Pages

Wednesday, December 15, 2010

Hitam-Hitam Dalam Gua 11/12/2010


Ulasan ditulis oleh Abang Bentara. Beliau lebih arif dalam bidang penulisan.


Gig ini agak istimewa kerana setelah beberapa lama, band pengasas Ipoh's Metal Militants Supremacist (IMM) berkongsi pentas sekali setelah beberapa lama. Band tersebut: Necrotic Chaos, Profane Creation dan Langsuyr. Yang tidak ada Athotorgh (Gea Dreamstone di Jepun) dan Hayagriva.

Tiga buah band dari lima sudah cukup untuk menjadikan ini sebuah gig yang dinanti ramai. Terutama golongan 'tua' IMM untuk keluar dari kehidupan normal mereka. Andai bukan untuk muzik pun kerana silaturrahim. Masing-masing pastinya sudah berkomitmen. Apatah lagi, ramai yang sudah tidak menetap di Ipoh - rezeki di negeri lain.

Istimewanya bertambah apabila gig ini dibuat di dalam gua. Ya, di dalam GUA. Gua Kapura yang letaknya di dalam pusat rekreasi Lost World Of Tambun. Seingat-ingat saya, tidak pernah ada gig yang dibuat di dalam gua di negara kita. Jika benar, ini adalah gig dalam gua pertama dan pastinya ia terpahat di dalam sejarah (walaupun tidak diiktiraf oleh Malaysian Book Of Records).

Saya berkira-kira mahu menonton saja tetapi apabila diberitahu oleh Azlan (vokalis Langsuyr) yang beliau tidak ikut serta atas sebab menguruskan kenduri akikah anaknya, maka saya memberi satu cadangan liar - saya menggantinya sebagai vokalis - bukan gitar seperti biasa. Maka dari sebab itu, saya sudah tidak jadi penonton. SMS terus dihantar kepada Bob (Pyron) selaku organizer untuk membatalkan tiket yang telah ditempah.

Oleh itu saya tidak dapat nak merebiu band di dalam gig ini. Saya perlu menukar gaya rebiu kepada memoir.

Walaupun saya menulis semua lirik Langsuyr tetapi saya tidak pernah menghafalnya. Ini menjadi masalah utama. Gig dalam masa 3 hari dan saya perlu bersedia. Untuk lagu-lagu dari demo Occultus Mysticism (1993), saya perlu ubah liriknya ikut kesesuaian zaman ini. Nota - lirik itu ditulis ketika saya berumur 17 tahun jadi gayanya seperti remaja umur 17 tahun. Saya kira, jika ianya digermankan pun, tidak ada siapa yang ambil kira (kecuali yang benar-benar die-hard - sesuatu yang perlu saya risaukan sedikit).

"Bertolak ke venue lepas Asar 5/6pm" begitu sms Adik Necrotic Chaos apabila saya bertanya mengenai pelan perjalanan. Saya di Tronoh, yang lainnya di Ipoh, menjadikan saya seorang yang bakal tertinggal jika tidak mengambil berat hal ini. Dengan waktu yang telah diberikan oleh Adik NC, maka saya akan tertinggal band yang bermain pada awal waktu.

Apa boleh buat? Memandangkan kami juga perlukan masa rehat dan persediaan yang cukup sebelum beraksi. Mungkin ada ulasan lain di alam maya mengenai band yang bermain sebelum dari kami. Saya sebenarnya mahu menonton tetapi saya juga beraksi. Saya terpaksa memilih antaranya dan saya memilih rehat dan persediaan.

Yang sebenarnya, saya bersama dengan Langsuyr tidak pernah berlatih untuk gig ini. Langsuyr sudah berlatih di KL. Lebih 5 tahun tanpa latihan, agak menggusarkan. 5 lagu yang diberi oleh Azman untuk gig ini menjadi masalah untuk dihafal. Saya berfikir untuk mencetak lirik dan menggunakannya di atas pentas kerana mustahil saya dapat menghafal kesemuanya.

Ketika sampai di venue, betul-betul masa untuk Profane Creation naik pentas. Line up seperti di dalam demo mereka kecuali vokalis yang baru. Vokalis sebenarnya adalah pengurus mereka zaman itu tetapi disebabkan vokalis asal tidak bersedia untuk naik pentas kembali, maka beliau menggantikannya. Persembahan mantap dari mereka memainkan lagu-lagu dari demo dan juga cover Agressor - Dark Power. Mereka adalah salah satu band technical Death Metal terawal di Ipoh. Susunan lagu yang kompleks dengan riffs gitar yang bukan semua orang mampu memainkannya, apatah lagi menyusunnya untuk menjadi sebuah lagu. Oleh kerana saya pun agak runsing dengan waktu yang akan tiba untuk Langsuyr, maka saya tidak dapat menumpukan perhatian untuk persembahan Profane Creation.


 Gambar PROFANE CREATION kredit kepada Shahrul Khairi.

