Apa Itu Internet?
Internet adalah jaringan komputer yang saling terhubung secara global yang memungkinkan pengguna internet saling bertukar informasi/data melalui jaringan tersebut. Internet adalah sistem komunikasi data berskala global, suatu infrastruktur yang terdiri dari hardware dan software yang menghubungkan komputer yang berada di jaringannya.
Ringkasnya, Internet ialah jaringan komputer yang terhubung dan saling berinteraksi satu sama lain dalam skala global.
Ringkasan Sejarah Internet
Kemunculan internet dimulai pada 1966, oleh ARPA (Advanced Research Project Agency – Salah satu divisi di departemen pertahanan U.S.) dengan idea yang sangat mudah: membuat jaringan komputer military yang mampu bertukar data dari tempat yang jauh.
Di tahun 1969, ARPA dengan ARPANET-nya berhasil menghubungkan dua komputer di University of California, Los Angeles dan SRI International di Menlo Park, California. Hal ini lah yang menjadi salah satu embrio kelahiran internet.
Di tahun 1974, TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) diperkenalkan dan menjadi sangat popular serta diterima di tahun 80-an. TCP/IP adalah standard komunikasi data yang digunakan untuk proses tukar-menukar data dalam jaringan internet. Ringkasnya, TCP/IP adalah protokol/aturan yang digunakan bersama dalam mentransfer data dari satu komputer ke komputer lain dalam jaringan internet.
TCP/IP menggunakan skema pengalamatan yang disebut IP Adress. Satu skema yang memberikan satu alamat kepada satu mesin komputer, yang membuat data yang disimpan di dalamnya dapat diakses oleh komputer lain. Contoh IP Address: 205.116.008.044.
Pada Oktober 1984, sistem domain name (.com, .org, .gov, .edu, etc) diperkenalkan. Domain name adalah satu cara untuk membuat internet menjadi lebih mudah untuk di jelajahi. Ringkasnya begini: Teknologi TCP/IP memberikan satu IP address untuk setiap komputer yang membuatkannya dapat diakses oleh komputer lain. IP address ini terdiri dari beberapa susunan angka, contohnya: 192.12.12.98 . Domain name adalah satu usaha untuk membuat internet menjadi lebih mudah dengan cara menjadikan domain name sebagai “alias” dari IP address. Lebih mudah menaip bloggingly.com daripada 192.12.12.98 kan
Jun 1987, format gambar gif ditemukan. GIF, atau graphic interchange format adalah salah satu format gambar digital yang relatif lebih efisien (karena ukurannya yang lebih kecil) daripada format gambar lain (misalnya, .JPEG) internet menjadi lebih berwarna dengan berbagai gambar dalam format .gif.
November 1990, format World Wide Web atau www diperkenalkan oleh Tim Barners Lee, seorang karyawan CERN (Organisasi gabungan negara-negara eropah yang meneliti teknologi nuklear).
Satu perkara lagi, pemahaman kita mengenai internet kurang tepat: internet dan world wide web adalah dua hal yang berbeda. Internet adalah jaringan komputer yang terhubung dalam skala global, sedangkan world wide web adalah salah satu layanan internet yang berupa jaringan dokumen atau sumberdaya lain seperti audio, video atau gambar yang saling terhubung oleh hyperlink atau URL (Uniform Resource Locator – alamat web dokumen web yang anda taipkan di address bar browser) yang ditransfer melalui jaringan internet melalui protokol HTTP (hypertext transfer protocol).
Jumlah Pengguna Internet Dunia
Benua | Jumlah Pengguna Internet |
Asia | 764,435,900 |
Afrika | 86,217,900 |
Eropah | 425,773,571 |
Timur Tengah | 58,309,546 |
Amerika Utara | 259,561,000 |
America Selatan / Caribbean | 186,922,050 |
Oceania / Australia | 21,110,490 |
JUMLAH | 1,802,330,457 |
Jumlah Pengguna Internet Malaysia dan Negara-Negara Jiran
Negara | Jumlah Pengguna Internet |
Malaysia | 16,902,600 |
Singapura | 3,370,000 |
Brunei | 217,000 |
Indonesia | 30,000,000 |
Ringkasan Statistik
Statistik tahun 2010 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan:
- Pengguna Internet di dunia pada 2010 adalah 1,802,330,457 pengguna mengikut Internet World Stats.
- Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 16,902,600 pengguna pada 2010. Jumlah ini adalah 66% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
- Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 357%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.
- Internet World Stats mencatatkan terdapat 764.4 juta pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (425.8 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (259.6 juta pengguna) pada 2010.Ini menunjukkan peluang perniagaan Internet yang amat luas bagi kita di Malaysia oleh kerana pencapaian pelanggan Asia adalah lebih mudah!
Laporan penggunaan bahasa di Internet
Bahasa Malaysia: Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 17 juta pengguna Internet di Malaysia (menurut NITC). Bahasa Malaysia juga digunakan dan difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (30 juta pengguna), 15% daripada pengguna Internet Singapura (menurut ITU), pengguna Internet di Brunei juga turut menambahkan kepada statistik penggunaan bahasa Malaysia. Jumlah keseluruhan pengguna Internet yang merupakan pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 50 juta pengguna Internet!
Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan rata-rata digunakan sebagai pengantara perniagaan Internet antarabangsa. Negara-negara membangun juga di Asia, timur tengah dan Afrika selatan turut mendedahkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ini menyumbangkan kepada majoriti pengguna Internet memahami bahasa Inggeris.
Saya harap anda juga turut teruja dengan statistik di atas. Lihat betapa luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dalam bahasa Malaysia. Lihat sahaja statistik pengguna Internet di Malaysia yang merupakan 38% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Adakah peratusan ini akan berkurangan pada tahun-tahun yang akan datang? Sudah tentunya tidak!
Bagaimana pula dengan jumlah penggunaan Internet sedunia iaitu hampir 2 billion? Dan anda mempunyai akses untuk menjalankan perniagaan dengan hanya RM13 sebulan!
Setiap tahun, kenaikan jumlah pengguna Internet naik dengan mendadak sejajar dengan perkembangan teknologi.Sekiranya anda sedia ada mempunyai perniagaan bukan Internet, ini adalah masanya untuk anda mendapatkan pasaran di Internet!
No comments:
Post a Comment