Pages

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Monday, September 28, 2020

SOULFLY : MAJALAH ROTTW ISU 181 (2012)

Soulfly bergenre Nu metal (awal), Thrash metal dan Groove metal. Gambar dipetik dari Majalah ROTTW isu 181 tahun 2012. Soulfly diketuai oleh bekas penyanyi kumpulan Sepultura, Max Cavalera yang membentuk band ini selepas dia meninggalkan band Sepultura pada tahun 1996.

Soulfly menggabungkan banyak pengaruh muzik negara Brazil dan dunia (world) ke dalam setiap lagu-lagunya.









Sunday, November 15, 2015

ULTRAMAN ACE

Item : Action Figure - Ultraman Ace
Genre: Science Fiction, Action, Adventure Film
Tahun Beli : 2008
Tempat Beli : Amcorp Mall, Petaling Jaya.
Harga : RM15.00

Ultraman Ace

Ultraman Ace adalah watak Ultraman yang aku minat selepas Ultra Seven.
Diterbitkan oleh Tsuburaya Productions.
Ultraman Ace adalah watak kelima yang diwujudkan dalam siri keluarga Ultra.
Mula ditayangkan di TV Jepun pada 7 April 1972 hingga 30 Mac 1973 dengan aksi siri berjumlah 52 episod.

Tuesday, October 6, 2015

TENGOK-TENGOK KEYBOARD

Assalamualaikum,
4 hari yang lepas aku singgah di kedai muzik area Sitiawan, Perak.
Tujuannya tak lain nak gi cari alat muzik keyboard.
Tiba-tiba pulak nak tukar instrument yang dahulunya gitar.

Di kedai muzik tu ada seorang pakcik, Nama dia Alias Bin Isa (berasal dari Tanjong Tualang, Perak). Dia jaga di kedai tu bertokeykan uncle Cina yang agak sporting.
Sebelum ni aku dan member selalu singgah kedai dia usha gitar. Pakcik ni la yang selalu main. Irama apa yang dia tak tau main? Semua dia hayun. Adui..cair..
Background pakcik ni, dia selalu main gitar di hotel-hotel sekitar Manjong, Lumut dan Setiawan.
Memang hebat orangnya.
Kalau sesiapa yang nak ambil kelas belajar gitar, pakcik Alias le yang mengajar.

Dia suggest kat aku brand Korg (terpengaruh tengok live concert) dan Yamaha.
Sekali dia main lagu Kenny Remy Martin - Suratan Atau Kebetulan.
Memang meleleh ayaq lioq aku dengar. Katanya dulu dia ada main keyboard selain serius pegang gitar. Tapi dah ditinggalkannya 10 tahun yang lalu.
Masa dia demo main keyboard, dia siap tekan rythm/cord dan lead serentak (maaf kalau silap).
Katanya dia takde pendidikan formal tentang keyboard, study sendiri jer.

Sebelum Pakcik Alias main, uncle tokey kedai main dulu, lagu wajib Canon In D. Dalam ingat-ingat lupa pun sedap bunyinya, sound penuh, solid dan bersahaja.
Selain dari gitar, keyboardlah instrument yang aku nak belajar dari dulu. Tapi disebabkan harganya yang mahal, terpaksa aku tolak ketepi dulu.

Di bawah ni kategori keyboard wishlist aku :

  1. Korg PA300
  2. Korg PA600

Monday, September 5, 2011

Super Kinta - Kompleks Yik Foong - Bazar Bulat.