Maghrib pun masuk dan kami bersolat. Terserempak dengan Halim, bekas vokalis Hayagriva yang sekarang bergelar Ustaz mengajar di Simpang Pulai. Tak berubah langsung fizikalnya. Kecil macam dahulu juga. Doa selepas solatnya panjang dan kami mengaminkan beramai-ramai.

Necrotic Chaos mengambil tempat dan mereka disambut dengan sorakan yang luar biasa. Dengan line-up klasik; Adik (bass/vokal), Dark-E (gitar), Jadam (gitar) dan Wira (drum), mereka melanyak gua ini dengan persembahan yang over-the-top dan stage presence yang mengagumkan. Sukar untuk adrenalin kita bertenang melihat double lead solo Dark-E/Jadam dan vokal bertenaga oleh Adik. Permainan drum Wira pun sangat mantap dan tonasi hentakan beliau menggemakan Gua Kepura ini. Selesai lagu cover Morbid Angel - Days Of Suffering, mereka mahu berundur tetapi diasak oleh peminatnya untuk memainkan sebuah lagi lagu. Penonton tidak dihampakan dan sebuah lagi cover dimainkan, Venom - Countess Bathory dengan jemputan vokalis khas, Rafi Promaster (Athotorgh). Keadaan dalam gua menjadi berasak-asak dengan libasan rambut dan tangan mengiringi persembahan lagu terakhir ini.

Membuatkan saya berdebar-debar. Persembahan Necrotic Chaos yang gegak gempita ini perlu sekurang-kurangnya perlu saya keluarkan dari fikiran kerana secara psikologi, kita akan rasa rendah diri. Rendah diri di atas pentas akan menyebabkan persembahan jadi hambar. Saya perlu mengosongkan fikiran. Penonton datang untuk melihat persembahan terbaik. Saya jadikan itu sebagai kekuatan. Apa yang berlaku sebelumnya, sebenarnya tidak pernah berlaku.



NECROTIC CHAOS

Khabar angin mengatakan bahawa saya akan mengambil posisi gitar seperti kebiasaan. Yang sebenarnya, saya menggantikan Azlan di bahagian vokal. Posisi saya telah diganti oleh gitaris yang lebih baik. Lagipun, saya pun sudah lupa nota gitar untuk 5 buah lagu yang akan dimainkan. Lebih mudah pada saya untuk mengambil posisi vokal. Cuma saya faham bahawa persembahan perlu sekurang-kurangnya layak mengganti persembahan Azlan yang sudah dikenali itu. Memang tidak boleh disamakan tetapi mestilah ianya letak pada satu range yang penonton berpuashati. Saya faham akan expectation dari penonton yang datang dan saya komited untuk memberikan yang terbaik.

"Assalamuallaikum. Saya dibuang oleh Azman..." mukaddimah saya di atas pentas. Azman tersenyum. Yang kemudiannya saya perbetulkan.

"Tidak... sebenarnya saya keluar dari Langsuyr disebabkan komitmen lain dan ini adalah one-off show saya bersama Langsuyr."

Dan beberapa patah perkataan lagi yang saya pun dah lupa apa yang saya sebutkan. Mukaddimah ini perlu untuk saya meninjau penonton. Petua ini saya dapat dari pembacaan dan praktikal. Lihat penonton dan apa reaksi awal mereka dan tangani mereka mengikut persediaan mereka.Saya dapati penonton agak hidup (tidak nampak letih) dan bersedia menerima saya sebagai vokalis - line-up ganjil Langsuyr pada malam ini.

"Occultus Mysticism...!" jerit saya mengumumkan lagu pertama disambut dengan gemuruh penonton yang berada di dalam gua.

Lagu-lagu Langsuyr bukanlah Death Metal tulen. Ianya ada saduran Thrash Metal yang agak kuat tetapi tidak terlampau thrashy. Juga ada elemen Heavy Metal. Ini perlukan adaptasi pentas yang betul. Menghayun kepala sepanjang perjalanan lagu seperti kebiasaan band Death Metal, sudah tentu tidak sesuai. Melonjak ke udara seperti band Heavy Metal juga agak janggal. Maka saya mengambil jalan tengah. Sesekali menghayun kepala (sesuatu yang saya sesali kerana sakit tengkuk yang terasa sehari selepasnya) dan pada masa yang lain membuat aksi penyanyi Heavy Metal - cukup dengan memek muka dan arahan kepada penonton untuk sama-sama bekerjasama.

Ada juga masa dimana penonton kelihatan letih yang menyebabkan mereka berdiri tegak dan sekadar menjadi penonton (tiada kerjasama). Petuanya ialah tidak mengambil kira apa reaksi penonton. Persembahan perlu diteruskan. Mungkin ketika itu, lagu kurang sesuai atau part pada lagu kurang mendidihkan adrenalin. Ada beberapa pilihan; persembahan tanpa mengambil kira atau mengajak penonton berkerjasam. Saya memilih kedua-duanya. Apabila diajak bekerjasama tetapi tidak disambut, maka saya meneruskan persembahan seperti biasa. Yang perlu dielakkan ialah terkesan dengan suasana yang tidak positif.

