Pages

Friday, June 17, 2011

Perbandingan petrol Shell dan Petronas (RON 95)

Salam,
Saya menggunakan kereta Toyota Vios (2005). Saya berulang alik dari Batu Gajah (Perak) ke Manjung (Perak) sekitar 60km. Waktu kajian saya adalah ketika harga minyak RON95 = RM1.80/liter.

RPM 2 (1X1000) = 80KM/J (Rendahkan?)



Shell :
Saya pengguna tegar petrol shell RON95. Sekali isi RM50. Kebiasaannya dengan isian RM50, kereta saya dapat bergerak sejauh 415KM-455KM. Pada pandangan peribadi saya, petrol shell ni lebih likat isipadunya berbanding petronas yang agak cair. Oleh sebab itu ia dapat menggerakkan kereta saya dengan lebih pikap dan jauh.

Petronas :
Tetapi setelah Petronas perkenalkan petrol RON95 Extra, datang minat saya nak mencuba. Dengan jarak perjalanan yang jauh, saya dapat menilai penggunaan minyak petrol dengan lebih berkesan di antara shell dan petronas. Saya cuba selama 4 bulan tanpa henti. Hasil kajian peribadi saya, kereta jadi lebih pikap sekitar 10% berbanding penggunaan petrol shell RON95. Walaupun pikap, tapi penggunaan petrol sekitar 370KM-400KM sahaja.

Sekarang, saya kembali menggunakan minyak petrol Shell RON95.

p/s : Pandangan / kajian peribadi.

3 comments:

  1. stuju2... minyak petronas bagus tapik tak jimat.. minyak shell jimat giler tapik mcm engine akan rosak jek.. risau..

    ReplyDelete
  2. Tq. Betul ang kata diLot, member aku keja wat mentenance minyak ni kata minyak shell tidak baik untuk enjin untuk jangka masa panjang. Katanya elok lagi minyak Caltex.

    ReplyDelete