Pages

Friday, February 11, 2011

Sejarah Batu Gajah, Perak.

Mengikut bukti yang ada, Batu Gajah sudah wujud sekitar tahun 1870an.
Menurut diari J. W.W. Birch, Resident British pertama di Perak.
Beliau pernah melawat Batu Gajah pada 30 April 1875. Beliau menyebut
Batu Gajah sebagai sebuah kampung yang besar di tepi Sungai Kinta dan
terdapat sebuah relau yang besar untuk melebur bijih timah.

`… at 4.15, we arrived at Batugaja on the left bank, a large and fine
village

where the soil is very good. There are about 30 or 40 houses, and a
large

smelting house.' (1)

Ini memunjukkan perkembangan awal Batu Gajah adalah berkait rapat
dengan kegiatan perlombongan bijih timah yang mula berkembang di
Jajahan Kinta pada masa itu. Batu Gajah merupakan nama yang diambil
daripada batu yang menyerupai gajah. Beberapa versi telah dilaporkan.
Mengikut versi yang pertama, apabila bijih timah mula dijumpai di
Batu Gajah, ramai pedagang asing dari Sumatera datang melalui Sungai
Kinta untuk berdagang timah. Mereka semuanya penganut agama Buddha
yang menyembah berhala. Oleh sebab tempat tersebut belum benama,
mereka telah mengukir dua batu besar di tebing Sungai Kinta
menyerupai bentuk dua ekor gajah. Kemudiannya, batu itu telah
diletakkan di tebing Sungai Kinta untuk dua tujuan. Pertama, untuk
memudahkan mereka mengenali tempat tersebut dan keduanya mungkin
sebagai tempat penyembahan.

`This stone is addressed as the Toh Gaja, and everyone passing is
supposed to pluck a

Handful of grass or leaes, and striking the Toh Gaja seven times on
the bres with them,

To ask him for fine weather fo the journey'

Versi kedua menurut orang-orang tua, pada zaman dahulu terdapat
sejenis makluk bernama SangKelembai (Gelembai atau Gedembai)).
Makhluk ini dikatakan mempunyai kuasa untuk mengubah benda-benda
hidup menjadi batu apabila ia menegurnya. Pada waktu itu, daerah ini
diliputi hutan tebal tempat gajah-gajah liar merayau dengn bebas.
Suatu hari, dua ekor gajah yang sedang menyeberangi Sungai Kinta
telah ditegur oleh Sang Kelembai lalu menjadi batu; Batu berbentuk
dua ekor gajah itu masih terdapat di Sungai Kinta behampiran Kampung
Pisang, tetapi ia hampir hilang akibat hakisan dan kegiatan
perlombongan. (3) Kisah legenda ini tidak pernah disahkan benar atau
sebaliknhya.

Versi ketiga berkaitan dengan kegiatan perlombongan bijih timah. Pada
peringkat awal, perlombongan bijih dikuasai oleh orang Melayu.
Pekerja mereka ialah orang Cina. Semasa kerja melombong, mereka telah
menemui batu-batu sebesar gajah dan keras seperti kepala gajah.
Pelombong-pelombong kemudiannya menamakan kawasan yang mempunyai batu-
batu itu `Batu Gajah' (Batu Besar).

No comments:

Post a Comment