Untungnya, sebahagian besar penonton sudah kenal dengan lagu-lagu yang disampaikan. Untuk lagu Mata Ayer dan Sunut, mereka yang dihadapan menyanyi bersama. Saya tersenyum di atas pentas kerana di ketika penonton menyanyikan bersama lagu tersebut - saya mencuri pandang pada kertas lirik yang saya pegang kerana tidak menghafalnya!

Suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila penonton menyanyikan lagu yang kita cipta. Ia tentunya ada keistimewaan tersendiri. Suka saya mahu mengetahui bagaimana lagu itu didengar dan dihafal. Dan apa pandangan mereka sebenarnya terhadap lagu tersebut.

Selesai 5 buah lagu saya mengucapkan terima kasih dan saya pun turun pentas. Ini tidak dipersetujui oleh penonton yang menjerit bersama.

"WE WANT MORE! WE WANT MORE!"

Sorakannya kuat. Sekuat jeritan reformasi 10 tahun dahulu. Saya menunggu keputusan dari Azman selaku ketua band. Dia mengangguk tanda untuk memainkan satu lagi lagu.

"Lagu ini saya tidak berlatih... kalau berterabur, padan muka" saya menyatakan kepada penonton yang menggelakkan saja kenyataan saya ini.

"Terimalah... Tangisan Embun Pagi!"

Masalah lagu ini ialah liriknya panjang dan ia berbahasa Melayu. Andai kata lirik English, boleh saja digermankan (istilah hentam). Lagu ini berbeza. Dan istimewa. Kerana sewaktu lagu ini dicipta, majoriti band di Malaysia takut untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai perantara. Langsuyr adalah antara band Death Metal pertama yang menggunakan lirik Melayu pada ketika itu.

Untungnya lagu ini berjalan dengan lancar. Semuanya on-the-dot. Tiada kesalahan yang saya perasan.





LANGSUYR

Persembahan pun berakhir. Muka puashati kelihatan pada banyak wajah. Saya juga berpuashati. Persembahan pertama sebagai vokalis ini sudah pastinya menjadi memori yang sukar untuk dilupakan.

Selepas sesi fotografi individu dan berkumpulan kami pun bersurai. Ahli mesyuarat IMM perlu ke rumah Jadam kerana ada sesi BBQ di sana. Ah... selepas gig apalagi yang lebih menarik dari sesi BBQ ini. Kami bergegas ke sana.





*Kredit gambar NECROTIC CHAOS dan LANGSUYR oleh Mr Tajul Ariffinus.

Ehsan dari Abang Bentara : krenmaut.blogspot.com

Tuesday, November 23, 2010

Freemason : Fatwa Arab Saudi

Untuk perhatian kita semua..!

-----------
Freemason adalah sebuah pertubuhan politik sulit bertujuan menamatkan perbuatan baik dan sistem keagamaan sedunia dengan menggantikannya kepada sistem tanpa agama serta undang-undang ciptaan manusia. Mereka mengatur revolusi serta menggantikan satu pemerintah dengan pemerintah lain, atas dasar kebebasan pemikiran dan kepercayaan.

Ini jelas disebut seorang daripada mereka ketika persidangan pelajar berlangsung pada tahun 1865 selepas masihi di Kota Liege, iaitu salah satu pusat kegiatan Freemason. Dia menyebut; manusia wajib menolak Tuhan dan memerangiNYA. Hendaklah seseorang itu menghancurkan kepercayaan langit dan mengoyaknya seperti kertas.

Ia tercatat dalam Perhimpunan Agung Mason (Masonic Grand Lodge, 1922, hlm.98), “Kami akan mengukuhkan kepercayaan bebas dalam pemikiran individu menerusi kuasa yang kami miliki, dan kami melancarkan perang sebenar terhadap musuh sejati manusia iaitu agama.

Freemason adalah salah satu pertubuhan sulit tertua yang masih wujud, sedang kewujudan sebenarnya masih tidak jelas terhadap kebanyakan penduduk. Bahkan ahli-ahli mereka tidak diketahui, kerana plot kepimpinan mereka cukup tersembunyi dan rahsia. Namun mereka cukup menyanjung usaha merealisasikan perancangan serta objektif pertubuhan (Freemason). Kebanyakan agenda dijalankan secara lisan, kerana bukti bertulis tidak dapat ditemui.

Teori pertubuhan dan cara kerja Freemason banyak diambil dari tradisi lama Yahudi. Fakta ini dikuatkan bahawa idea dan ajaran Yahudi menjadi asas penubuhan Freemason (The Grand Lodge) pada tahun 1717 masihi. Ini termasuklah prinsip dan simbol pertubuhan. Ini boleh dilihat dalam kenyataan terkandung dalam majalah Masonic Acacia, bahawa “Kita boleh menemui ramai Yahudi di kalangan ahli-ahli Freemason” (isu no.66, tahun 1908)

Satu-satunya pertubuhan yang giat memusnahkan kepercayaan agama ialah Freemason. Kepercayaan tersebut menyamai kepercayaan Yahudi. Simbol mereka ialah 6 bucu bintang iaitu Star of David. Yahudi dan Freemason menganggap mereka adalah keturunan daripada roh pembina Kuil Sulaiman (Temple of Solomon). Manakala, dalam Protokol Orang-Orang Besar Zion menyerlah hasrat sebenar mereka mahu memusnahkan kepercayaan beragama.

