Pages

Friday, June 17, 2011

Perbandingan petrol Shell dan Petronas (RON 95)

Salam,
Saya menggunakan kereta Toyota Vios (2005). Saya berulang alik dari Batu Gajah (Perak) ke Manjung (Perak) sekitar 60km. Waktu kajian saya adalah ketika harga minyak RON95 = RM1.80/liter.

RPM 2 (1X1000) = 80KM/J (Rendahkan?)



Shell :
Saya pengguna tegar petrol shell RON95. Sekali isi RM50. Kebiasaannya dengan isian RM50, kereta saya dapat bergerak sejauh 415KM-455KM. Pada pandangan peribadi saya, petrol shell ni lebih likat isipadunya berbanding petronas yang agak cair. Oleh sebab itu ia dapat menggerakkan kereta saya dengan lebih pikap dan jauh.

Petronas :
Tetapi setelah Petronas perkenalkan petrol RON95 Extra, datang minat saya nak mencuba. Dengan jarak perjalanan yang jauh, saya dapat menilai penggunaan minyak petrol dengan lebih berkesan di antara shell dan petronas. Saya cuba selama 4 bulan tanpa henti. Hasil kajian peribadi saya, kereta jadi lebih pikap sekitar 10% berbanding penggunaan petrol shell RON95. Walaupun pikap, tapi penggunaan petrol sekitar 370KM-400KM sahaja.

Sekarang, saya kembali menggunakan minyak petrol Shell RON95.

p/s : Pandangan / kajian peribadi.

Saturday, June 4, 2011

MAKSUD BENDERA NEGERI PERAK DAN JALUR GEMILANG

Kepada calon-calon yang bakal ditemuduga oleh pegawai-pegawai Kerajaan, bersiap sedialah dengan maklumat berkaitan warna bendera negeri Perak (atau negeri masing-masing) dan Jalur Gemilang. 

1.   BENDERA PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. 
Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.

   a.   Warna putih : melambangkan kebesaran Duli Yang Maha    Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

   b.   Warna kuning : melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

   c.   Warna hitam : melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.


2.   BENDERA MALAYSIA

Jalur Gemilang

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.
------------------------------------------------------
Sepanjang aku ditemuduga oleh pegawai Kerajaan, soalan yang selalu ditanya :
a. Isu semasa
b. Jawatan yang dipohon
c. Pengetahuan Am
d. Maksud warna bendera
e. Asas bahasa Inggeris

Tiga temuduga berikut telah berjaya aku harungi, Alhamdulillah..aku berjaya menjawat semua jawatan tersebut dalam tempoh masa yang berasingan.

1. Pembantu Tadbir N17 (Kesihatan)
2. Pegawai Penerangan S41 (Penerangan)
3. Guru DG41 (Pendidikan)

Yang penting jangan tinggal solat dan selalu berdoa kepada Allah. Yakin akan kuasa Allah. Dia yang memberi rezeki, bukan orang lain.

Semoga Berjaya Isteriku. :-)
Dan rakan-rakan yang lain.

Thursday, June 2, 2011

RFC (Radix Fried Chicken)

Hari Rabu (1 Jun 2011) yang lalu, aku bersama isteri jalan-jalan cari makan di sekitar Ipoh. Dikhabarkan ada satu kedai makan bumiputera yang beroperasi sama macam KFC dan McD. Apa lagi mula la mencari. 
Agak susah jugak nak mencari lokasi kedai ni. Sebab dia terletak sedikit terkedalam. Belakang Billion (Silibin). Pepandai korang lah cari. Tapi nak senang lagi, lokasi dia bersebelahan dengan kedai Tayar Continental. 
NO. 13, Bangunan KOMAS, Jalan Kledang Raya 22, Taman Alkaf, 
30100 SILIBIN Ipoh, Perak.

Kalau sebelum ni korang hanya minum kopi Radix..(Meh Sechewenn) kali ini korang boleh makan hidangan yang berteraskan ayam pula. Haha. burger pun ada.
Menu dia sebijik macam KFC. Nama pun dekat2 dah, RFC (Radix Fried Chicken). Kalau di KFC ada original dan hot & spicy, di RFC menawarkan ayam goreng herba dan spicy.
Kepada sesiapa yang mementingkan aspek halal dan bersih. Di sinilah tempatnya. Surau turut disediakan.
Harga sedikit lebih murah dari KFC dan McD. So Boleh sangatlah nak ajak 1keluarga berkunjung. 
Hidangan yang kami pilih hari itu aku tak ingat namanya, tapi sebijik macam snack plate dan dinner plate. 
Pilihan sos pula ada 3, Sos Cili... Sos Tomato.. Sos Cili Thai...
Secara keseluruhan, hidangan yang ditawarkan tidak mengecewakan. Tapi masih perlu bekerja keras untuk 
bersaing dengan KFC atau McD. Perkhidmatan WiFi juga terdapat di sini.
Kaunter di sebelah bawah, makan di sebelah atas. Surau pun di atas.
Bersih dan meyakinkan. Nak Komen sikit boleh tak? Mintak disejukkan lagi ekonnya.
Sebelum terlupa, selepas makan RFC..boleh la shopping baju bundle Jepun di kedai sebelah.
Selamat Menjamu Selera..!


Kami sudah. Korang bila lagi nak support produk Bumiputera?
Wassalam.