Pages

Showing posts with label LEGO. Show all posts
Showing posts with label LEGO. Show all posts

Monday, January 18, 2016

THE HOT DOG MAN

Nama : The Hot Dog Man
Keluaran : Lego
Siri : 13
Harga Asal : RM 12.90
Harga Semasa : RM 50.00 (dijangkakan harga item ini akan naik lagi dari masa ke semasa)



Tuesday, October 20, 2015

CUCU SINGGAH TUMPANG KENCING (Lego Series 10 Paintball Player)

Dalam siri Lego Minifigure, terdapat beberapa barang yang boleh dibuat collection.
Cuba perhartikan helmet pada gambar di bawah, ianya diambil dari Minifigure Paintball Player siri ke 10.
Helmet dia detail dan aku tak jumpa lagi dijual dalam set-set yang lain.


Harga di mazon.com buat masa ini ialah $12.95

Wednesday, September 16, 2015

Storm Trooper Minifigure (75078)

Storm Trooper Minifigure (75078)


LEGO Star Wars : Rebels

Mode : Mendongak

Saturday, August 22, 2015

MINIATURE JENTOLAK

Lokasi : Manjung, Perak.
Masa : 12.30 tengah hari.
HP : Sony Xperia Z1
Aplikasi : Snapseed
  1. Gambar di atas diambil pada pukul 12.30 tengah hari.
  2. Cahaya yang cukup mampu membuatkan objek menjadi lebih "sharp".
  3. Cahaya yang samar2 menjadikan imej kelihatan blur dan "pecah".

Friday, August 21, 2015

KASHYYYK TROOPER DI PADANG SEKOLAH

Lokasi : Parking kereta, SMK Dato' Bendahara CM Yusuf
Lego Minifigure : Kashyyyk Trooper
HP : Sony Xperia
Applikasi : Snapseed


  1. Gambar di atas dipetik dari filem Star Wars : The Revenge of the Sith (2005).
  2. Dalam filem ini, dua clone troopers telah diarahkan untuk membunuh Master Yoda sebagai menurut perintah untuk menghapuskan golongan Jedi.

Wednesday, July 22, 2015

SPIDERMAN UNMASKED

Lokasi : Rumah Bonda, Batu Gajah
H/P : Sony Z1
Applikasi : Snapseed

Thursday, August 28, 2014

Lego Minifigure : Batman & Wolverine

Fuhh..lamanye tak update blog.
Sekali-sekala layan hobi yang dah lama terbengkalai ni, memang syok.
Bulan lepas tengok mudah.my, terjumpa minifigure Batman & Wolverine ni. Nego lebih kurang, terus aku jadi beli. Tempoh penghantaran ambil masa 2 hari.
Pada korang yang tak kenal dan tak minat LEGO ni, memang rasa satu pembaziran. Pada yang suka, ianya dianggap terapi. Cewah.
Maklumlah harganya mahal. Nak dibandingkan jenama tiruan buatan China, memang jauh bezanya.
Harga RM4.80. Sesuai dibeli untuk anak-anak kecik main. Rosak atau hilang, boleh terebankan ajer.
Tetapi kalo model LEGO, orang beli buat koleksi. Comel.
Nak bela kucing, ikan atau arnab memang tak lalu ler, macam mana nak tinggalkan depa kalau kita nak bercuti panjang? Jenuh nak bela benda hidup ni. Kalau terabai, jawab la sendiri.
Dah jadi fenomena pulak sekarang ni, ramai yang minat LEGO. Cer try pergi Amcorp Mall, rata-rata peniaga toys di sana jual Hot Wheels, LEGO, Star Wars dan Transformers.
Maksudnya, permintaan dari peminat memang tinggi.
Hobi aku tatkala boring, snap gambar molek2 dan share di Instagram.
Akan datang aku belanja lagi gambar-gambar model LEGO lain yang aku ada.
Wassalam.

Sunday, December 9, 2012

LEGO

Rock rock jugak...Hobi sampingan ni aku tak boleh ketepikan.
Aku seorang peminat LEGO.
Dah besor panjang (ada duit sendiri) baru mampu nak beli produk ni.
Bila Shell ofer mainan LEGO dengan setiap pembelian produk Shell, aku dah tak buleh tidur malam untuk mendapat semua stok yang depa tawarkan.
Kotak putih ni antara produk LEGO yang terakhir aku beli di SHELL.
Agak mahal. Tapi nak buat macam mana, dah terjebak. Alang-alang nak kumpul, biar kumpul semua.
Masih berbalut kemas. Kompem tak ada calar. 
Ada disertakan kertas manual untuk corak susunan model-model LEGO. Korang takkan boleh susun sesuka hati. Sebabnya, depa dah siapkan tapak-tapak khas mengikut panjang pendeknya kedudukan tayar bagi setiap model LEGO. Ianya UNIK.
Berkilat. Kompem tak sesuai nak letak kat dashboard kereta korang. Besar sangat.
Tadaa...Semua model LEGO kat atas dah siap aku beli satu persatu. Dengan isi minyak RM40.00 (RON95).
Siap. Pasti benda ni bertahan sampai aku pencen kot.
Lengkap jugak semuanya dalam tempoh sebulan.
Buat masa ni aku letakkan set ni kat atas peti ais. Dah tak muat nak taruk kat dalam almari hiasan. Habuk?? Kena lap setiap minggu.
  • Aku beli model LEGO ni dengan setiap pembelian produk SHELL bernilai RM40 (minyak petrol) + RM12.90. Kecuali minifigures (3 orang model beserta equipment), kena beli minyak V-Power + RM10.90.
  • Sesetengah kedai minyak Shell ada menjual model di atas tanpa perlu isi minyak RM40.00, depa letak harga hampir RM20.00 bagi setiap model. Aku tak suka cara macam tu.
  • 6 kereta model LEGO + minifigure tu aku dapat beli dengan mudah, tapi housing di atas tuh agak sukar. Sebabnya banyak kedai-kedai petrol SHELL dah kehabisan stok. Naya dibuatnya...Jenuh aku pusing Manjung, Ayer Tawar, Lumut dan Sitiawan. Last-last dapat jugak di Shell Pundut. Haha..kat mana tu?
  • Mungkin pasni aku nak teruskan ngumpul model LEGO. Aku nak jadi DATUK BANDAR LEGO pulak.
  • Permainan LEGO ni lebih banyak kebaikannya dari permainan yang lain. Ia membentuk pemikiran yang kreatif. Sayangnya...produk LEGO dijual dengan harga yang sangat mahal.