Saturday, January 21, 2012
MASAK BURGER DI RUMAH
Salam..
Malam tadi sambil layan Buletin Utama (TV3), aku dengan rasa rendah dirinya turun ke dapur masak burger yang tak kurang rasa hebatnya berbanding beli kat luar (McD la tu). Huahuahua.
Semua bahan asas ada. Roti dan daging burger Ramly, salad, mayo, mentega, sos (seasoning, kicap, Thai), telur, keju, lada hitam dan lada putih.
Walaupun kuali burger tak ader, aku gantikan dia dengan kuali goreng ikan yang lebih melengkung.
Hasilnya apabila daging digoreng, gorengan dagingnya akan rata pada semua bahagian.
Part yang paling sulit..waktu nak potong bahagian tengan daging berkenaan. Kalau guna kuali leper tu senang ajer membelahnya.
Sekali skala makan western,apa salahnya. Asyik makan nasi tetiap malam, kekadang kena jugak ubah selera.
Aku rasa la kan, program Master Chef (# Astro 104) tu berjaya mempengaruhi sebahagian besar penontonnya untuk belajar memasak sendiri di rumah. Program macam ni lebih banyak manfaatnya dari program nyanyian (sampah) yang bersepah tah ke mana hala tujunya.
Kalau nak diikutkan pengalaman masak burger ni, aku pernah masak burger di Seksyen 8, Shah Alam. Tolong kengkawan. Best jugak. Masa tu Syahir (Bassist yang disegani) pelawa.
Nama kedai tu Mama Burger. Tah ada lagi ke tidak.
Pernah satu ketika ada 2 pondan datang nak beli burger..Syahir tersasul panggil dia 'Abang'. Apelagi, marah la pondan tu. Perasaannya seperti kain dalam direntap.
Gerai burger tu berdekatan dengan 7 Eleven. Masa tu 7 Eleven tak jual arak lagi. Sekarang ni cantik tersusun rapi.
Semua sedia maklum, makan burger ni kenyangnya tak tahan lama. Sekarang (sewatu menaip) aku dah lapar balik. Macam mana ni? Nak melantak meggi pulak ker.
Labels:
Makan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terimakasih Artikel MASAK BURGER DI RUMAH nya bagus dan membantu sekali, semoga sukses selalu yaa .. Aamiin
ReplyDeleteSalam Aneka Kue Kering