Pages

Tuesday, April 26, 2011

GURU DATA

Assalamualaikum dan salam bahagia. 
Entri kali ini aku nak bercerita pasal kerja hakiki aku di sekolah.    

      Aku manggantikan Puan Kamales sebagai guru data sejak dari Oktober 2009 sehingga kini setelah beliau bertukar sekolah kerana mengikut suami. Banyak perkara yang perlu aku belajar memandangkan tugas guru data ni sangat asing bagi aku. 


 


      Kekadang rasa sangat sibuk, kekadang tak berapa sibuk. Tak menentu. Waktu mengajar aku hanya 12 waktu seminggu. Tapi kekadang tak menang tangan dibuatnya dengan kerja yang melambak. Setiap sekolah hanya ada seorang guru data. Paling ramai pun 2 orang (pembantu guru data).  Kerja aku ni banyak melibatkan Internet, kalau buat kerja disaat akhir, merana la jawabnya kerana akan 'line busy'. Yang paling menyesakkan dada aku kalau akses Internet ada masalah. Huhu, kena mengadap bos la jawabnya.

      Berikut adalah senarai tugas guru data :

SENARAI TUGAS


Peringkat                     : Sekolah Menengah/Rendah
Jawatan                       : Guru Data Sekolah DG41/DGA29
Waktu Bertugas         : Mengikut waktu persekolahan (bagi sekolah dua sesi
waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi
kedua-dua sesi)


  1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua.

  1. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah  yang diarahkan oleh Bahagian di KPM, JPN, PPG/D dan sekolah serta lain-lain agensi kerajaan:
a)    Bertanggungjawab bagi pengurusan data EMIS iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan berkaitan dengan:

         Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;
         Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;
         Staf bukan guru;
         Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;
         Pendaftaran PTK;
         Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

b)    Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), peperiksaan, asrama, kokurikulum, Buku Teks, e-GTukar, Pelabelan, dll.

c)    Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer yang digunakan untuk pengurusan data EMIS; namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh penyelaras IT.

d)   Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat sekolah  bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

  1. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah.
  1. Menjadi setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS).
     5.   Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa 
           ke semasa.

Arip : Buat kerja dengan ikhlas.