Sememangnya wujud hubungan antara Freemason dan Yahudi dalam mengatur konspirasi serta agenda menjatuhkan sesebuah kerajaan. Seruan kebebasan pemikiran yang didukung dari idea cetusan Freemason sebenarnya menyebabkan kemusnahan moral di dunia serta banyak kerosakan sosial dan lain-lain.

Atas dasar ini, mana-mana Muslim yang menyertai pertubuhan Mason (atau pro-Mason) telah menjadi kafir kerana mendukung kepercayaan serta agenda mereka. Mereka diseru agar segera bertaubat. Sebaliknya, jika dia masih meneruskannya, hukuman mati (hadd - kerana terkeluar dari Islam) adalah wajib ke atasnya dan kematiannya dalam golongan kafir. 

Petikan ehsan dari http://krenmaut.blogspot.com

Thursday, November 4, 2010

MUSE - The Resistance (2009)

Band Muse tak perlu diperkenalkan lagi. Ahli kumpulan yang hanya terdiri dari 3 orang iaitu:
1. Matthew Bellamy (lead vocals, guitars, piano, keyboards, keytar)
2. Christopher Wolstenholme (bass, backing vocals, keyboards, guitars, harmonica)
3. Dominic Howard (drums, percussion, synthesizers, backing vocals, sampling)


GILA..! Hehehe, aku suka jam ngan lagu deme ni. Walaupun hanya 3 orang, bunyi yang dihasilkan seolah line-upnya ramai seperti sekurang-kurangnya 5 orang. Genre yang dibawakan oleh band ini antaranya progressive rockalternative rockclassical musicheavy metal, dan electronica. Tapi aku lebih suka kategorikan mereka ini dengan genre SPACE ROCK. Kenapa? Hmmm..bila dengar muzik Muse terasa seperti di awang-awangan dengan buaian instrument bunyian keyboard yang menggambarkan bintang2 di langit. Pergghh..berat tu.

Tak lengkap rasanya kalo tak selidik album2 lama mereka. 
1. Showbiz (1999)
Agak keras sound yang dilontarkan. Tapi masih syokk dilayan
2. Origin of Symmetry (2001)
Album ni antara yang terbaik bagi aku kerana penggunaan gitar mendominasi instrumen lain. 
3. Absolution (2003)
Ni aku beli original. Hahaha, kat Untie Cambell, Kuala Lumpur. Album yang memperkenalkan aku pada band ni. Sesudah itu terus aku mencari album2 lama mereka. Sangat hebat.
4. Black Holes and Revelations (2006)
Pun layan jugak. Aku nak jam lagu Exo-Politics tapi takde member dah yang kaki jamm kat kampung ni. Kalo di Shah Alam aku dah pulun abis.
5. The Resistance (2009)
Album ni aku rip dari Cikgu Syamir. Nak beli ori macam tak berapa mampu ajer. Sound Muse bagi album ni lebih ke arah Queen.



1 Uprising
Single pertama yang dilempar ke pasaran. Tidak lebih pop dari pada Starlight. Tentu kerena intronya yang sangat ‘musey’. Hal ini sangat biasa bagi muse, untuk merilis lagu-lagu pop aneh mereka sebagai rilisan pertama album, ingat Supermassive Black Hole? Dari segi lirik, lagu ini adalah salah satu penegak orientasi politik Muse yang anti konspirasi para penguasa dunia. Reff yang sangat ‘sing-along’ berisi positifisme revolusi,

Perlu dicatat; ini adalah kali pertamanya Muse menyajikan lagu dengan iringan teriakan Oi! Oi! skinhead, yang tentunya akan bergema pada setiap konsert mereka nanti.

#2 Resistance
Dimulai alunan synthesizer bernada khas muse, lalu disambut nada dansa standar berbalut ketukan drum tribal, lagu ini sebenarnya telah menunjukan identitinya. Sebuah pendekatan baru muse terhadap musik ‘new wave‘, dengan reff klasik Muse.
#3 Undisclosed Desires
Inilah sebenarnya pop hit Muse di album ini. Sangat 80-an, mulai dari drum elektriknya, appergionya, dan tentu saja synthesizer! Lagu yang didekasikan untuk kekasih Matthew Bellamy ini sangat "catchy", terutama pada bahagian latar vokalnya di reff terakhir.

