Monday, December 17, 2012

LOKASI PEMASANGAN KAMERA AES UNTUK MENGESAN HAD LAJU


Berikut aku sediakan link lokasi kamera AES sedang hangat diperkatakan sekarang ini.
Semoga ianya dapat memberi manfaat dalam menyelamatkan duit poket anda daripada membayar saman.

Lokasi Kamera AES

  • Aku tak pernah hiraukan berita pemasangan dan pengoperasian kamera AES ini, sebabnya aku bukanlah jenis pemandu yang suka memecut.
  • Buat apa nak marah-marah pasal AES, kalau cara sebegitu dapat mengajar pengguna jalan raya supaya lebih berdisiplin, biarkan ajer la ia beroperasi.
  • Amaun saman yang perlu dibayar RM300, sama dengan polis dan JPJ keluarkan kepada kita bila melakukan kesilapan memecut dan melanggar lampu isyarat.
  • Aku ni hari-hari pandu jauh gi balik kerja, dah masak sangat dengan cara pemanduan orang Malaysia.
  • Lokasi kamera diberitahu beberapa meter, apa nak risau...
  • Yang aku nak sekarang ni, pemandu-pemandu Singapore wajib bayar saman yang dikenakan sebelum depa balik ke negara depa. Selagi tak bayar, berkhemah la kat pantai Lido.

3 comments:

  1. yang last tu aku sokong.....selalu diorang selamber bawak sportscar sampai max speed

    ReplyDelete
  2. Sebenarnyer siapa yang bertanggungajawab ke atas AES nie, Polis ker JPJ?

    ReplyDelete
  3. AESayman..

    AES pun elok juga dipasang di kawasan komersial juga.

    ReplyDelete