korg (terpengaruh tengok live concert) dan Yamaha.
Sekali dia main lagu Kenny Remy Martin - Suratan Atau Kebetulan.
Memang meleleh ayaq lioq aku dengar. Katanya dulu dia ada main keyboard selain serius pegang gitar. Tapi dah ditinggalkannya 10 tahun yang lalu.
Masa dia demo main keyboard, dia siap tekan rythm/cord dan lead serentak (maaf kalau silap).
Katanya dia takde pendidikan formal tentang keyboard, study sendiri jer.

Sebelum Pakcik Alias main, uncle tokey kedai main dulu, lagu wajib Canon In D. Dalam ingat-ingat lupa pun sedap bunyinya, sound penuh, solid dan bersahaja.
Selain dari gitar, keyboardlah instrument yang aku nak belajar dari dulu. Tapi disebabkan harganya yang mahal, terpaksa aku tolak ketepi dulu.

Di bawah ni kategori keyboard wishlist aku :

  1. Korg PA300
  2. Korg PA600