Pages

Saturday, June 4, 2011

MAKSUD BENDERA NEGERI PERAK DAN JALUR GEMILANG

Kepada calon-calon yang bakal ditemuduga oleh pegawai-pegawai Kerajaan, bersiap sedialah dengan maklumat berkaitan warna bendera negeri Perak (atau negeri masing-masing) dan Jalur Gemilang. 

1.   BENDERA PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. 
Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.

   a.   Warna putih : melambangkan kebesaran Duli Yang Maha    Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

   b.   Warna kuning : melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

   c.   Warna hitam : melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.


2.   BENDERA MALAYSIA

Jalur Gemilang

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.
------------------------------------------------------
Sepanjang aku ditemuduga oleh pegawai Kerajaan, soalan yang selalu ditanya :
a. Isu semasa
b. Jawatan yang dipohon
c. Pengetahuan Am
d. Maksud warna bendera
e. Asas bahasa Inggeris

Tiga temuduga berikut telah berjaya aku harungi, Alhamdulillah..aku berjaya menjawat semua jawatan tersebut dalam tempoh masa yang berasingan.

1. Pembantu Tadbir N17 (Kesihatan)
2. Pegawai Penerangan S41 (Penerangan)
3. Guru DG41 (Pendidikan)

Yang penting jangan tinggal solat dan selalu berdoa kepada Allah. Yakin akan kuasa Allah. Dia yang memberi rezeki, bukan orang lain.

Semoga Berjaya Isteriku. :-)
Dan rakan-rakan yang lain.

1 comment:

  1. Hello, best post!!.Boleh kongsi ke rahsia lulus kerja kerajaan ni? Aku tengah buat research ttg benda ni. email ke mrremz@gmail.com kalau bro sudi. Thankz.

    ReplyDelete