Pages

Wednesday, September 29, 2010

Tempat Makan Yang Sedap (Perak)

Salam.

Entri kali ni aku nak dedahkan beberapa lokasi kedai makan yang sedap dan enak. Ahaks.

   Tinjauan ini bukan aku buat seorang diri, malah dapat respons kawan2 yang pernah mengunjungi kedai tersebut. Jangan khuatir dengan status kehalalannya, semuanya dimasak oleh Muslim.
Mungkin korang ada beberapa cadangan lain yang dirasakan lebih sedap dari yang aku ceritakan.
Terpulang, boleh cuba try test tengok.

1. Mee Sizling
   Harga serendah RM4.50 - RM5.00. Cukup mengiurkan apatah lagi dengan rasa kuahnya yang agak pekat dan panas. Cukup serba serbi rasanya. Makanan yang dihidang dengan menggunakan HOTPLATE semestinya enak dimakan sewaktu masih panas menggelegak. 
   Antara bahan yang terdapat dalam hidangan tersebut ialah mee yi mi, cendawan butang, ayam dan sayur sawi. Tak salah kiranya saya nobatkan Mee Sizling ini antara yang tersedap di Malaysia. Yeaahh..!


Lokasi : Tesco, Kampar.


   



2. Burger
   Memang sedap burger yang satu ni. Perniagaan anak beranak yang baru nak mula buat bisnes. Dagingnya dibelah cantik dan diletakkan 4 perisa ditengahnya. Sekali datang mesti aku beli tiga. Bukannya takde burger depan rumah aku, tapi tertewas kuturutkan nafsu. Memang menyelerakan. Siap ada carrot lagi (standard la tu). Cukup sedap rasanya. Harga burger di permis tu yang aku ingat :
                          Burger Daging - RM2.00
                          Burger Ayam  - RM2.20
                          Benjo             - RM1.30
Murahkan?

Lokasi : Taman Lembah Permai (Jutaria), Batu Gajah, Perak.

3. Mee Rebus Ramli
   Terdapat beberapa cawangan di sekitar Ipoh. Sesetengah berpendapat lain cawangan, lain rasanya. Terpulang.. Tapi lokasi premis yang aku selalu pergi ialah di luar Tesco 18 dan di Jalan Yang Kalsom (belakang Taman Kanak2).
   Hidangannya sungguh menyelerakan. Kuahnya yang agak manis dan pekat memang memikat. Harga sekitar RM5.00 (Tak pasti, lama dah tak pergi).





Lokasi : Tasek, Jalan Yang Kalsom (belakang Taman Kanak2), Taman Perpaduan, luar kawasan Tesco 18 dan Seri Aman.


4. Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang
   Rasanya 1Malaysia dah mengetahui keenakan mee udang kat Kuala Sepetang ni. Di lokasi tersebut terdapat jugak beberapa premis menjual hidangan yang sama. Menurut Cikgu Sofian (SMK Dato' Bendahara CM Yusuf), rasa kuahnya unik dan tidak hanyir seperti di kedai kebanyakan. 
   Harga yang ditawarkan RM8.00 hingga RM12.00. Cukup berbaloi dengan bilangan udang yang banyak dan keunikan kuah yang disediakan.




Lokasi : Kuala Sepetang, Petang.

Thursday, September 23, 2010

BENTUK SIFAT CEMBURU POSITIF (SUAMI)



Siapa yang tidak inginkan perkahwinan yang membahagiakan meskipun ada kalanya perselisihan sukar untuk dielakkan.

Renungkan petua berikut yang mungkin boleh dijadikan panduan melayari bahtera perkahwinan yang membahagiakan:

* Hiburkan hati isteri dengan bercerita atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

* Bergurau senda tidak hanya di rumah, malah boleh dilakukan dalam kenderaan ketika ke tempat kerja ataupun ke mana saja. Ramai suami membazir masa dengan membisu sewaktu di dalam kenderaan.

* Amalkan makan bersama setiap hari. Di bulan puasa, sentiasa cuba untuk berbuka dan bersahur bersama.

* Berbual mesra dan nasihat menasihati ketika makan adalah amalan yang akan menarik hidayah Tuhan serta mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan sewaktu makan.

Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ia bukan saja dapat meringankan beban isteri, malah boleh mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan. (terima kasih Yang... kainnya telah dibasuh.)

* Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan serta peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

* Bentuk sifat cemburu yang positif. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu kerana dia rasa dihargai.

* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkan isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia.

* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar.

* Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

* Jadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model.Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini. (kalau Mak, tak apa sebab dalam hierarki, Mak adalah lebih utama.)

* Cintai isteri sepenuh hati. Cinta tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga serta berteraskan iman dan takwa. (Cinta kerana Allah... kita bercinta hingga ke Syurga ya.)

* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah.

* Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga.Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi yang patut diberikan kepada keluarga.

* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang akan sentiasa tenang, sabar, waras, bijaksana serta dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu saja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.(Memuliakan mengikut apa yang Islam ajar.)

* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad s.a.w amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan kerenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.

* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri.

* Urus tekanan dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. Lakukan riadah, ambil makanan seimbang, hentikan merokok, bercampur dengan orang yang positif, bermain dengan bayi, melihat ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.



SUMBER
              :    dari Abg Ben - krenmaut.blogspot.com

Monday, September 20, 2010

Beli Basikal (hobi baru)

Alhamdulillah.
     Berjaya jugak akhirnya untuk aku memiliki sebuah basikal 'mountain bike' dengan jenama GT. Errmm.. Tarikh beli 17 September 2010 (Jumaat). Ada beberapa eksesori free yang diberikan antaranya lampu belakang, botol air, beg dan tongkat.

    Harga bagi setiap basikal ni memang le mahal, tapi aku pilih kategori yang murah. Ikut kemampuan le beb. Yang penting jenama GT dari USA. Body tahan lasak untuk aktiviti yang lasak. Tak sabar rasanya untuk berjambori atau naik ke Bukit Kledang. So far basikal ni okay, dapat menyihatkan badan sambil menambahkan lagi kenalan2 dalam minat dan hobi yang sama.

   Aku beli sama dengan kamal KKM Hospital Batu Gajah. Dia beli basikal jenama GIANT. Tak kurang hebat jugak. Warna biru. Nanti kalo dia ada blog aku link kan blog dia untuk tatapan korang.







Dia punya full spesifikasi basikal, klik di sini :
http://www.gtbicycles.com/bikes/mountain/endurance/avalanche-3-0-disc

    Alhamdulillah, barang yang aku kehendaki dah pun dapat. Mungkin pasni kumpul duit nak beli kamera pulak. Ekekekek...Yo'o ajerk.

Tuesday, September 7, 2010

Konvoi Ke Teluk Senangin (31.7.2010)

   Pada hari Sabtu bersamaan 31 Julai 2010, SMK Dato' Bendahara CM Yusuf aka CM Bikerz telah melangkah setapak lagi ke Teluk Senangin. Jika prjok sebelum ini ke kaki gunung, kali ini di tepian pantai nan berahi. Bertempat di Segari Perak, lokasi ini menjanjikan suasana kampung yang menyamankan. Teluk senangin bukanlah seperti Teluk Batik di Lumut, tetapi lebih kepada pantai nelayan.

   Bertolak dari Seri Iskandar tepat jam 8.15 pagi, kami diiringi oleh seorang warga CM Yusuf bergelar 'TOK'. Ahli CM Bikerz tegar yang selalu kepingin untuk mengikuti konvoi kami, apakan daya saudaranya bertunang pada hari tersebut. Beliau hanya dapat menemani kami sehingga di Seri Iskandar sebelum beliau membuat U-turn untuk pulang ke Tanjong Tualang.

   Singgah sebentar di kedai mamak, Seri Iskandar untuk mengalas perut. Memandangkan jarak perjalanan kami dianggarkan sejauh 80KM.

   Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Hahaha..begitulah agaknya ayat yang terlintas di fikiran peserta konvoi.

   Aksi girang kami setelah berjaya sampai ke Teluk Senangin kurang lebih pada pukul 11.00 pagi. Kami menyewa shalet murah bernilai RM20 bermula jam 11.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Saiznya yang agak kecil hanya sesuai dijadikan tempat solat dan ruang simpanan beg. 

   Gambar diambil dari sudut hujung Teluk Senangin. Di sinilah tempat Kaunselor Aminuddin memancing ikan (dapat ikan nemo) dan Cikgu Syamsul (dapat ikan buntal). Sungguh comel. Walaubagaimana pun, ikan tersebut tidak dapat dibakar atas faktor keselamatan, kami sepakat untuk makan tengah hari di warong berdekatan. Sangat menyelerakan, tapi banyak lalat.

   Sesudah segalanya selesai, kami bertolak pula ke Lumut sebab cikgu Saiful nak beli makanan laut. Dari Lumut kami bergerak pulang lebih kurang pukul 6.00 dan singgah di Ayer Tawar untuk menunaikan solat Asar. Alhamdulillah kami sampai ke rumah masing2 pada waktu maghrib.

Syawal, 2010.

   Tinggal tidak sampai 1 minggu nak berhari raya. Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum hari ditunggu2 tiba. Sebagai umat Islam, tentunya amalan berpuasa, tarawih dan zakat fitrah tidak boleh diketepikan (mandatori). Puasa tanpa sembahyang tak bermakna. Zakat fitrah tahun ni RM7.00 sekepala. Ada ke yang sepatutnya bayar, tapi buat2 nohen aje?

   Persiapan hari raya kebiasaannya sedang2 sahaja. Aku lebih gemar membeli-belah di Gerbang Malam, Ipoh. Semua benda ada, dari seluar jeans Levi's (celup), butang baju melayu, sandal, payung, kasut, sehinggalah ke sampul duit raya boleh kita dapat kat sana. Waktu2 kecederaan ni memang sendat padat melekat lah umat di sana. Tidak kira hujan atau lewat malam, semua berpusu. Ada yang ambil kesempatan cuci mata saja. 

