Pages

Friday, May 20, 2011

PROGRAM BERBASIKAL : POLIS BERSAMA MASYARAKAT 2011

Assalamualaikum.
Bertarikh 7 Mei 2011 (Sabtu), IPD Perak Tengah telah menganjurkan kayuhan mesra bersama masyarakat. Di atas kertas, penyertaan dianggarkan seramai 750, tapi tak sampai pun jumlah tu sebab ada yang hanya mendaftarkan nama sahaja tapi tak kayuh. Adoi..
Yuran penyertaan RM 10.00.
Jarak : 33 Kilometer.



Pendaftaran bermula seawal 7-8 pagi. Suasana pada pagi berkenaan sangat meriah dengan kehadiran kelab basikal dari HTR, SIC, BGR, Manjung Cycling Team, Tapah Cops dan CM Bikers. Jurugambar dari majalah Cycling Malaysia juga datang buat laporan.

Ada juga ibu bapa yang hadir untuk beri semangat pada peserta kayuhan. Aktiviti kayuhan dimulakan dengan bacaan doa. Dengan harapan segala aktiviti ini berjalan dengan lancar dan selamat semua seadanya.

Abang polisi tidak lupa tugasnya mengeskort kami. Demi melancarkan perjalanan. Dalam hatinya pasti terdetik ingin kayuh bersama kami. Apakan daya, tugas tersebut yang kau pilih. Mungkin dilain masa kita kayuh bersama ok. Segak orangnya. Heheh.. Dulu masa aku kecik, cita-cita aku nak jadi penyiasat remaja.

Kesemua peserta dah tak sabar nak mengayuh basikal. Ketika ini berkobar-kobar la yerk. Bersih aje semuanya dari atas ke bawah, luar dan dalam. Hehe, sat lagi berlumpur.

Kayuhan kali ini melibatkan pelbagai bentuk muka bumi. Berbukit, ladang kelapa sawit, sawah padi dan jalan raya. Sesetengah kawasan memerlukan daya ketahanan dan skil pengayuh.

Kehadiran kami disambut oleh tarian orang asli. Ada peserta yang turut sama menari. Aku cuma perati sahaja sambil makan pisang.

Kami tiidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan penduduk tempatan.  Katanya : Sungguh mengujakan. Hehehe. Beliau tidak fasih berbahasa melayu dan hanya bekerja sendiri untuk menyara hidup sekeluarga.

Terlihat kerunsingan diraut wajahnya berikutan sampah sarap yang ditinggalkan oleh peserta kayuhan.


Suasana panas mengiringi kami disepanjang perjalanan. Tapi berbaloi dek kerana permandangan yang indah. Itulah keseronokan berbasikal selain dari menjaga kesihatan.
Kayuhan offroad kami berakhir di Felcra Nasarudin, Bota sebelum kembali semula ke IPD Seri Iskandar melalui jalan raya.

Kayuhan berakhir lebih kurang pukul 11.20 tengah hari.
Antara masalah yang timbul melanda peserta sepanjang kayuhan :
  1. 1.       Tayar pancit
  2. 2.       Crank tercabut
  3. 3.       Kaki cramp
  4. 4.       Jatuh basikal

Acara penutup turut dihadiri oleh Cu Nizar (Ahli Parlimen Parit). Banyak cabutan bertuah ditawarkan. Peserta-peserta juga dijamukan dengan nasi ayam , milo dan cendol.



No comments:

Post a Comment