Tuesday, January 7, 2014

YIK FOONG LAGI

Jalan-jalan cari ilham awal tahun 2014 di minggu pertama. Ke mana lagi, IPOH ler.
Perut rasa lapar, waktu time tu pukul 3.20 petang. Macam biasa kalo selera nasi tah ke mana, aku singgah Kompleks Yik Foong pekena Meggi kari ngan Longsoi.
Kali ni order air longsoi panas. Air panas yang menyejukkan badan? Betul ke. Macam ayor badak pulak.
Meggi usah cerita la, memang menten rasa dia.
Brruuuppp... Alhamdulillah. Dah setel makan, kena berjalan la sikit dalam kompleks tu. Kasi bakar kalori.
Tak sangka pulak ada satu kedai tu (dulunya kedai games diganti dengan kedai makan, sekarang kedai track Tamiya - mini 4WD) apek tengah pasang track untuk kereta Tamiya. Singgah le kejap. Kedainya luas, tapi apek tu pasang hanya suku daripada ruang kedai. Mungkin nak testdrive dulu kot. Tambah la lagi..
Bila aku tengok dari luar, teringat tahun 1997 time tengah gila main kereta Tamiya. Satu set original harganya RM26.90. Beli kat Batu Gajah. Dulu tak main la jenama Auldey. Kira lekeh bebenor la time tu. Tapi sekarang nampak gayanya jenama tu pulak banyak di pasaran.
Trek Tamiya zaman aku main dulu warnanya kelabu ajer, tak macam gambar di atas. Sekarang ni dah naik balik musim main kereta Tamiya. Mungkin pengaruh Facebook kot. Dah banyak group cerita tentang dia ajer.
Sebelum balik singgah bengkel motor, sembang ngan sorang brader tu dia cakap kat Jalan Kuala pun dah ada 2 3 kedai Tamiya. Nak race kat sana pun boleh. Dialah organizernya. Aku tak kena tipu kot. Haha.
Dulu kalo nak race, masing-masing mesti bawak tool box sendiri. Tak besar, kecik saiznya.. Ada ke yang menumpang tool box kawan? Choi...
Mana boleh kereta Tamiya letak dalam poket, patah la dia. Dalam tool box tu penuh dengan alat-alat ganti kereta Tamiya. Modal nak main benda ni usah cakap lar. Memang ratus-ratus ler. Zaman dulu, tak mampu nak beli motor mahal2. So ada alternatif lain untuk melajukan lagi motor sedia ada dengan menukar wayar gulung kat dalam motor tu dengan wayar emas yang kualitinya lebih baik. Gulung punya gulung dapat la 20%-30% ekstra laju dari motor yang asal. Jadi la kan.
Dulu race tak taruh duit, sekarang ni tah la..
Okay la gang, lain kali cerita lagi. Udah ngantok kome, besok nak kojer.

Selain dari minat muzik, aku minat toys.
Gundam, Lego, Hotwheels, Starwars dan lain-lain. Banyak gambar nak share, kesempatan nak menaip tu yang kurang ada.
Wassalam.

3 comments:

  1. bro
    kedai nye kt mne kt ipoh
    nak men jugak

    ReplyDelete
  2. kalo bz cikgu tampal je gmbr xyah nak taip apa pon., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik Tiga Lalat.
      Maaf lama tak update blog.
      Laptop baru repair. Ambil masa lama pulak.
      Ada banyak cerita nak post, Insya Allah. :)

      Delete