Bertarikh 16/5/2011 (Isnin), CM Bikerz, Seri Iskandar Cyclist dan Batu Gajah Riders telah membuat kayuhan malam dengan jayanya. Kerjasama 3 team ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan persahabatan di antara kami.
Waktu berlepas : 8.30 malam
Laluan: Batu Gajah Perdana - Pekan Batu Gajah - Taman Jutaria - Station 18 - Batu Gajah Perdana
Pulang : 12.00 pagi
Kayuhan malam tersebut berlansung dengan jayanya. Kelajuan purata kayuhan sekitar 25kmj. Pergh..laju tu. Maintain sampai ke destinasi.
Menu utama kedai Kak Ani ini ialah Steambot dan Mee Kari. Harga setiap hidangan RM15 bagi 2 orang. Memang menyelerakan.
Cuaca malam itu tak menentu, masa pergi kering, masa balik pula hujan renyai-renyai. Kayuhan kami sepanjang malam itu ditemani dengan alunan cengkerik dan katak yang girang memanggil hujan.
Seputar alam mencari port makan yang menarik. Kayuhan pada malam itu turut disertai oleh pasangan kembar yang datang dari Titi Gantung. Namanya Hasan dan Husin. Lebih kurang hampir 20 buah basikal termasuk sebuah road bike.
Aktiviti makan malam kami berakhir pukul 11.00 malam.
Lokasi kejadian makan malam tersebut belaku di belakang Pasaraya Tesco 18. Sangat mengujakan kami. Kayuhan kami laju sewaktu bertolak, dan bergerak lambat sewaktu pulang. Maklum la...perut dah penuh.
Gendang gendut tali kecapi..Kenyang perut suka hati. (sedut air aku nampak..!)
Mungkin akan datang kami akan buat kayuhan malam lagi. Kelebihan kayuhan malam antaranya :
- Tidak panas
- Peluh cepat kering
- Lambat penat
Walaubagaimana pun, terdapat juga keburukan kayuhan malam, antaranya ialah :
- Bateri lampu suluh cepat habis
- Waktu terbatas
- Kedai banyak yang dah tutup awal
- Berisiko tinggi untuk dilanggar
Sekian, berjumpa lagi dikayuhan yang akan datang.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment