Monday, March 28, 2011

UTP HSE Fun Ride

Assalamualaikum dan Salam Bahagia.

Bertempat di Sri Iskandar, Universiti Teknologi Petronas telah menganjurkan kayuhan mesra atau FUNRIDE yang pada pandangan aku menarik dan bersahaja. Penyertaan seramai 2 ratus lebih. Bermula seawal jam 7.30 (pendaftaran). Cuaca pada pagi itu mendung nak hujan. Kiranya semua peserta bersedia dengan apa jua kemungkinan yang melanda.

     
Lokasi perjalanan merangkumi jalan raya, perkampungan orang asli, Air Denak, perkarangan UTP dan jalan berpasir di kawasan lombong. Enjoy sangat. Hahaha. Diketahui umum bahawa pengayuh basikal tegar terdiri daripada kalangan guru, so penyertaan hari berkenaan agak terbatas. Hari Sabtu? Ada yang kena handle mesyuarat PIBG. Ada juga di antara kami yang menyimpan tenaga untuk kayuhan di Bukit Merah pada keesokan harinya (Ahad).

 Trek pertama, jam 8.15 pagi kami kayuh di perkarangan UTP. Kabus mengiringi kayuhan kami yang ternyata begitu ghairah menayang basikal masing-masing. Aku bergambar bersama Pian. Kami sama-sama dari kumpulan CM Bikers. Sebelum terlupa, kumpulan CM Bikers terdiri daripada
  1. Arip
  2. Pian
  3. Pejai Silat
  4. Rizal Wan
  5. Kamal (tidak hadir sebab bawa pulang mak ayahnya dari Medan Gopeng, dia jugak menyertai kayuhan di Bukit Merah. Katanya...kaki krem di 10KM terakhir)

     Singgah sebentar di kebun kelapa sawit di kawasan perkampungan orang asli Air Denak. Di sini kami diberi makan pisang seorang sebijik beserta dengan air mineral. Tapi aku ambil pisang 2 bijik. Hehehe, sori dan terima kasih ye Encik UTP. Pasang pisang itulah aku dapat mengayuh basikal hingga ke garisan penamat. Yeehaa..! Kredit kepada Pejai Silat kerana tangkap gambar dari sudut yang terBAIK.

     Walaupun yuran pendaftaran serendah RM10, tapi apa yang kami dapat haritu lebih dari apa yang patut. Di point terakhir, kami dihidangkan dengan bihun goreng, air kotak dan cendol. Sedap cendol tu, menurut sumber sahih, peniaga cendol tu berniaga depan SMK Convent, Batu Gajah. Haha, lain kali aku nak pekena kat sana. Pian dia mintak gula lebih 100%  haritu, terkejut aku. Kekeke.

      Ada cabutan bertuah, tapi hampeh...takde sorang pun dari pasukan CM Bikers yang dapat. Mungkin kalo kami masuk Jamborie yang lebih besar, chances untuk dapat tu lebih tinggi gamaknya. Antara hadiahnya handle basikal, tiub, first aid kit.


     Warga emas pun tidak melepaskan peluang beraksi seperti golongan muda. Apa yang penting kesihatan diutamakan.

     Cabutan bertuah kepada peserta yang bertuah. Seronok betul. Tetapi hadiahnya tidaklah setanding dengan  Jamborie yang yurannya berjumlah RM50.

     Ropa bentuk basikal aku setelah dibasuh. Macam ada je benda nak diupgrade.


 Trek sejauh 28KM.

               UTP-> Kampung Bali -> Perkampungan Orang Asli Air Denak -> Seri Iskandar -> UTP

     Bergambar beramai-ramai setelah berjaya menghabiskan kayuhan. Tidak ketinggalan air cendol ais yang menyegarkan. Hahaha..sukar dilepaskan.








     Inilah penyertaan pertama aku. Diharapkan dimasa akan datang aku berpeluang menyertai mana-mana Jamborie yang lebih mencabar seperti di Pulau Pinang dan di Bukit Merah. Insya Allah.

Monday, March 7, 2011

GIG

Assalamualaikum & salam sejahtera.
Entry kali ini akan aku kupas pasal gig di Malaysia ni. Dari pandangan mata aku. Yeaahh.. Rockin..!

Gig ialah sebuah istilah kebiasaannya digunakan bagi merujuk kepada persembahan langsung. Atau dengan kata lain musik yang dimainkan secara live. Gig ni mungkin jugak dikenali sebagai mini konsert. Sebab berkapasiti rendah. Termasuk penonton yang hadir tidak seramai di konsert.


