Berikut saya share video berkaitan topik Struktur Kawalan Pilihan untuk subjek Asas Sains Komputer (tingkatan 1)
Dalam video ini terkandung subtopik :
a. Struktur Kawalan Pilihan Tunggal
b. Struktur Kawalan DwiPilihan
c. Struktur Kawalan PelbagaiPilihan
Semoga beri manfaat kepada semua.
Monday, July 6, 2020
Sunday, February 16, 2020
VIDEO PDPC CEPAT MEMBACA HADI DAN HUDA (CMHH)
Program Cepat Membaca Hadi dan Huda (CMHH) adalah salah satu inisiatif ke arah kemajuan murid-murid PASTI.
Video PDPC ini dibikin di PASTI Ar-Ridzuan, Meru Raya, Ipoh.
Layan...
Thursday, July 4, 2019
VIDEO REVIEW BUKU "THE COMPLETE HISTORY OF SIL KHANNAZ"
Jika anda peminat tegar dan membesar dengan muzik mereka. Buku di atas wajib anda beli. Aku mendengar lagu-lagu mereka seusia 15 tahun (1996) menerusi album kompilasi The Gathering (abang aku beli) bersama dengan band Suffercation, D'Cromok, FTG, Carburator Dung, Senseless dan lain-lain.
Sejarah awal penubuhan Sil Khannaz bermula di tahun 1987 di mana saat negara kita ini sedang dilanda oleh gelombang rock kapak. Dikala itu, Jaie, CD Naz & Din Pendita Gila mendapati diri mereka berkongsi minat yang sama pada sebuah band black metal tempatan, 'Blackfire'. Diinspirasikan dari kumpulan Blackfire dan ditambah pula dengan penyertaan sahabat karib mereka (Che Mat) maka terbentuklah kumpulan Sil Khannaz dengan Jaie bertindak sebagai (vokal), CD (gitar), Din (bass) dan Che Mat (drum).
Dapatkan buku ini sekarang beserta tanda tangan anggota-angota band. Diselitkan juga DVD Live Sil Khannaz.
Thursday, May 2, 2019
SELAMAT HARI GURU 2019
Berat, jika dianggap berat,
Mudah, jika mengambil mudah
Mulia, jika dilaksana dengan sepenuh jiwa raga dan Lillahita'ala.
Selamat Hari Guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)