SUPER KINTA



Super Kinta dah wujud lama sebelum pasaraya Jusco, Ipoh Parade dan Tesco. Tempat membeli-belah paling grand pada zamannya. Melebihi Emporium di pekan Batu Gajah ketika itu. Hehe. Tapi sayang hayatnya berakhir setelah wujud pasaraya yang lebih moden dan lengkap infrastukturnya. Sempat jugak aku berdating pada tahun 2002. Masa tu baju-baju di atas rak dah tak banyak, rata-rata dah tinggal suku sahaja.
Pasaraya ni terletak di tingkat atas Pasar Besar Ipoh.
Di bahagian bawahnya terdapat pasar ikan, daging, sayur, babi, buah-buahan dan bahan-bahan memasak. Di tingkat satu terdapat gerai buah-buahan, ubat-ubatan tradisional, Juga terdapat kedai buku, permainan dan perhiasan rumah. Surau dan tandas juga disediakan. .Di tingkat bawah pulak ada menjual barang antik seperti di pasar Loken.
Oh ye, di tingkat satu ada kedai menjual kaset, aku lupa nama kedainya. Kalau nak dapatkan kaset (masa tu takde CD ) sinilah tempatnya. Dan juga tempat men'Dubbing Lagu" pilihan..
Zaman kecik-kecik dulu, aku mesti melompat bila bapak aku kata nak pergi Super Kinta. Aku pernah terlost dari pandangan family aku beberapa ketika asyik membelek permainan. Department permainan di Super Kinta antara yang terbesar di Malaysia. Manyakk syiokk... Aku tak dapat beli barang permainan yang mahal-mahal macam Maskman, Transformers atau kereta kontrol..cuma yang murah-murah aje, Hotwheels. Tu pun dah gumbira gila.
Studio jamming Pak SYJ masih wujud hingga kini. Pada tahun 2005 aku pernah bawak dua budak untuk audition vokal bagi mencari pelapis baru vokalis kumpulan SYJ.

**********************************************************************************

KOMPLEKS YIK FOONG



Kompleks Yik Foong terletak di Jalan Laksamana berhampiran Super Kinta. Tidak ada pasaraya di Malaysia sepertinya kerana kedai-kedai di dalamnya seperti rumah teres (kedai sebuah-sebuah). Seperti di Kinta City (tidak termasuk Jusco). Dulu ada pusat permainan video di tingkat atas sekali kononnya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Tapi aku redah aje, zaman tu umur 14 tahun.
Dulu tak ada pun peniaga Melayu berniaga, susah kot nak bersaing dengan peniaga Cina. Kalau ada pun hanya pembantu jualan atau pencuci tandas sahaja. Sedih.. Tapi awal tahun 2000 dah ada peniaga Melayu, nama kedai dia PC Blossom. Aku baik jugak dengan owner kedai tu, Kak Teh namanya. (kak Teh tu bini Pian Shizuka). Berjaya jugak aku beli RAM512 dengan harga yang sangat murah. Sekarang dah banyak peniaga Melayu antaranya Bozok dan ape tah lagi aku lupa namanya.
Kedai Melody Music satu-satunya yang menjual kaset sampai sekarang. Stabil sungguh ekonominya. Carilah apa jenis genre muzik, semua ada dari pop indon, dangdut, rock, punk, oi!, blues hingga ke black metal.
Dulu Kompleks Yik Foong ni selalu jadi port bergaduh. Macam-macam puak ada. Tak lupa jugak tempat memperagakan fesyen pakaian dikalangan peminat muzik antaranya punk dan metal. (Doktor Bentara, sila beri penjelasan, haha)
Kompleks Yik Foong ketika ini terkenal dengan penjualan barangan komputer. Banyak lot kedai bersaing sesama sendiri menawarkan harga yang menarik. Lebih kurang macam di Kompleks Low Yatt, Kuala Lumpur.
Di saat ini pun aku masih teringat lagi keenakan masakan Meggi di kedai bahagian bawah tanah. Apa nama kedai Cina tu aku dah lupa. Sekali sekala aku singgah pekena, melepaskan gian bersama dengan air longsoi. Pergghh...
Band SYJ sempat merakamkan kenangan di Yik Foong dalam album Khudrat (tahun 1990).


**********************************************************************************

BAZAR BULAT



Bangunan di atas antara mercu tanda yang menjadi nostalgia kepada sesiapa yang membesar di bandaraya Ipoh sekitar tahun 70'an dan 80'an. Bangunan ini terletak di Pasar Yau Tet Shin dan berhampiran dengan Jubilee Park di pusat bandar Ipoh. Sayangnya bangunan ini telah dirobohkan pada penghujung 90'an dan kini ia dijadikan kawasan parkir kereta. Adoi...!

Dulu, aku selalu singgah ke Bazar Bulat lepas membeli belah di Super Kinta. Ape lagi kalau bukan makan nasi ayam. Sambil mata menjeling ke arah pusat permainan video.
Bangunannya unik macam donut kerana ia berbentuk bulat. Bangunan ini menempatkan pelbagai jenis kedai antaranya kedai pakaian, pusat permainan video dan snooker. Bazar Bulat juga dikenali kerana restoran nasi ayamnya yang terkenal iaitu restoran Nasi Ayam Bazar Bulat serta sebuah studio rakaman yang dikenali sebagai Studio SYJ di mana sebuah kumpulan rock tempatan yang terkenal sekitar tahun 80'an iaitu SYJ telah ditubuhkan di sini.