Aku start terjebak dengan menonton gig ni seawal lepasan SPM (1998). Masa ni terpengaruh dengan rakan sebaya bernama Zafri (Epy). Dulu bermula ngan irama Hardcore. Band yang aku masih ingat tahun tu di Ipoh ialah F.O.R. (Fealt Or Reality) kalau tak silap ejaannya. Tah la wujud lagi ke tidak band ni. Tidak ketinggalan band Fat Flat (Rapcore).


Tapi tak lama aku minat hardcore, aku terus dipaksa rela mendengar band-band metal sampai aku dah lali dengan irama metal ni, termasuklah irama Black Metal. Masa ni aku dah start dengar Cromok, As Sahar, Langsuyr dan Sil Khannaz. Masa aku di tingkatan 1 lagi, abang aku (Hazli) dah bagi aku dengan kompilasi lagu-lagu metal tempatan. Dia bawak balik dari Sekolah Sains di Taiping.


Bila aku berhijrah ke Kuala Lumpur, memang di sana tu syurga gig. Kalau berduit tu maknanya tiap-tiap minggu boleh pergi gig. Dari irama Punk ke Metal. Semua aku layan. Tambahan pulak rakan baik aku (Amert dari kumpulan Stick No Bill) officemate di KKM, hmmm.. Memang tak tido malam dibuatnya.


Stick No Bill (Ska Punk)

Dan sehingga kini gig yang pasti aku pergi jika berkesempatan adalah dari genre metal yang hanya dimainkan oleh band-band otai sahaja. Memilih jugak ler beb. Kalau takat tengok band baru nak naik agak membosankan. Itu hanya pendapat aku.
Antara band-band yang aku pernah tengok di gig sepanjang pengalaman aku (aneka genre) ialah :

Necrotic Chaos

Sil Khannaz


Langsuyr

Impiety


Hayagriva

Gig terakhir yang aku pergi pada Disember 2010 bertempat di Kepura Cave di Lost World of Tambun, Ipoh Perak. Memang best gig tuh. Namanya Hitam-Hitam Dalam Gua.

GIG

Assalamualaikum & salam sejahtera.
Entry kali ini akan aku kupas pasal gig di Malaysia ni. Dari pandangan mata aku. Yeaahh.. Rockin..!

Gig ialah sebuah istilah kebiasaannya digunakan bagi merujuk kepasa persembahan langsung. Atau dengan kata lain musik yang dimainkan secara live. Gig ni mungkin jugak dikenali sebagai mini konsert. Sebab berkapasiti rendah. Termasuk penonton yang hadir tidak seramai di konsert.


Aku start terjebak dengan menonton gig ni seawal lepasan SPM (1998). Masa ni terpengaruh dengan rakan sebaya bernama Zafri (Epy). Dulu bermula ngan irama Hardcore. Band yang aku masih ingat tahun tu di Ipoh ialah F.O.R. (Fealt Or Reality) kalau tak silap ejaannya. Tah la wujud lagi ke tidak band ni. Tidak ketinggalan band Fat Flat (Rapcore).


Tapi tak lama aku minat hardcore, aku terus dipaksa rela mendengar band-band metal sampai aku dah lali dengan irama metal ni, termasuklah irama Black Metal. Masa ni aku dah start dengar Cromok, As Sahar, Langsuyr dan Sil Khannaz. Masa aku di tingkatan 1 lagi, abang aku (Hazli) dah bagi aku dengan kompilasi lagu-lagu metal tempatan. Dia bawak balik dari Sekolah Sains di Taiping.


Bila aku berhijrah ke Kuala Lumpur, memang di sana tu syurga gig. Kalau berduit tu maknanya tiap-tiap minggu boleh pergi gig. Dari irama Punk ke Metal. Semua aku layan. Tambahan pulak rakan baik aku (Amert dari kumpulan Stick No Bill) officemate di KKM, hmmm.. Memang tak tido malam dibuatnya.


Stick No Bill (Ska Punk)

Dan sehingga kini gig yang pasti aku pergi jika berkesempatan adalah dari genre metal yang hanya dimainkan oleh band-band otai sahaja. Memilih jugak ler beb. Kalau takat tengok band baru nak naik agak membosankan. Itu hanya pendapat aku.

Antara band-band yang aku pernah tengok di gig sepanjang pengalaman aku (aneka genre) ialah :

Necrotic Chaos

Sil Khannaz


Langsuyr

Impiety









ULTIMATE FRISBEE

Assalamualaikum, bertemu lagi kita pada entry kali ini.

Permainan Ultimate Frisbee sebenarnya masih lagi asing di Malaysia.


Berikut adalah info serba ringkas berkaitan permainan tersebut.


