Pages

Tuesday, September 7, 2010

Konvoi Ke Teluk Senangin (31.7.2010)

   Pada hari Sabtu bersamaan 31 Julai 2010, SMK Dato' Bendahara CM Yusuf aka CM Bikerz telah melangkah setapak lagi ke Teluk Senangin. Jika prjok sebelum ini ke kaki gunung, kali ini di tepian pantai nan berahi. Bertempat di Segari Perak, lokasi ini menjanjikan suasana kampung yang menyamankan. Teluk senangin bukanlah seperti Teluk Batik di Lumut, tetapi lebih kepada pantai nelayan.

   Bertolak dari Seri Iskandar tepat jam 8.15 pagi, kami diiringi oleh seorang warga CM Yusuf bergelar 'TOK'. Ahli CM Bikerz tegar yang selalu kepingin untuk mengikuti konvoi kami, apakan daya saudaranya bertunang pada hari tersebut. Beliau hanya dapat menemani kami sehingga di Seri Iskandar sebelum beliau membuat U-turn untuk pulang ke Tanjong Tualang.

   Singgah sebentar di kedai mamak, Seri Iskandar untuk mengalas perut. Memandangkan jarak perjalanan kami dianggarkan sejauh 80KM.

   Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Hahaha..begitulah agaknya ayat yang terlintas di fikiran peserta konvoi.

   Aksi girang kami setelah berjaya sampai ke Teluk Senangin kurang lebih pada pukul 11.00 pagi. Kami menyewa shalet murah bernilai RM20 bermula jam 11.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Saiznya yang agak kecil hanya sesuai dijadikan tempat solat dan ruang simpanan beg. 

   Gambar diambil dari sudut hujung Teluk Senangin. Di sinilah tempat Kaunselor Aminuddin memancing ikan (dapat ikan nemo) dan Cikgu Syamsul (dapat ikan buntal). Sungguh comel. Walaubagaimana pun, ikan tersebut tidak dapat dibakar atas faktor keselamatan, kami sepakat untuk makan tengah hari di warong berdekatan. Sangat menyelerakan, tapi banyak lalat.

   Sesudah segalanya selesai, kami bertolak pula ke Lumut sebab cikgu Saiful nak beli makanan laut. Dari Lumut kami bergerak pulang lebih kurang pukul 6.00 dan singgah di Ayer Tawar untuk menunaikan solat Asar. Alhamdulillah kami sampai ke rumah masing2 pada waktu maghrib.

No comments:

Post a Comment