#4 United States of Eurasia
Lagu dengan idea kontroversial ini, juga disebarkan dengan kontroversial. Setidaknya bagi fans Muse di seluruh dunia yang memaksa diri mereka memecahkan kod rahsia untuk mengetahui kordinat lokasi USB FD dari Muse! Membingungkan tentang penyatuan seluruh negara di Eurasia dalam satu perikatan, lagu ini sangat terpengaruh dari novel 1984 karangan George Orwell. Setting yang diambil untuk lagu ini adalah benar-benar mewakili jiwa tokoh utama novel tersebut, yang disiksa dan dicuci otak oleh rezim penguasa.
Muziknya juga sangat representatif, dimulai dengan alunan piano yang sangat bercirikan eropah, lalu melompat  ke nada arab dengan teriakan ala Freddie Mercury, Queen. Yeahhh...!
Aku sangat teruja.

#5 Guiding Light
Lagu Muse paling tidak best dalam album ini. Nada pop yang sangat biasa ditambah dengan bumbu-bumbu tarikan suara Matthew Bellamy. Perkara yang sangat unik adalah musiknya yang ke arah pop 80-an. Takmo komen lebih, aku tak suka sangat.

#6 Unnatural Selection
Mengingatkan pada Newborn! Intro yang menyeramkan, riff gitar yang berat berjalan lambat, bridge dan reff yang ‘sing-along’, tidak akan disangkal keasyikan muziknya, kecuali nada, sang DNA lagu. Muse bukan band yang mudah mengulang-ulang nada pada lagu-lagu mereka. Lagu bercerita tentang isu bahawa sebagian gen keturunan raja/ratu Inggris berasal dari reptil. Hal ini adalah teori David Icke, seorang konspirasi teori, untuk menggambarkan betapa dunia ini telah dikuasai dengan zalim oleh golongan tertentu.

#7 MK Ultra
Ada yang tahu apa itu MK Ultra? Itu adalah ubat rahsia yang digunakan CIA untuk mendapatkan segala yang mereka mahu pada sesi intrograsi, parahnya lagi, sehingga boleh menghapuskan ingatan dan menimbulkan hipnosis secara paksa. Gambar cetak MK Ultra boleh dilihat pada album keempat Muse, Black Holes & Revelations.

#8  I Belong to You
Lagu bersuasana R&B terakhir dari album ini. Sekali lagi reff ‘musey’ Muse dibalut dengan ritma piano yang menyenangkan, verse yang pop, bridge dengan nada yang ajaib! (dan bermanfaat). Sejarah pertama juga diukir di sini kerana ini lagu pertama Muse di mana terdapat bahagian Matt bernyanyi dengan bahasa non-Inggris. Hoi..Sangat genius! 

#9 Exogenesis (part 1) : Overture
Karya terbesar Matthew Bellamy. Dibuat tanpa arrangemen string dari musik lain, lagu simfoni klasik ini didengung-dengungkan. Pembukaan dengan bunyian string khas seperti scoring filem. Secara jujur anda dibawa ke dalam sebuah  adegan filem yang ironis dan melankolik. Sesudah itu, suara falseto Matthew Bellamy masuk, seperti Microcuts yang sepenuhnya falseto. Lalu disusul gitar yang menyayat dengan (seperti biasanya muse) sedikit sentuhan arab, diakhiri dengan semua suara ditambah latar vokal dari Chris Wolstenholme, makin membuat anda ingin teriak dan menangis. Sebuah ‘Overture’ yang sempurna, mampu mengalahkan lagu-lagu radiohead!
Adoi.. Nanti ada masa aku ulas Radiohead pulak.
#10 Exogenesis (part 2) : Cross-Polination
Lagu dimulai dengan piano ala Rachmaninov (pemain piano klasik pujaan Matt), lalu menambat pada sebuah balada yang ‘Muse melodius’. Dan tiba-tiba, hentakan drum Dominic memimpin sinkop (hentakan semua alat musik dalam satu beat) menuju muzik yang seperti ledakan bintang. Lalu kembali ditutup oleh sebuah komposisi yang amat klasik.

Intisari dari lagu ini makin terlihat. Exogenesis (Panspermia) adalah sebuah teori bahawa kehidupan tersebar ke seluruh penjuru alam semesta laksana pohon kelapa yang menghanyutkan buahnya. Cewah.

#11 Exogenesis (part 3) : Redemption
Tidak ada yang bisa menggambarkan bagian ini selain suasana sehabis badai dan lautan harapan. Alunan appergio lambat mengiring, disambut nyanyian Matt dengan nada ‘musey’ yang tidak biasa; penuh rasa positif, pengharapan, pengampunan, dan rasa haru yang indah.
Menguatkan suasana eksodus umat manusia yang dramatis.
 
Demikianlah ulasan The Resistance. Pada pandangan aku, album ini dapat bintang sebanyak 4/5. Ini kerana ia akan lebih sempurna jika Muse tidak mengambil pengaruh muzik pop 80-an dan gaya kumpulan U2. Akhir kata, apa yang peminat suka belum tentu sama dengan kehendak pembikin lagu.
Itu sesuatu yang harus diterima.

**Deme ni genius!

Tuesday, October 26, 2010

Evolusi Basikal


Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular di kawasan yang lain.
Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885, walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk terbantu komputer(CAD).
Basikal telah memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian. Pada tahun-tahun yang awal, pembinaan basikal mempergunakanteknologi yang sedia ada; pada masa kebelakangan ini, teknologi basikal sebaliknya telah menyumbang kepada bidang-bidang yang lebih baru.
Basikal utiliti Belanda yang menonjolkan brek hab dalaman di belakang, sarung rantai dan madgad, lampu berkuasa dinamo serta pemegang.

Basikal gunung moden ini mempunyai tayar yang besar, rangka tegap, penyerap hentakan depan dan pemegang yang berserenjang dengan paksi basikal.


ANATOMI SEBUAH BASIKAL GUNUNG

EKOR KERAS YANG TIPIKAL (A TYPICAL HARD TAIL)

LabelDeskripsiLabelDeskripsi
LabelDescriptionLabelDescription
1Bar hendal/handle bar17Gear belakang/Rear derailer
2Penukar gear/Shifter18Kaset/Cog, Cassette
3Tuas brek/Brake lever19Roda/Rim
4Kabel/Cable20Tayar/Tire
5Tiub kepala/Head tube21Palang pelana/Seat stay
6Sepit udang/Fork22Brek-V/V-brake
7Kaliper brek cakera/Disc Brake Caliper23Gear hadapan/Front derailer
8Cakera brek/Brake disc24Tiub pelana/Seat tube
9Gelendong/Hub25Batang pelana/seat post
10Jejari/Spoke26Pelana/Saddle
11Injap/Valve27Ampaian belakang/Rear shock
12Rakap/Pedal28Tiub atas/Top tube
13Engkol/Crank29Tiub bawah/Down tube
14Gegancu/Chain ring30Set kepala/Head set
15Rantai/Chain31Stem/Stem
16Palang rantai/Chain stay

AMPAIAN PENUH YANG TIPIKAL (A TYPICAL FULL SUSPENSION)

Thursday, October 21, 2010

Kenangan Lagu Sepanjang Zaman

Aku membesar dengan lagu-lagu di bawah. Pelbagai genre yang aku dengar dari yang ringan (seringan pop) hingga ke berat (black metal). Tak jemu-jemu dengar mp3 mereka lebih-lebih lagi dalam kereta semasa sesi pemanduan yang panjang (heheh, dari Batu Gajah ke Lumut).

Ada kombinasi lagu baru dan lama yang mungkin aku akan dengar sampai aku pencen barangkali. Atau lebih dari itu.

Berikut adalah lagu-lagu terbaik yang aku suka mengikut ranking 1 -100.


  1. Langsuyr – Pontianak
  2. Queen - Bohemian Rhapsody
  3. Megadeth - Dread And The Fugitive
  4. Sil Khannas - Gerbang Kayangan
  5. Langsuyr - My Oath For Thee
  6. SYJ - Hati Syaitan
  7. Iron Maiden - Hallowed Be Thy Name
  8. Radiohead - Paranoid Android
  9. Sepultura - Beneath The Remain
  10. Muse - New Born
  11. Foo Fighters - Big Me
  12. As Sahar – Tinggam
  13. R.Azmi - Terkenang Masa Lalu
  14. Langsuyr - Tangisan Embun Pagi
  15. Sweet Charity – Penunggu
  16. Sil Khannaz - Santapan Terakhir Raja Bersiong
  17. Helloween - Dr. Stein
  18. Radiohead – Creep
  19. Kalmah – Hades
  20. Muse - Plug In Baby
  21. Sil Khannaz - Eastern Barbaric Skullkrusher
  22. Led Zeppelin - Stairway To Heaven
  23. King Diamond - No Presents For Christmas
  24. Pink Floyd - Wish You Were Here
  25. Jason Mraz - You & I Both
  26. Iron Maiden - Remember Tomorrow
  27. Green Day - Basket Case
  28. Operation Ivy – Knowledge
  29. Radiohead - Exit Music (For A Film)
  30. Iron Maiden - Fear Of The Dark
  31. Led Zeppelin - Since I've Been Loving You
  32. Nirvana - Smells Like Teen Spirit
  33. Beatles - And I Love Her
  34. Hammerfall - Rising force
  35. SYJ - Mata Sepet
  36. Dragon Force - Through The Fire & Flames
  37. Helloween - Keeper Of The 7 Keys
  38. Queen - Under Pressure
  39. Black Sabbath – Paranoid
  40. Rhapsody - Wisdom Of The King
  41. Green Day - When I Come Around
  42. Eric Clapton - Wonderful Tonight
  43. Helloween - Livin' Ain't No Crime
  44. From Autumn To Ashes - Death Kult Social Club
  45. Dr.Alban - No Coke
  46. Arctic Monkeys - When The Sun Goes Down
  47. Metallica – One
  48. Cradle of Filth – Nymphetamine
  49. MXPX - Do Your Feet Hurt
  50. The Stone Roses - Made Of Stone
  51. Radiohead - No Surprises
  52. In Flames – Trigger
  53. Cromok – Memories
  54. Extreme - More Than Words
  55. Strokes - Last Nite
  56. Bob Marley – No Woman No Cry
  57. Sepultura - Refuse / Resist
  58. Operation Ivy - Bad Town
  59. Radiohead - The Bends
  60. Silverchair - Miss You Love
  61. The Distillers - City Of Angels
  62. Cradle of Filth - Balsamic And Anathema
  63. Arctic Monkeys - Mardy Bum
  64. Beyond – Amani
  65. Deftones - Pink Maggit
  66. The Doors - Love Her Madly
  67. Frank Sinatra - My Way
  68. Him - Join Me
  69. In Flames – Moonshield
  70. Iron Maiden - Aces High
  71. James Blunt - Goodbye My Lover
  72. Jason Mraz - The Beauty In Ugly
  73. Judas Priest - Breaking the Law
  74. Maher Zain - Open Your Eyes
  75. Giegiel – Cahaya
  76. Gary Moore - Still Got The Blues
  77. R.Azmi - Mata Keranjang
  78. Nightwish - Sleeping Sun
  79. Oasis - Don’t Look Back In Anger
  80. Deep Purple - Soldier Of Fortune
  81. King Diamond – Melissa
  82. Manowar – Courage
  83. Metallica - Master Of Puppets
  84. Radiohead - No Surprises
  85. As Sahar - Fandeyian Okultika Hymnology
  86. Dewa – Pupus
  87. Bob Marley - Turn Your Lights Down Low
  88. Dimmu Borgir - Mourning Palace
  89. Gigiel - Penasaran
  90. Cake - I Will Survive
  91. Duran Duran - Ordinary World
  92. Beatles – Help
  93. Dragonforce - Valley of the Damned
  94. Helloween - I Want Out
  95. B'z - Beautiful Life
  96. Cradle Of Filth - Her Ghost In The Fog
  97. Black Sabbath – War Pi9
  98. Eagles - Hotel California
  99. Red Hot Chili Peppers - Under The Bridge
  100. Avenged Sevenfold - Dear God
Band Langsuyr tetap menduduki tangga teratas dari dulu dan kini. Akan datang belum tentu lagi. Sebabnya? Ketukan dram yang 'very fast variety' dan gitar yang asyik...! Suara? Perkara kedua.

