Aku hadir bersama isteri. Jalan jem macam di KL. Kalau ada motor memang senang menyelit. Boleh terus park di area majlis tu. Aku park kereta jauh jugak, area LHDN, Sitiawan. Lebih kurang 1KM perjalanan ke stadium (bersebelahan lapangan terbang)
Kehadiran pengunjung luar biasa. Majoriti penduduk setempat, tapi orang luar pun ramai jugak.
Orang kenamaan yang hadir antaranya PM Najib, Kong Cho Ha, Chua Soi Lek, Dr. Zambry, Rais Yatim berserta isteri masing-masing.
Dapat dilihat semua bangsa utama di Malaysia ada sana. Di kiri aku cina, belakang aku India, depan aku India, kanan aku pun India. Ehh... Takpe, 1Malaysia.
Tak lupa jugak warga asing. Wakil dari Bangladesh, Nepal dan Indonesia pun ada.
Nasib baik cuaca elok, tapi suhunya agak panas. Berpeluh jugaklah.
Banyak makanan percuma yang disediakan. Tapi macam biasalah, kalau dah ramai yang hadir makanan pasti tak cukup. Berebut-rebut nak makan free. Tak nampak pun yang beratur.
Kami tak berkesempatan pun nak makan di situ, cukup dapat tengok pemimpin negara depan mata beserta mendengar ucapan mereka.
Habis sahaja ucapan Bapak Najib, kami keluar makan di restoran (Manjung). Lagi selesa dan sedap.
PM habis beri ucapan jam 10.20 malam, waktu tu semua pengunjung masih lagi dok makan-makan.
Aku tak tunggu lama. Cari jalan nak keluar. Apa yang aku nampak satu perkara yang susah nak disisih dari mental rakyat Malaysia adalah sampah. Kulit limau, bekas makanan polisterin, cup air, plastik limau dan tah hape-hape lagi bersepah di sana sini. Setiap langkah mesti pijak sampah. Rumput kering jadi basah dek kuah char kuew tiow, mee rebus dan buah limau yang penyek dipijak-pijak.
Jenuh la pekerja Majlis Perbandaran Manjung (MPM) nak bersihkan kawasan tu. Luas..
Nota kaki : Aku suka ke majlis rumah terbuka seperti ini walaupun bersesak dan tak dapat makan.
No comments:
Post a Comment