Hari Rabu (1 Jun 2011) yang lalu, aku bersama isteri jalan-jalan cari makan di sekitar Ipoh. Dikhabarkan ada satu kedai makan bumiputera yang beroperasi sama macam KFC dan McD. Apa lagi mula la mencari.
Agak susah jugak nak mencari lokasi kedai ni. Sebab dia terletak sedikit terkedalam. Belakang Billion (Silibin). Pepandai korang lah cari. Tapi nak senang lagi, lokasi dia bersebelahan dengan kedai Tayar Continental.
NO. 13, Bangunan KOMAS, Jalan Kledang Raya 22, Taman Alkaf,
30100 SILIBIN Ipoh, Perak.
Kalau sebelum ni korang hanya minum kopi Radix..(Meh Sechewenn) kali ini korang boleh makan hidangan yang berteraskan ayam pula. Haha. burger pun ada.
Menu dia sebijik macam KFC. Nama pun dekat2 dah, RFC (Radix Fried Chicken). Kalau di KFC ada original dan hot & spicy, di RFC menawarkan ayam goreng herba dan spicy.
Kepada sesiapa yang mementingkan aspek halal dan bersih. Di sinilah tempatnya. Surau turut disediakan.
Harga sedikit lebih murah dari KFC dan McD. So Boleh sangatlah nak ajak 1keluarga berkunjung.
Hidangan yang kami pilih hari itu aku tak ingat namanya, tapi sebijik macam snack plate dan dinner plate.
Pilihan sos pula ada 3, Sos Cili... Sos Tomato.. Sos Cili Thai...
Secara keseluruhan, hidangan yang ditawarkan tidak mengecewakan. Tapi masih perlu bekerja keras untuk
bersaing dengan KFC atau McD. Perkhidmatan WiFi juga terdapat di sini.
Kaunter di sebelah bawah, makan di sebelah atas. Surau pun di atas.
Bersih dan meyakinkan. Nak Komen sikit boleh tak? Mintak disejukkan lagi ekonnya.
Sebelum terlupa, selepas makan RFC..boleh la shopping baju bundle Jepun di kedai sebelah.
Selamat Menjamu Selera..!
Kami sudah. Korang bila lagi nak support produk Bumiputera?
Wassalam.
No comments:
Post a Comment