Friday, October 8, 2010

Sesi Jamming dan Battle Of The Band

Masa zaman belajar dulu, menjadi satu ketagihan bagi aku dan kengkawan untuk jamming di Shah Alam. Kitorang main lagu mudah2 ajer. Antara lagu2 yang selalu dimainkan :

Muse - Time Is Running Out, Plug In Baby, New Born
Pretty Ugly - Bidadari
Green Day - Basket Case, When I Come Around
Shizuka - Redline 95
Butterfingers - Cuai, Faculties Of Mind, Girl Friday
OAG - 60's TV
Silverchair - Suicidal Dreams, Anthem For The Year 2000
Dewa - Pupus, Risalah Hati

Port jamming : 1. Studio Ratlab, Sharul (Love Me Butch)
                       2. Studio Seksyen 7, Shah Alam.
                       3. Studio Plaza Alam Sentral, Shah Alam.


Sesi jamming ni telah dirakam pada tahun 2004. Kamera HP zaman tu 1.3megapixel ajer. So bunyi ngan sound jadi hampeh.

Pertandingan Battle Of The Band yang berlansung di tahun akhir pengajian aku berlansung dengan best sekali. Sekita 1000 pelajar dari Unisel dan UiTM membanjiri dewan utama Unisel. Sound pun okay. 

Tiket masuk panggung (dewan) RM2 sekepala. Okay lah tu. Sebanyak 12 band yang masuk pertandingan ni.

Band aku Italian Basta (tah aku tak tau apa makna dia, mungkin sejenis makanan rugi masyarakat Itali) telah memilih lagu dari Silverchair - Suicidal Dreams untuk dipertaruhkan. Risau jugak ngan tajuk lagu tu masa mula2 nak register dulu sebab ada unsur2 ganaz (kill3..die3..). 

Sepatutnya setiap band main 2 lagu. Tah pasal apa tah last2 minit penganjur melimitkan hanya 1 lagu sahaja. Yeahh... 1Malaysia..! Sepatutnya band aku main jugak lagu Pearl Jam - Soldier Of Love. Agak simple lagu tuh. 

Line up Italian Basta :
1. Shahir - Bass
2. Fakruzzaman - Vokal
3. Usop - Drum (Ismail pun tidak ketinggalan)
4. Daus - Gitar
5. Arip - Gitar

Result pertandingan - Aku agak musykil kerana pihak penganjur buat keputusan untuk menyiarkannya pada hari lain. Band aku tah dapat no.berapa tah. Nombor 3 atau 4 atau 5. Band borneo jadi juara tahun tu



**Adoi...aku kat hujung belah kiri sekali. Nape la organizer set gadjet jauh ke sana.

Wednesday, September 29, 2010

Tempat Makan Yang Sedap (Perak)

Salam.

Entri kali ni aku nak dedahkan beberapa lokasi kedai makan yang sedap dan enak. Ahaks.

   Tinjauan ini bukan aku buat seorang diri, malah dapat respons kawan2 yang pernah mengunjungi kedai tersebut. Jangan khuatir dengan status kehalalannya, semuanya dimasak oleh Muslim.
Mungkin korang ada beberapa cadangan lain yang dirasakan lebih sedap dari yang aku ceritakan.
Terpulang, boleh cuba try test tengok.

1. Mee Sizling
   Harga serendah RM4.50 - RM5.00. Cukup mengiurkan apatah lagi dengan rasa kuahnya yang agak pekat dan panas. Cukup serba serbi rasanya. Makanan yang dihidang dengan menggunakan HOTPLATE semestinya enak dimakan sewaktu masih panas menggelegak. 
   Antara bahan yang terdapat dalam hidangan tersebut ialah mee yi mi, cendawan butang, ayam dan sayur sawi. Tak salah kiranya saya nobatkan Mee Sizling ini antara yang tersedap di Malaysia. Yeaahh..!


Lokasi : Tesco, Kampar.


   



2. Burger
   Memang sedap burger yang satu ni. Perniagaan anak beranak yang baru nak mula buat bisnes. Dagingnya dibelah cantik dan diletakkan 4 perisa ditengahnya. Sekali datang mesti aku beli tiga. Bukannya takde burger depan rumah aku, tapi tertewas kuturutkan nafsu. Memang menyelerakan. Siap ada carrot lagi (standard la tu). Cukup sedap rasanya. Harga burger di permis tu yang aku ingat :
                          Burger Daging - RM2.00
                          Burger Ayam  - RM2.20
                          Benjo             - RM1.30
Murahkan?

Lokasi : Taman Lembah Permai (Jutaria), Batu Gajah, Perak.

3. Mee Rebus Ramli
   Terdapat beberapa cawangan di sekitar Ipoh. Sesetengah berpendapat lain cawangan, lain rasanya. Terpulang.. Tapi lokasi premis yang aku selalu pergi ialah di luar Tesco 18 dan di Jalan Yang Kalsom (belakang Taman Kanak2).
   Hidangannya sungguh menyelerakan. Kuahnya yang agak manis dan pekat memang memikat. Harga sekitar RM5.00 (Tak pasti, lama dah tak pergi).





Lokasi : Tasek, Jalan Yang Kalsom (belakang Taman Kanak2), Taman Perpaduan, luar kawasan Tesco 18 dan Seri Aman.


4. Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang
   Rasanya 1Malaysia dah mengetahui keenakan mee udang kat Kuala Sepetang ni. Di lokasi tersebut terdapat jugak beberapa premis menjual hidangan yang sama. Menurut Cikgu Sofian (SMK Dato' Bendahara CM Yusuf), rasa kuahnya unik dan tidak hanyir seperti di kedai kebanyakan. 
   Harga yang ditawarkan RM8.00 hingga RM12.00. Cukup berbaloi dengan bilangan udang yang banyak dan keunikan kuah yang disediakan.




Lokasi : Kuala Sepetang, Petang.

Thursday, September 23, 2010

BENTUK SIFAT CEMBURU POSITIF (SUAMI)



Siapa yang tidak inginkan perkahwinan yang membahagiakan meskipun ada kalanya perselisihan sukar untuk dielakkan.

Renungkan petua berikut yang mungkin boleh dijadikan panduan melayari bahtera perkahwinan yang membahagiakan:

* Hiburkan hati isteri dengan bercerita atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

* Bergurau senda tidak hanya di rumah, malah boleh dilakukan dalam kenderaan ketika ke tempat kerja ataupun ke mana saja. Ramai suami membazir masa dengan membisu sewaktu di dalam kenderaan.

* Amalkan makan bersama setiap hari. Di bulan puasa, sentiasa cuba untuk berbuka dan bersahur bersama.

* Berbual mesra dan nasihat menasihati ketika makan adalah amalan yang akan menarik hidayah Tuhan serta mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan sewaktu makan.

Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ia bukan saja dapat meringankan beban isteri, malah boleh mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan. (terima kasih Yang... kainnya telah dibasuh.)

* Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan serta peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

* Bentuk sifat cemburu yang positif. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu kerana dia rasa dihargai.

* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkan isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia.

* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar.

* Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

* Jadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model.Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini. (kalau Mak, tak apa sebab dalam hierarki, Mak adalah lebih utama.)

* Cintai isteri sepenuh hati. Cinta tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga serta berteraskan iman dan takwa. (Cinta kerana Allah... kita bercinta hingga ke Syurga ya.)

* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah.

* Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga.Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi yang patut diberikan kepada keluarga.

* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang akan sentiasa tenang, sabar, waras, bijaksana serta dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu saja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.(Memuliakan mengikut apa yang Islam ajar.)

* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad s.a.w amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan kerenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.

* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri.

* Urus tekanan dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. Lakukan riadah, ambil makanan seimbang, hentikan merokok, bercampur dengan orang yang positif, bermain dengan bayi, melihat ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.



SUMBER
              :    dari Abg Ben - krenmaut.blogspot.com