Pages

Sunday, January 29, 2012

JAMUAN RUMAH TERBUKA : TAHUN BARU CINA 2012

PM in sitiawan
Bertempat di Lapangan Terbang Kpg. Serdang (Sitiawan) telah diadakan satu majlis rumah terbuka atau open house sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.
Aku hadir bersama isteri. Jalan jem macam di KL. Kalau ada motor memang senang menyelit. Boleh terus park di area majlis tu. Aku park kereta jauh jugak, area LHDN, Sitiawan. Lebih kurang 1KM perjalanan ke stadium (bersebelahan lapangan terbang)
Kehadiran pengunjung luar biasa. Majoriti penduduk setempat, tapi orang luar pun ramai jugak.
Orang kenamaan yang hadir antaranya PM Najib, Kong Cho Ha, Chua Soi Lek, Dr. Zambry, Rais Yatim berserta isteri masing-masing.
Dapat dilihat semua bangsa utama di Malaysia ada sana. Di kiri aku cina, belakang aku India, depan aku India, kanan aku pun India. Ehh... Takpe, 1Malaysia.
Tak lupa jugak warga asing. Wakil dari Bangladesh, Nepal dan Indonesia pun ada.
Nasib baik cuaca elok, tapi suhunya agak panas. Berpeluh jugaklah.
Banyak makanan percuma yang disediakan. Tapi macam biasalah, kalau dah ramai yang hadir makanan pasti tak cukup. Berebut-rebut nak makan free. Tak nampak pun yang beratur.
Kami tak berkesempatan pun nak makan di situ, cukup dapat tengok pemimpin negara depan mata beserta mendengar ucapan mereka.
Habis sahaja ucapan Bapak Najib, kami keluar makan di restoran (Manjung). Lagi selesa dan sedap.
Katanya kehadiran pengunjung sebanyak 50,000. Tapi aku rasa lebih dari tu. Bilangan bas yang bawak rombongan pun tak terkira. Sepatutnya ada disediakan tempat letak bas di dalam kawasan lapangan terbang, tapi bas yang parking dah melimpah ruah di tepi-tepi jalan utama.
PM habis beri ucapan jam 10.20 malam, waktu tu semua pengunjung masih lagi dok makan-makan.
Aku tak tunggu lama. Cari jalan nak keluar. Apa yang aku nampak satu perkara yang susah nak disisih dari mental rakyat Malaysia adalah sampah. Kulit limau, bekas makanan polisterin, cup air, plastik limau dan tah hape-hape lagi bersepah di sana sini. Setiap langkah mesti pijak sampah. Rumput kering jadi basah dek kuah char kuew tiow, mee rebus dan buah limau yang penyek dipijak-pijak.
Jenuh la pekerja Majlis Perbandaran Manjung (MPM) nak bersihkan kawasan tu. Luas..

Nota kaki : Aku suka ke majlis rumah terbuka seperti ini walaupun bersesak dan tak dapat makan.

Saturday, January 21, 2012

MASAK BURGER DI RUMAH


Salam..
Malam tadi sambil layan Buletin Utama (TV3), aku dengan rasa rendah dirinya turun ke dapur masak burger yang tak kurang rasa hebatnya berbanding beli kat luar (McD la tu). Huahuahua.

Semua bahan asas ada. Roti dan daging burger Ramly, salad, mayo, mentega, sos (seasoning, kicap, Thai), telur, keju, lada hitam dan lada putih.
Walaupun kuali burger tak ader, aku gantikan dia dengan kuali goreng ikan yang lebih melengkung.
Hasilnya apabila daging digoreng, gorengan dagingnya akan rata pada semua bahagian.
Part yang paling sulit..waktu nak potong bahagian tengan daging berkenaan. Kalau guna kuali leper tu senang ajer membelahnya.
Sekali skala makan western,apa salahnya. Asyik makan nasi tetiap malam, kekadang kena jugak ubah selera.
Aku rasa la kan, program Master Chef (# Astro 104) tu berjaya mempengaruhi sebahagian besar penontonnya untuk belajar memasak sendiri di rumah. Program macam ni lebih banyak manfaatnya dari program nyanyian (sampah) yang bersepah tah ke mana hala tujunya.

Kalau nak diikutkan pengalaman masak burger ni, aku pernah masak burger di Seksyen 8, Shah Alam. Tolong kengkawan. Best jugak. Masa tu Syahir (Bassist yang disegani) pelawa.
Nama kedai tu Mama Burger. Tah ada lagi ke tidak.
Pernah satu ketika ada 2 pondan datang nak beli burger..Syahir tersasul panggil dia 'Abang'. Apelagi, marah la pondan tu. Perasaannya seperti kain dalam direntap.
Gerai burger tu berdekatan dengan 7 Eleven. Masa tu 7 Eleven tak jual arak lagi. Sekarang ni cantik tersusun rapi.

Semua sedia maklum, makan burger ni kenyangnya tak tahan lama. Sekarang (sewatu menaip) aku dah lapar balik. Macam mana ni? Nak melantak meggi pulak ker.