Friday, June 17, 2011

Perbandingan petrol Shell dan Petronas (RON 95)

Salam,
Saya menggunakan kereta Toyota Vios (2005). Saya berulang alik dari Batu Gajah (Perak) ke Manjung (Perak) sekitar 60km. Waktu kajian saya adalah ketika harga minyak RON95 = RM1.80/liter.

RPM 2 (1X1000) = 80KM/J (Rendahkan?)



Shell :
Saya pengguna tegar petrol shell RON95. Sekali isi RM50. Kebiasaannya dengan isian RM50, kereta saya dapat bergerak sejauh 415KM-455KM. Pada pandangan peribadi saya, petrol shell ni lebih likat isipadunya berbanding petronas yang agak cair. Oleh sebab itu ia dapat menggerakkan kereta saya dengan lebih pikap dan jauh.

Petronas :
Tetapi setelah Petronas perkenalkan petrol RON95 Extra, datang minat saya nak mencuba. Dengan jarak perjalanan yang jauh, saya dapat menilai penggunaan minyak petrol dengan lebih berkesan di antara shell dan petronas. Saya cuba selama 4 bulan tanpa henti. Hasil kajian peribadi saya, kereta jadi lebih pikap sekitar 10% berbanding penggunaan petrol shell RON95. Walaupun pikap, tapi penggunaan petrol sekitar 370KM-400KM sahaja.

Sekarang, saya kembali menggunakan minyak petrol Shell RON95.

p/s : Pandangan / kajian peribadi.

Saturday, June 4, 2011

MAKSUD BENDERA NEGERI PERAK DAN JALUR GEMILANG

Kepada calon-calon yang bakal ditemuduga oleh pegawai-pegawai Kerajaan, bersiap sedialah dengan maklumat berkaitan warna bendera negeri Perak (atau negeri masing-masing) dan Jalur Gemilang. 

1.   BENDERA PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. 
Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.

   a.   Warna putih : melambangkan kebesaran Duli Yang Maha    Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

   b.   Warna kuning : melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

   c.   Warna hitam : melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.


2.   BENDERA MALAYSIA

Jalur Gemilang

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.
------------------------------------------------------
Sepanjang aku ditemuduga oleh pegawai Kerajaan, soalan yang selalu ditanya :
a. Isu semasa
b. Jawatan yang dipohon
c. Pengetahuan Am
d. Maksud warna bendera
e. Asas bahasa Inggeris

Tiga temuduga berikut telah berjaya aku harungi, Alhamdulillah..aku berjaya menjawat semua jawatan tersebut dalam tempoh masa yang berasingan.

1. Pembantu Tadbir N17 (Kesihatan)
2. Pegawai Penerangan S41 (Penerangan)
3. Guru DG41 (Pendidikan)

Yang penting jangan tinggal solat dan selalu berdoa kepada Allah. Yakin akan kuasa Allah. Dia yang memberi rezeki, bukan orang lain.

Semoga Berjaya Isteriku. :-)
Dan rakan-rakan yang lain.

Friday, February 11, 2011

INTERNET dan Perkembangannya

Apa Itu Internet?

Internet MapInternet adalah jaringan komputer yang saling terhubung secara global yang memungkinkan pengguna internet saling bertukar informasi/data melalui jaringan tersebut. Internet adalah sistem komunikasi data berskala global, suatu infrastruktur yang terdiri dari hardware dan software yang menghubungkan komputer yang berada di jaringannya.
Ringkasnya, Internet ialah jaringan komputer yang terhubung dan saling berinteraksi satu sama lain dalam skala global.

