Saturday, September 22, 2012

MEGGI YIK FOONG

Warghh.. Entri apa pulak kali ni?
Petang Jumaat semalam, aku singgah di Kompleks Yik Foong semata-mata nak makan meggi dia.
Aku sure sape yang rajin lepak Yik Foong sekitar 90-an mesti pernah pekena meggi di tingkat bawah Kompleks Yik Foong nih.
Semalam aku gerak sorang ajer. Kalo bawak famili tak terpergi rasanya.

Kalo entri sebelum ni aku pernah cerita pasal kompleks-kompleks lama yang agong sekitar ipoh. Nahh..
kali ni cerita aku menjurus kepada ikon pemakanan era 90-an. Haha.

Time aku datang, ada sorang je apek tengak minum kat situ. Ini sudah cantek, aku boleh pilih port terbaik untuk melantak dengan senang hati.
Nama kedai meggi ialah ABC East Food. Aku percaya...walopun korang peminat tegar meggi di permis ni, tapi majoritinya tak amik tau pun nama kedai dia. Termasuk la aku sendiri sehinggalah aku nak buat entri pasal juadah dia. Baru dua tiga kali singgah yang terbaru ni terdetik nak amik gambor dan baca nama kedai dia.

Macam biasa, menu aku tiap kali singgah makan kat sini ialah MEGGI KARI + LONGSOI.
Meggi tuh aku tambah 3 jenis fish cake. Tapi aku sarankan tak perlu lah banyak aksesori, nanti kuah yang sedap tu jadi kurang. Yang buatkan kita teringat-ingat adalah kuah dia, bukan aksesori tambahan.
Bila aku sorang aje makan, al-maknanya cepat la siap order aku siap. Korang perati la environment dia, bersih dan lengang. Sudut sebelah belakang aku sebenarnya ada banyak saloon, kat sana ramai jugak orang.
Macam biasa, ayor longsoi sampai dulu. Sebut kena betui..bukan LOPSOI (dalam bahasa cina, maknanya hujan). Komen aku, rasanya biasa-biasa ajer. Tawar hawor.
Sebelum ni aku biasa singgah makan ditemani dek makcik-makcik Melayu yang selalu jaga tandas. Sian diorang. Depa datang bedua, bertiga.. Kekadang bawak nasi goreng dari rumah, air jer yang order kat situ. Gaji depa tak banyak, ada sorang makcik tu kerja untuk tampung kos cuci darah tetiap bulan. Kesian. Sempat jugak aku bersogheh ngan depa.
Tu dia habaq mai.. amoi tu sediakan juadah mentekedarah dalam bekas tembikar. Memang enak lemak la rasa dia. Slruuupp... Untuk menikmati dia, aku terpaksa letak 2 ketul ice cube dari ayor longsoi tu untuk menyejukkan sedikit kuahnya. Kalo tak buat macam tuh, lebor la lidah aku 2 hari 2 malam.

Yang menariknya, amoi tu ada letak sekali daun kari. Memang meletop rasa kari dia.
Selalunya, kalau meggi dah tersedia depan kita, amoi tu mintak kita bayor terus. Haha, takut kita lari lepas makan. Muakakakakka. Perkara ni dah biasa terjadi.
Tapi kalo kita pakai smart macam seorang cikgu yang berkaliber, kita diberi kelebihan untuk bayar disaat juadah telah licin macam gambar di bawah.

Tu dia, licin,. Ini bukan kamera trick.
Harga menu tetap aku ni :

Meggi + 3 fish cake + telur + longsoi = RM6.60

Okay la tu, harga barang makin naik. Lagi pun aku mintak letak sampai 3 fish cake.
Kesimpulannya, rasa meggi tu memang WIN.

Apa yang aku perati, premis ni dah tak semeriah dulu. Masa dulu ramai betul bebudak singgah, sampai peringkat berebut meja dan menunggu orang lain abis makan.
Mungkin sekarang ni kesedaran taknak makan kat kedai milik orang cina kot (faktor halal dan haram). Aku peduli haper. Selagi yakin. Aku bedal aje. Sama jugak di kedai ABC Ah Yong di Taman Kanak-Kanak sebelah Kamdar Ipoh.
Pergh..itu port terbaik sebelum pergi gig.

Nota kaki : Sebenarnya aku tak pergi kosong, sempat gak beli t-shirt As-Sahar (Tir) kat Melody Music.

4 comments:

  1. boleh try pergi nanti bila sampai IPOH

    ReplyDelete
  2. Banyak Nostalgic moment d Yik Foong......

    ReplyDelete
  3. pergh..leleh...
    yop, ayor longsoi tu ayor ape? teh cine ape?

    ReplyDelete
  4. ha hahah ..maggi yik foong...sempoi2..lepas main games ....pahtu pekena maggi... cantek ..ada lagi ke skrang nie...

    ReplyDelete