Tuesday, August 25, 2015

JIWA MERDEKA

Jiwa Merdeka (SMKA Kuala Selangor)

Video di atas dihasilkan pada tahun 2008 di SMKA Kuala Selangor.
Seramai 3 orang guru praktikum (Universiti Pendidikan Sultan Idris) bertungkus lumus nak hasilkan video ni yang akhirnya disaksikan oleh seluruh warga SMKKS di dewan sekolah.
Kami bertiga : Arif, Abbas dan Hezry.
Video ni dihasilkan secara santai dan menghiburkan tetapi sarat dengan mesej.
Kami dapat kerjasama dari seluruh warga sekolah di mana video ini dijayakan bersama oleh pelajar dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5.
Pagi, petang, siang dan malam tak kira waktu, kami menjejak pelajar untuk mendapatkan reaksi mereka.
Ada pelajar yang buat lakonan gangster, baca sajak, berpantun dan berdialog.
Tak sangka, aku ingatkan pelajar aliran agama ni skema, ropanya ada bakat terpendam.

Usia video ni dah 7 tahun, Ramai antara pelajar yang menyumbang bakat dalam rakaman video ni dah bekerja. Dan ada jugak yang sambung belajar di Mesir barangkali.

3 comments:

  1. waduh teringat zaman sekolah dulu. tiap2 kali menyambut malam ambang kemerdekaan, saya musti ikut deklamasi sajak haha.

    ReplyDelete
  2. Memang syiok sambut Merdeka.
    Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    ReplyDelete