Ringkasan Sejarah Internet

Kemunculan internet dimulai pada 1966, oleh ARPA (Advanced Research Project Agency – Salah satu divisi di departemen pertahanan U.S.) dengan idea yang sangat mudah: membuat jaringan komputer military yang mampu bertukar data dari tempat yang jauh.
Di tahun 1969, ARPA dengan ARPANET-nya berhasil menghubungkan dua komputer di University of California, Los Angeles dan SRI International di Menlo Park, California. Hal ini lah yang menjadi salah satu embrio kelahiran internet.
Di tahun 1974, TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) diperkenalkan dan menjadi sangat popular serta diterima di tahun 80-an. TCP/IP adalah standard komunikasi data yang digunakan untuk proses tukar-menukar data dalam jaringan internet. Ringkasnya, TCP/IP adalah protokol/aturan yang digunakan bersama dalam mentransfer data dari satu komputer ke komputer lain dalam jaringan internet.
TCP/IP menggunakan skema pengalamatan yang disebut IP Adress. Satu skema yang memberikan satu alamat kepada satu mesin komputer, yang membuat data yang disimpan di dalamnya dapat diakses oleh komputer lain. Contoh IP Address: 205.116.008.044.
Pada Oktober 1984, sistem domain name (.com, .org, .gov, .edu, etc) diperkenalkan. Domain name adalah satu cara untuk membuat internet menjadi lebih mudah untuk di jelajahi. Ringkasnya begini: Teknologi TCP/IP memberikan satu IP address untuk setiap komputer yang membuatkannya dapat diakses oleh komputer lain. IP address ini terdiri dari beberapa susunan angka, contohnya: 192.12.12.98 . Domain name adalah satu usaha untuk membuat internet menjadi lebih mudah dengan cara menjadikan domain name sebagai “alias” dari IP address. Lebih mudah menaip bloggingly.com daripada 192.12.12.98 kan
Jun 1987, format gambar gif ditemukan. GIF, atau graphic interchange format adalah salah satu format gambar digital yang relatif lebih efisien (karena ukurannya yang lebih kecil) daripada format gambar lain (misalnya, .JPEG)  internet menjadi lebih berwarna dengan berbagai gambar dalam format .gif.
November 1990, format World Wide Web atau www diperkenalkan oleh Tim Barners Lee, seorang karyawan CERN (Organisasi gabungan negara-negara eropah yang meneliti teknologi nuklear).
Satu perkara lagi,  pemahaman kita mengenai internet kurang tepat: internet dan world wide web adalah dua hal yang berbeda. Internet adalah jaringan komputer yang terhubung dalam skala global, sedangkan world wide web adalah salah satu layanan internet yang berupa jaringan dokumen atau sumberdaya lain seperti audio, video atau gambar yang saling terhubung oleh hyperlink atau URL (Uniform Resource Locator – alamat web dokumen web yang anda taipkan di address bar browser) yang ditransfer melalui jaringan internet melalui protokol HTTP (hypertext transfer protocol).

Jumlah Pengguna Internet Dunia

BenuaJumlah Pengguna Internet
Asia764,435,900
Afrika86,217,900
Eropah425,773,571
Timur Tengah58,309,546
Amerika Utara259,561,000
America Selatan / Caribbean186,922,050
Oceania / Australia21,110,490
JUMLAH1,802,330,457
Jumlah Pengguna Internet Malaysia dan Negara-Negara Jiran
NegaraJumlah Pengguna Internet
Malaysia16,902,600
Singapura3,370,000
Brunei217,000
Indonesia30,000,000

Ringkasan Statistik

Statistik tahun 2010 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan:
  • Pengguna Internet di dunia pada 2010 adalah 1,802,330,457 pengguna mengikut Internet World Stats.
  • Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 16,902,600 pengguna pada 2010. Jumlah ini adalah 66% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
  • Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 357%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.
  • Internet World Stats mencatatkan terdapat 764.4 juta pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (425.8 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (259.6 juta pengguna) pada 2010.
    Ini menunjukkan peluang perniagaan Internet yang amat luas bagi kita di Malaysia oleh kerana pencapaian pelanggan Asia adalah lebih mudah!

Laporan penggunaan bahasa di Internet

Bahasa Malaysia: Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 17 juta pengguna Internet di Malaysia (menurut NITC). Bahasa Malaysia juga digunakan dan difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (30 juta pengguna), 15% daripada pengguna Internet Singapura (menurut ITU), pengguna Internet di Brunei juga turut menambahkan kepada statistik penggunaan bahasa Malaysia. Jumlah keseluruhan pengguna Internet yang merupakan pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 50 juta pengguna Internet!
Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan rata-rata digunakan sebagai pengantara perniagaan Internet antarabangsa. Negara-negara membangun juga di Asia, timur tengah dan Afrika selatan turut mendedahkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ini menyumbangkan kepada majoriti pengguna Internet memahami bahasa Inggeris.
Saya harap anda juga turut teruja dengan statistik di atas. Lihat betapa luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dalam bahasa Malaysia. Lihat sahaja statistik pengguna Internet di Malaysia yang merupakan 38% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Adakah peratusan ini akan berkurangan pada tahun-tahun yang akan datang? Sudah tentunya tidak!
Bagaimana pula dengan jumlah penggunaan Internet sedunia iaitu hampir 2 billion? Dan anda mempunyai akses untuk menjalankan perniagaan dengan hanya RM13 sebulan!
Setiap tahun, kenaikan jumlah pengguna Internet naik dengan mendadak sejajar dengan perkembangan teknologi.Sekiranya anda sedia ada mempunyai perniagaan bukan Internet, ini adalah masanya untuk anda mendapatkan pasaran di Internet!

