Pages

Monday, March 7, 2011

ULTIMATE FRISBEE

Assalamualaikum, bertemu lagi kita pada entry kali ini.

Permainan Ultimate Frisbee sebenarnya masih lagi asing di Malaysia.


Berikut adalah info serba ringkas berkaitan permainan tersebut.


  • Sebanyak 7 pemain bagi setiap pasukan yang akan bertarung (7 sebelah)
  • Ultimate Frisbee bermula pada tahun 1968 di Maplewood, New Jersey oleh beberapa orang pelajar sekolah menengah di Columbia dan kemudian dikembangkan sebagai permainan baru sebagai aktiviti di waktu petang.
  • Ultimate Frisbee adalah sukan tanpa sentuhan (noncontact) yang pantas dan dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri dari tujuh orang sepasukan. Objektif permainan ialah untuk membaling disk dari pasukan sendiri sehingga ianya ditangkap oleh pasukan sendiri di dalam zon hujung pihak lawan.
  • Permainan ini menggabungkan beberapa elemen dari sukan lain seperti berlari dalam permainan bola sepak; melompat, menghantar, gerak kaki dalam permainan bola jaring, tukar peranan (turnover) dari menyerang kepada bertahan dalam permainan bola keranjang.
  • Di Malaysia Ultimate Frisbee telah dimainkan beberapa tahun dahulu tetapi hanya di kalangan warga asing yang menetap di Kuala Lumpur yang mempelajarinya dari negara asal mereka.
  • Ultimate Frisbee telah dipertandingkan di Kejohanan Dunia dan sedang menunggu kebenaran Badan Olimpik Antarabangsa untuk menyertai Olimpik.

PADANG PERMAINAN

  • Padang adalah berbentuk segi empat tepat di mana terdapat kawasan jaringan gol di penghujung padang “zon hujung” (end zone).
  • Ukuran padang :

  • Kawasan padang hendaklah rata dan bebas daripada sebarang halangan.
  • Garisan gol adalah garisan yang memisahkan kawasan permainan dari kawasan mendapatkan mata di zon hujung.
  • Setiap zon hujung hendaklah ditandakan dengan kon atau skitel yang berwarna cerah.  

PERALATAN
  • Alatan utama yang digunakan dalam Ultimate Frisbee ialah Disk seberat 175 gram dan diperakui sah oleh Ultimate Players Association (UPA).
  • Pakaian yang dipakai hendaklah sesuai dan tidak membahayakan diri sendiri dan pemain lain.
  • Setiap pemain dalam satu pasukan hendaklah memakai uniform atau jersi yang sama dan mempunyai nombor di bahagian belakang bajunya.



PERTUKARAN PEMAIN

Pertukaran hanya dibenarkan sekiranya:
  • selepas jaringan mata
  • sebelum separuh masa pertama dan kedua
  • menggantikan pemain yang cedera

POSISI
  • Adalah menjadi tanggungjawab pemain untuk mengelak sentuhan fizikal dalam apa cara sekalipun.
  • Setiap pemain berhak mengambil posisi di mana-mana dalam kawasan permainan yang tidak  diduduki oleh pemain lawan. Jika kawasan lain sudah dipenuhi maka pemain boleh mengambil posisi dengan bebas tanpa bersentuhan dengan pihak lawan.
  • Seorang pemain yang melompat berhak mendarat di tempat yang sama tanpa dihalang oleh pihak lawan.

SKOR / JARINGAN GOL / KUTIPAN MATA
  •  Gol dikira apabila seorang pemain menangkap hantaran yang sah dalam kawasan zon hujung pihak lawan.
  • Kaki mendarat pemain yang menerima disk dalam kawasan zon hujung mesti berada dalam kawasan zon hujung pihak lawan
  • Pemain tidak dibenarkan berlari membawa disk ke dalam kawasan zon hujung.
  •  Jika seorang pemain menerima disk di luar kawasan zon hujung dan menyebabkannya terjatuh dalam kawasan zon hujung, pemain tersebut mesti membawa disk ke titik terdekat dengan zon hujung pihak lawan  dan membuat hantaran semula (restart).


TUKAR PERANAN (TURNOVERS / CHANGE POSSESSION)
  •  Hantaran yang tidak gagal, diterima oleh pihak lawan, hantaran disk yang dihalang ataupun Luar Kawasan (out-of-bound) akan menyebabkan disk bertukar peranan.
  • Disk dikira bertukar peranan apabila disk diterima oleh pihak lawan meskipun pihak lawan menjatuhkan disk tersebut.
  •  Perkara berikut mengakibatkan pertukaran peranan (turnover) dan permainan diberhentikan sementara.
-         Kiraan pengawal (stall count) mencapai angka maksimum (10 saat).
-         Disk dihulurkan (short pass) kepada rakan sepasukan.
-         Disk yang dihantar disambut semula oleh penghantar (thrower)
-         Penghantar (thrower) meminta Time-Out apabila Time-Out.Pasukan telah habis.
-         Pergerakan menghadang pasukan pertahanan dibantu oleh rakan sepasukannya (pick)


Berikut ialah video Permainan Ultimate Frisbee :

1.

2.


Dan akhirnya, aku telah mendapat sijil kursus yang sangat diidam-idamkan. Alhamdulillah. :-)
Yeaahaa..!


Selamat Beramal.

1 comment: