Thursday, January 2, 2014

SESI PERSEKOLAHAN 2014 BERMULA

Selamat Pagi Semua..!
Amacam hari ni? Masih dalam mood cuti ka?
Ni gambar bebudak kelas yang aku pegang tahun ni. Dapat pulak bebudak tingkatan 2.
Yang lain semua tingkatan 4 dan 5. Fuhh... Heavy.
Hari pertama kena buat garang, memula pelajar senyap... kemudian dah start pulak buat perangai.
Haaa..kan dah kena sedas dari aku.

Apa-apa pun aku mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah.
Belajar rajin-rajin dan jaga tingkah laku.
Aku sebut kat pelajar tadi...
"Kamu hormat saya, dua kali saya hormat kamu. Kamu tak hormat saya, dua kali saya tak hormat kamu. So..berhati-hati".
Saya doakan yang terbaik untuk semua pelajar. Tiada perbezaan layanan dari sudut agama, kaum, jantina dan status kaya susah dari saya terhadap anda. Sama rata, sama rasa.
Sekian.

2 comments:

  1. Garang betul cikgu shaari ni (p.ramlee) heheh..

    ReplyDelete
  2. Hehe, Awal2 tahun kena garang lebih sikit.

    ReplyDelete