  • Sebanyak 7 pemain bagi setiap pasukan yang akan bertarung (7 sebelah)
  • Ultimate Frisbee bermula pada tahun 1968 di Maplewood, New Jersey oleh beberapa orang pelajar sekolah menengah di Columbia dan kemudian dikembangkan sebagai permainan baru sebagai aktiviti di waktu petang.
  • Ultimate Frisbee adalah sukan tanpa sentuhan (noncontact) yang pantas dan dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri dari tujuh orang sepasukan. Objektif permainan ialah untuk membaling disk dari pasukan sendiri sehingga ianya ditangkap oleh pasukan sendiri di dalam zon hujung pihak lawan.
  • Permainan ini menggabungkan beberapa elemen dari sukan lain seperti berlari dalam permainan bola sepak; melompat, menghantar, gerak kaki dalam permainan bola jaring, tukar peranan (turnover) dari menyerang kepada bertahan dalam permainan bola keranjang.
  • Di Malaysia Ultimate Frisbee telah dimainkan beberapa tahun dahulu tetapi hanya di kalangan warga asing yang menetap di Kuala Lumpur yang mempelajarinya dari negara asal mereka.
  • Ultimate Frisbee telah dipertandingkan di Kejohanan Dunia dan sedang menunggu kebenaran Badan Olimpik Antarabangsa untuk menyertai Olimpik.

PADANG PERMAINAN

  • Padang adalah berbentuk segi empat tepat di mana terdapat kawasan jaringan gol di penghujung padang “zon hujung” (end zone).
  • Ukuran padang :

  • Kawasan padang hendaklah rata dan bebas daripada sebarang halangan.
  • Garisan gol adalah garisan yang memisahkan kawasan permainan dari kawasan mendapatkan mata di zon hujung.
  • Setiap zon hujung hendaklah ditandakan dengan kon atau skitel yang berwarna cerah.  

PERALATAN
  • Alatan utama yang digunakan dalam Ultimate Frisbee ialah Disk seberat 175 gram dan diperakui sah oleh Ultimate Players Association (UPA).
  • Pakaian yang dipakai hendaklah sesuai dan tidak membahayakan diri sendiri dan pemain lain.
  • Setiap pemain dalam satu pasukan hendaklah memakai uniform atau jersi yang sama dan mempunyai nombor di bahagian belakang bajunya.



PERTUKARAN PEMAIN

Pertukaran hanya dibenarkan sekiranya:
  • selepas jaringan mata
  • sebelum separuh masa pertama dan kedua
  • menggantikan pemain yang cedera

POSISI
  • Adalah menjadi tanggungjawab pemain untuk mengelak sentuhan fizikal dalam apa cara sekalipun.
  • Setiap pemain berhak mengambil posisi di mana-mana dalam kawasan permainan yang tidak  diduduki oleh pemain lawan. Jika kawasan lain sudah dipenuhi maka pemain boleh mengambil posisi dengan bebas tanpa bersentuhan dengan pihak lawan.
  • Seorang pemain yang melompat berhak mendarat di tempat yang sama tanpa dihalang oleh pihak lawan.

SKOR / JARINGAN GOL / KUTIPAN MATA
  •  Gol dikira apabila seorang pemain menangkap hantaran yang sah dalam kawasan zon hujung pihak lawan.
  • Kaki mendarat pemain yang menerima disk dalam kawasan zon hujung mesti berada dalam kawasan zon hujung pihak lawan
  • Pemain tidak dibenarkan berlari membawa disk ke dalam kawasan zon hujung.
  •  Jika seorang pemain menerima disk di luar kawasan zon hujung dan menyebabkannya terjatuh dalam kawasan zon hujung, pemain tersebut mesti membawa disk ke titik terdekat dengan zon hujung pihak lawan  dan membuat hantaran semula (restart).


TUKAR PERANAN (TURNOVERS / CHANGE POSSESSION)
  •  Hantaran yang tidak gagal, diterima oleh pihak lawan, hantaran disk yang dihalang ataupun Luar Kawasan (out-of-bound) akan menyebabkan disk bertukar peranan.
  • Disk dikira bertukar peranan apabila disk diterima oleh pihak lawan meskipun pihak lawan menjatuhkan disk tersebut.
  •  Perkara berikut mengakibatkan pertukaran peranan (turnover) dan permainan diberhentikan sementara.
-         Kiraan pengawal (stall count) mencapai angka maksimum (10 saat).
-         Disk dihulurkan (short pass) kepada rakan sepasukan.
-         Disk yang dihantar disambut semula oleh penghantar (thrower)
-         Penghantar (thrower) meminta Time-Out apabila Time-Out.Pasukan telah habis.
-         Pergerakan menghadang pasukan pertahanan dibantu oleh rakan sepasukannya (pick)


Berikut ialah video Permainan Ultimate Frisbee :

1.
video

2.
video


Dan akhirnya, aku telah mendapat sijil kursus yang sangat diidam-idamkan. Alhamdulillah. :-)
Yeaahaa..!


Selamat Beramal.