Assalamualaikum dan Salam Bahagia.
Bertempat di Sri Iskandar, Universiti Teknologi Petronas telah menganjurkan kayuhan mesra atau FUNRIDE yang pada pandangan aku menarik dan bersahaja. Penyertaan seramai 2 ratus lebih. Bermula seawal jam 7.30 (pendaftaran). Cuaca pada pagi itu mendung nak hujan. Kiranya semua peserta bersedia dengan apa jua kemungkinan yang melanda.
Lokasi perjalanan merangkumi jalan raya, perkampungan orang asli, Air Denak, perkarangan UTP dan jalan berpasir di kawasan lombong. Enjoy sangat. Hahaha. Diketahui umum bahawa pengayuh basikal tegar terdiri daripada kalangan guru, so penyertaan hari berkenaan agak terbatas. Hari Sabtu? Ada yang kena handle mesyuarat PIBG. Ada juga di antara kami yang menyimpan tenaga untuk kayuhan di Bukit Merah pada keesokan harinya (Ahad).
Trek pertama, jam 8.15 pagi kami kayuh di perkarangan UTP. Kabus mengiringi kayuhan kami yang ternyata begitu ghairah menayang basikal masing-masing. Aku bergambar bersama Pian. Kami sama-sama dari kumpulan CM Bikers. Sebelum terlupa, kumpulan CM Bikers terdiri daripada
- Arip
- Pian
- Pejai Silat
- Rizal Wan
- Kamal (tidak hadir sebab bawa pulang mak ayahnya dari Medan Gopeng, dia jugak menyertai kayuhan di Bukit Merah. Katanya...kaki krem di 10KM terakhir)
Singgah sebentar di kebun kelapa sawit di kawasan perkampungan orang asli Air Denak. Di sini kami diberi makan pisang seorang sebijik beserta dengan air mineral. Tapi aku ambil pisang 2 bijik. Hehehe, sori dan terima kasih ye Encik UTP. Pasang pisang itulah aku dapat mengayuh basikal hingga ke garisan penamat. Yeehaa..! Kredit kepada Pejai Silat kerana tangkap gambar dari sudut yang terBAIK.
Walaupun yuran pendaftaran serendah RM10, tapi apa yang kami dapat haritu lebih dari apa yang patut. Di point terakhir, kami dihidangkan dengan bihun goreng, air kotak dan cendol. Sedap cendol tu, menurut sumber sahih, peniaga cendol tu berniaga depan SMK Convent, Batu Gajah. Haha, lain kali aku nak pekena kat sana. Pian dia mintak gula lebih 100% haritu, terkejut aku. Kekeke.
Ada cabutan bertuah, tapi hampeh...takde sorang pun dari pasukan CM Bikers yang dapat. Mungkin kalo kami masuk Jamborie yang lebih besar, chances untuk dapat tu lebih tinggi gamaknya. Antara hadiahnya handle basikal, tiub, first aid kit.
Warga emas pun tidak melepaskan peluang beraksi seperti golongan muda. Apa yang penting kesihatan diutamakan.
Cabutan bertuah kepada peserta yang bertuah. Seronok betul. Tetapi hadiahnya tidaklah setanding dengan Jamborie yang yurannya berjumlah RM50.
Ropa bentuk basikal aku setelah dibasuh. Macam ada je benda nak diupgrade.
Trek sejauh 28KM.
UTP-> Kampung Bali -> Perkampungan Orang Asli Air Denak -> Seri Iskandar -> UTP
Bergambar beramai-ramai setelah berjaya menghabiskan kayuhan. Tidak ketinggalan air cendol ais yang menyegarkan. Hahaha..sukar dilepaskan.
Inilah penyertaan pertama aku. Diharapkan dimasa akan datang aku berpeluang menyertai mana-mana Jamborie yang lebih mencabar seperti di Pulau Pinang dan di Bukit Merah. Insya Allah.