Tuesday, November 23, 2010

Freemason : Fatwa Arab Saudi

Untuk perhatian kita semua..!

-----------
Freemason adalah sebuah pertubuhan politik sulit bertujuan menamatkan perbuatan baik dan sistem keagamaan sedunia dengan menggantikannya kepada sistem tanpa agama serta undang-undang ciptaan manusia. Mereka mengatur revolusi serta menggantikan satu pemerintah dengan pemerintah lain, atas dasar kebebasan pemikiran dan kepercayaan.

Ini jelas disebut seorang daripada mereka ketika persidangan pelajar berlangsung pada tahun 1865 selepas masihi di Kota Liege, iaitu salah satu pusat kegiatan Freemason. Dia menyebut; manusia wajib menolak Tuhan dan memerangiNYA. Hendaklah seseorang itu menghancurkan kepercayaan langit dan mengoyaknya seperti kertas.

Ia tercatat dalam Perhimpunan Agung Mason (Masonic Grand Lodge, 1922, hlm.98), “Kami akan mengukuhkan kepercayaan bebas dalam pemikiran individu menerusi kuasa yang kami miliki, dan kami melancarkan perang sebenar terhadap musuh sejati manusia iaitu agama.

Freemason adalah salah satu pertubuhan sulit tertua yang masih wujud, sedang kewujudan sebenarnya masih tidak jelas terhadap kebanyakan penduduk. Bahkan ahli-ahli mereka tidak diketahui, kerana plot kepimpinan mereka cukup tersembunyi dan rahsia. Namun mereka cukup menyanjung usaha merealisasikan perancangan serta objektif pertubuhan (Freemason). Kebanyakan agenda dijalankan secara lisan, kerana bukti bertulis tidak dapat ditemui.

Teori pertubuhan dan cara kerja Freemason banyak diambil dari tradisi lama Yahudi. Fakta ini dikuatkan bahawa idea dan ajaran Yahudi menjadi asas penubuhan Freemason (The Grand Lodge) pada tahun 1717 masihi. Ini termasuklah prinsip dan simbol pertubuhan. Ini boleh dilihat dalam kenyataan terkandung dalam majalah Masonic Acacia, bahawa “Kita boleh menemui ramai Yahudi di kalangan ahli-ahli Freemason” (isu no.66, tahun 1908)

Satu-satunya pertubuhan yang giat memusnahkan kepercayaan agama ialah Freemason. Kepercayaan tersebut menyamai kepercayaan Yahudi. Simbol mereka ialah 6 bucu bintang iaitu Star of David. Yahudi dan Freemason menganggap mereka adalah keturunan daripada roh pembina Kuil Sulaiman (Temple of Solomon). Manakala, dalam Protokol Orang-Orang Besar Zion menyerlah hasrat sebenar mereka mahu memusnahkan kepercayaan beragama.

Sememangnya wujud hubungan antara Freemason dan Yahudi dalam mengatur konspirasi serta agenda menjatuhkan sesebuah kerajaan. Seruan kebebasan pemikiran yang didukung dari idea cetusan Freemason sebenarnya menyebabkan kemusnahan moral di dunia serta banyak kerosakan sosial dan lain-lain.

Atas dasar ini, mana-mana Muslim yang menyertai pertubuhan Mason (atau pro-Mason) telah menjadi kafir kerana mendukung kepercayaan serta agenda mereka. Mereka diseru agar segera bertaubat. Sebaliknya, jika dia masih meneruskannya, hukuman mati (hadd - kerana terkeluar dari Islam) adalah wajib ke atasnya dan kematiannya dalam golongan kafir. 

Petikan ehsan dari http://krenmaut.blogspot.com