Entry kali ini akan aku kupas pasal gig di Malaysia ni. Dari pandangan mata aku. Yeaahh.. Rockin..!
Gig ialah sebuah istilah kebiasaannya digunakan bagi merujuk kepada persembahan langsung. Atau dengan kata lain musik yang dimainkan secara live. Gig ni mungkin jugak dikenali sebagai mini konsert. Sebab berkapasiti rendah. Termasuk penonton yang hadir tidak seramai di konsert.
Aku start terjebak dengan menonton gig ni seawal lepasan SPM (1998). Masa ni terpengaruh dengan rakan sebaya bernama Zafri (Epy). Dulu bermula ngan irama Hardcore. Band yang aku masih ingat tahun tu di Ipoh ialah F.O.R. (Fealt Or Reality) kalau tak silap ejaannya. Tah la wujud lagi ke tidak band ni. Tidak ketinggalan band Fat Flat (Rapcore).
Tapi tak lama aku minat hardcore, aku terus dipaksa rela mendengar band-band metal sampai aku dah lali dengan irama metal ni, termasuklah irama Black Metal. Masa ni aku dah start dengar Cromok, As Sahar, Langsuyr dan Sil Khannaz. Masa aku di tingkatan 1 lagi, abang aku (Hazli) dah bagi aku dengan kompilasi lagu-lagu metal tempatan. Dia bawak balik dari Sekolah Sains di Taiping.
Bila aku berhijrah ke Kuala Lumpur, memang di sana tu syurga gig. Kalau berduit tu maknanya tiap-tiap minggu boleh pergi gig. Dari irama Punk ke Metal. Semua aku layan. Tambahan pulak rakan baik aku (Amert dari kumpulan Stick No Bill) officemate di KKM, hmmm.. Memang tak tido malam dibuatnya.
Stick No Bill (Ska Punk)
Dan sehingga kini gig yang pasti aku pergi jika berkesempatan adalah dari genre metal yang hanya dimainkan oleh band-band otai sahaja. Memilih jugak ler beb. Kalau takat tengok band baru nak naik agak membosankan. Itu hanya pendapat aku.
Antara band-band yang aku pernah tengok di gig sepanjang pengalaman aku (aneka genre) ialah :
Necrotic Chaos
Langsuyr
Impiety
Gig terakhir yang aku pergi pada Disember 2010 bertempat di Kepura Cave di Lost World of Tambun, Ipoh Perak. Memang best gig tuh. Namanya Hitam-Hitam Dalam Gua.
salam..
ReplyDeleterasenye sy perasan encek arip mase d kepura aritu..tak silap sy encek arip ade brgambar ngan bentara(maapkn sy klu silap yea!!..) selepas sy..
Yeke? Aisey.. bleh jadi kawan nih. bro mior ni yg mana satu. Tak cam ar..
ReplyDeleteyg tlg snapkn tuk en.arip aritu abg sy...yg brgambar sbelum tu sy ler..hehee..
ReplyDelete