   Aku macam biasa beli seluar jeans Levi's RM55.00 jerk (harga asal RM65). Tapi okay la tu. Nampak macam tahun ni peniaga di Gerbang Malam tak letak harga tinggi macam tahun lepas. Dah hujung2 pun ada  harga RM95 lagi. Mak ai..Cutting biasa aje aku tengok. Tapi tahun ni okay. Design buleh tahan. Baju aku tak beli pun, pakai yang mana ada sudah. Baju baundle yang tak pakai lagi pun ada. Bab kasut pulak, aku tak tahan tengok model Converse. Sekalli pandang dah buat aku terpikat. Apa lagi, sambak la. Converse All Star bundle terpakai ngan sandal (senang nak masuk keluar rumah ketika beraya). Hooray..!




   Tahun ni aku pergi Gerbang Malam naik kereta, satu masalahnya nak cari parkir. Tu dia..jauh gak nak park keta. Siap datang mat ponet minta duit. Kalo tak bagi naya keta beb, tapi tak semestinya depa mencederakan kereta kita. Sedekah aje lah RM1.00 sebagai menghargai penat lelah mereka mengawal keluar masuk kereta di kawasan tu. Dapat pahala jugak. Harap2nya lah.

   Dah setel beli barang raya, nak kena sediakan duit raya pulak. Kalo sorang aku sedekah RM2.00, 50 orang dah RM 100. Wow, kopak. Ekekekek. Nak tak nak kena bagi jugak la. Dah Kerajaan bagi wang ihsan sempena Syawal ni. Jangan kedekut, nanti ada lagi rezeki masuk, Insya Allah.

   Sempena Syawal ni, aku nak mengucapkan  Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf, maaf, dan maaf.. Berhati-hati di jalan raya. Ingat orang yang tersayang.

Thursday, September 2, 2010

Konvoi Ke Taiping (6.5.2010)

Pada hari Sabtu bertarikh 6 Mei 2010, Kelab CM Bikerz (SMK Dato' Bendahara CM Yusuf) telah membuat lawatan sambil belajar erkkk.... telah berkonvoi ke Taiping. Sebanyak 9 buah motorsikal bersamaan 10 peserta antaranya CIkgu Saiful (PK HEM), Faiezal Azmi, Sahrizal, Syamsul, Syamir, Aminuddin the Kaunselor dan lain-lain lagi.
Perjalanan dimulakan dengan semua peserta berkumpul di Petronas Taman Saujana, Batu Gajah. Kurang lebih pukul 10pagi kami bergerak ke Taiping melalui Beruas, Trong, Simpang dan terus ke destinasi.
Gambar ni kami singgah kat Petronas Simpang. Dah dekat dah nak sampai ke Taiping. Ada cikgu yang kata nak terus ke Penang. Melalut betul. Jauh tu. Tapi depa kata dah dekat dah, lagi 1 jam aje nak sampai ke Pulau Pinang. Yeeaahaa..!
Bergambar di kaki Bukit Maxwell di Taiping. Parking motor saje kena bayar RM1.00. Adoi...amik untung atas angin betul.
Di Taman Tasik Taiping.
Perjalanan pulang kami dieskot oleh Polis Diraja Taiping.

Battle Of The Band - Melayu 80an

Punyalah rare gambar yang aku dapat ni. Ehsan dari laman web sosial Facebook. Tak dapat nak pastikan setiap kumpulan yang ada dalam gambar ni. Antara yang aku tau Lefthanded, SYJ, Ella & The Boys dan Ariwatan. Agak unik costum atau pakaian depa zaman tu, seiring dengan perkembangan muzik antarabangsa seperti Cinderella, Led Zepplin, Black Sabbath dan sebagainya.


Diharapkan semoga era rock kapak atau rock kangkang kembali menyinar kerana peminatnya yang melata setiap lapisan masyarakat.

Wednesday, September 1, 2010

Baju Permainan Ultimate Frissbee CM Yusuf

Baju ini direka khas oleh saya, Al-Jazim (pelajar 5V2) dan beberapa pendapat guru-guru yang tidak lokek memberi idea. Harganya tak lah mahal.. 
Shortsleeve = RM20.00
Longsleeve = RM22.00. 
Sangat2 rare dan eksklusif, edisi terhad ini menampilkan rekabentuk yang simple, aerodinamik tetapi menarik da Bomb. Kekeke. Sesuai dipakai dipagi raya, ronda2, ke pasar raya mahupun ke Gerbang Malam.  Kepada sesiapa yang tidak sempat memilikinya, pasti terlintas penyesalan di lubuk hatinya. Oohh..


Nota kaki : Baju ini telah dijahit (bukan handmade seperti kebiasaan) dan dicetak oleh Cikgu Anush (Guru SMK Simpang Pulai, Ipoh). Tempoh baju disiapkan = 2minggu.