Ianya berasal dari suku sakat gitar bersaiz kecil yang hanya mempunyai 4 tali. Pada abad ke-19, dikatakan sejarah ukulele ni berasal dari Portugis dan dibawa ke Amerika pada abad ke-20. Dari sini, ukulele telah dikenali diserata dunia.
Ukulele mempunya pelbagai ton dan kekuatan bunyi dalam 4 keadaan:
Soprano
Konsert
Tenor
Baritone
Sebagaimana gitar, ukulele juga perlu ditune dengan betul agar kord yang terhasil berbunyi standard. Aku hanya guna perisian android bernama Strings Tuner yang korang boleh install melalui Play Store.
Seni ni menyeronokkan. Ia digelar passion.
Walaupun sibuk, bila diberi tugas untuk design banner aku sapu ajer.
Buat banner untuk program sekolah tak dibayar pun. Walaupun kerja yang sama diberi pada kedai pencetak, depa sakau 2 3 4 ratus ringgit untuk kerja design dan cetak.
Filem Kil, filem indie terbitan anak muda tempatan mengenengahkan permasalahan hidup rakyat marhain di ibu kota, Kuala Lumpur. Sejujurnya aku dah tonton 4 kali.
Aku tekankan di sini bahawa filem ini sangat berbeza dari filem Melayu tipikal di Malaysia sedia ada kerana elemen romantik, misteri dan saspennya berjaya membuatkan aku terpaku di depan TV dari mula saat ditayangkan hingga tamat tayangan. Pihak produksi telah menyuntik elemen-elemen segar untuk menambahkan rasa bagi naskah ini.
Barisan pelakon, Redza Minhat, Cristina Suzanne, Harun Salim Bachik, Hasnul Rahmat, Dira Abu Zahar, Atilia Haron dan Juliana Evan. Beberapa kelibat penggiat seni Indie turut muncul, tapi tak lama.
Sinopsis filem :
KIL (merujuk kepada singkatan Akil dan perkataan kill) merupakan sebuah filem yang bercorak drama, romantik dan misteri yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha dan menampilkan dua pelakon utama iaitu Redza Minhat dan Cristina Suzanne. Mereka berdua telah pertama kali menjadi watak utama melalui filem ini. Filem ini juga merupakan filem pertama Nik Amir. Filem ini mengisahkan mengenai Akil (Redza Minhat), seorang lelaki muda yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Selepas beberapa percubaan membunuh diri yang gagal, Akil telah mengupah sebuah agensi pembunuhan, Life Action Bureau (LAB) untuk membantu dirinya membunuh diri. Ketika tarikh kematiannya semakin dekat, dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang dia temui, Zara (Cristina Suzanne). Selepas itu, dia mula mempunyai fikiran yang was-was untuk mati. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 Mei 2013.
Kekuatan filem ni terletak pada watak utama Akil ( Redza Minhat) dan Zara (Cristina Suzanne). Skrip mereka berdua mantap dan bersahaja. Redza pandai memainkan emosi dengan melakonkan watak sebagai seorang yang pendiam. Tak banyak cakap tetapi mesej dan emosi sampai kepada penonton.
Zara pulak comel dan bijak menyeimbangkan keadaan dengan skrip dan gaya tubuh.
Antara skrip Zara yang melekat dalam kepala aku sampai sekarang ialah, "Dapat bonus ke, Bang?" :) So sweet...
Tutur kata dari dua pelakon utama ini ditunggu-tunggu. Asyikk..
Dari segi skrip, penggunaan bahasa Melayu 65% dan Inggeris 35% kelihatan begitu natural, mungkin pengarah memberi kebebasan kepada pelakon mengubah skrip mengikut kesesuaian keadaan dan mood semasa.
Lakonan arwah Harun Salim Bachik harus dipuji, lari dari watak komedi yang selalu dipegang. Satu-satunya filem arwah yang banyak menggunakan bahasa rojak.
Rakaman suara dibuat secara real time, tidak seperti kebanyakan filem Melayu yang bikin dubbing (berlakon di lokasi, rakam suara di studio) selepas shooting selesai. Kalau isu dubbing ni, dari lawak tak jadi lawak, dari romantik nak rasa termuntah. Mana tidaknya, pergerakan mulut dan suara tak selari.
Dari sudut sinematografi, pihak produksi banyak menggunakan teknik bokeh. Lokasi pengambaran diambil dari kawasan percuma sekitar Kuala Lumpur. Hanya mohon kebenaran shooting sahaja.
Sound track filem ini sangat ohsem, bait-bait lirik kena dengan perjalanan filem.
1. Butterfingers - Mati Hidup Kembali
2. Pesawat - Rapuh
Filem ini telah berjaya memenangi empat anugerah daripada tujuh pencalonan di Anugerah Skrin 2013 (termasuk Filem Terbaik) dan mengungguli Festival Filem Malaysia ke-26 dengan lima kemenangan dari sebelas pencalonan (termasuk Filem Terbaik).
Ia sebuah filem Melayu yang telah berjaya keluar dari kerangka cliche filem melayu tipikal.
Secara peribadi, aku bagi rating 4.5/5. Cuba tonton dahulu dan nilaikan sendiri.
Intro sesebuah lagu memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pendengar untuk mendengar sesuatu lagu hingga habis.
Tidak kisah sama ada intro lagu itu dimulakan dengan gitar, keyboard atau drum, ianya menaikkan semangat seseorang untuk mendalami arrangement instruments.
Berikut aku senaraikan 10 intro lagu yang berjaya membuatkan pendengar kali pertama untuk minat terus kepada sesebuah karya hingga mampu membuatkan mereka mencari-cari lagu lain yang ada dalam sesebuah album tersebut.