Pages

Sunday, May 30, 2021

KAEDAH AMBIL DARIPADA BAKI (PENUKARAN NOMBOR PERPULUHAN KEPADA NOMBOR PERDUAAN)

Matapelajaran Asas Sains Komputer

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25)




PEMBENTANGAN JAWATANKUASA TUGASAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH TS25:

KUMPULAN 1
Perkongsian Buletin Infografik Dasar Pelaksanaan Program TS25 kepada semua guru di sekolah.
En. Khiew Wai Mun ( SLT ) 
Pn Suzana binti Abd Aziz ( MLT ) 
Pn. Nur Adila bt Ibrahim ( Ketua ) 
Pn. Noorul Syafini bt Musa 
Pn. Nur Adibah Bt Ismail 
En. Lee Sheng Yue 
Cik Mazlinda bt Ahmad Noh

KUMPULAN 2
Analisis mengenal pasti kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang di sekolah.
Pn. Rasfa Roziana binti Abdul Rashed (SLT ) 
Pn.Norazlin bt Sharifuddin( MLT) 
En. Ling Wang Huat( Ketua ) 
Pn. Gomathi a/p Muniandy 
Pn. Parimalar Kanni a/p Krishnan 
Pn. Nor Akma bt Yahaya

KUMPULAN 3
Pelaksanaan Program Kesedaran TS25 di sekolah.
Dr. Mashita binti Abdullah ( SLT ) 
Cik Woo Siew Ing ( MLT ) 
Pn. Shudilah bt Mohd Nor ( Ketua ) 
Pn. Pn. Sohana bt Mat Kasa 
Pn. Nurul Marliana bt Badruldin 
Pn. Aslinda bt Jaafar 
Cik Sapura bt Abdul Jamil 
En. Ravichandran a/l Arumugam

KUMPULAN 4
Menetapkan dan mengenalpasti Bidang Keberhasilan Utama (KRA) sekolah selaras dengan hala tuju Program TS25.
Pn.Junaidah bt Kamaruddin ( SLT ) 
Pn.Juliana binti Mohamed ( MLT ) 
Pn. Nazhatul Shima bt Aziz ( Ketua ) 
En. Ling Gear Leong 
En. Ahmad Jaafar b Khalid 
Pn. Aini bt Bakri

KUMPULAN 5
Membuat refleksi kendiri terhadap cabaran yang dihadapi berdasarkan fasa mengurus perubahan  8 langkah Kotter dan cadangan penambahbaikan.
En. Khiew Wai Mun ( SLT ) 
Pn. Halifah bt Ali ( Ketua ) 
Pn. Wong Shye Nee 
Cik Lee King Hiong 
Pn. Nor Azura Hamid 
Pn. Wan Haswani bt Wan Ishak

KUMPULAN 6
Inisiatif Kolaboratif melibatkan Pemegang Taruh.
En. Phang Hang Kuok (SLT ) 
En. Balamurugan a/l Nadeson ( Ketua ) 
En.Muhammad Rozni b Sardiman 
En. Rosli b Abdul Jalil 
Pn. Teong Chooi Hua 
Pn. Norkhursiah bt Abdul Rahman


KUMPULAN 7
Simulasi Bimbingan dan Pementoran.
En. Chan Wai Sang 
En. Muhammad Arif Johari b Dzulkifli ( Ketua ) 
En. Norhalis Syafiq b Baharudin 
Pn. Noor Zamzarina bt Zabidi 
En. Mohamad Nazreen 
En. Putranizam b Zakaria 
En. Azren b Ahmad Lahury 
Pn. Zapidah bt Ibrahim 
Pn. Nazira bt Zulkiply 
Pn. Izuati bt Mohamed


Saturday, April 3, 2021

9 FAKTA COVID-19

Pengenalan

Sejak mula dilaporkan pada Disember 2019, perkataan Coronavirus dan COVID-19 kini menjadi perhatian dan bualan dalam segenap lapisan masyarakat baik yang tua mahupun yang muda.  COVID-19 tidak lagi asing bagi masyarakat Malaysia bahkan di seluruh dunia. Sehingga 6 Oktober 2020, sebanyak 36 juta kes melibatkan lebih 1,054,604 kematian telah dilaporkan di seluruh dunia. Di Malaysia pula sebanyak 13,504 kes telah dilaporkan dengan jumlah kematian sebanyak 141 orang. Hal ini amat membimbangkan pelbagai pihak kerana angka ini terus meningkat saban hari. Untuk mengekang penularan virus ini, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini berlanjutan hingga fasa ke-enam dari 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.  Walaupun hampir 9 bulan semenjak virus ini mula ditemui, masih ramai antara kita yang tidak tahu perkara penting tentang COVID-19. Oleh itu, 9 fakta akan diulas untuk memastikan rakyat Malaysia memahami isu-isu penting mengenai COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

  1. Apakah itu Coronavirus?

Coronavirus merujuk kepada satu kumpulan virus yang besar yang juga merangkumi virus-virus lain yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia termasuk SARS-CoV (Severe Acute Respiratory Syndrome), MERS-CoV (Middle East Respiratory Syndrome) dan virus-virus lain.

Perkataan COVID-19 itu sendiri sebenarnya bukan merujuk kepada virus tetapi merujuk kepada nama penyakit yang disebabkan jangkitan Coronavirus. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kemudiannya membuat keputusan untuk menamakan virus ini secara rasmi sebagai Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2 (SARS-CoV). Untuk mengelakkan kekeliruan dengan wabak SARS yang melanda Asia pada awal tahun 2003, WHO telah menamakan penyakit yang disebabkan SARS-CoV ini sebagai Coronavirus Disease 2019 (COVID-19).

  1. Apakah asal-usul SARS-CoV?

Pernah viral di media sosial bahawa SARS-CoV merupakan virus hasil ciptaan biokejuruteraan di makmal namun semuanya berita palsu semata-mata. Tiada bukti kukuh yang boleh menunjukkan SARS-CoV dicipta oleh manusia di dalam makmal melalui teknik biokejuruteraan. Malah, nama virus ini sendiri iaitu SARS-CoV yang berkait rapat dengan virus yang menyebabkan penyakit SARS, menunjukkan bahawa virus SARS-CoV ini wujud secara semula jadi.

Beberapa orang saintis dari China telah berjaya membuktikan bahawa virus SARS-CoV ini mempunyai ciri persamaan sebanyak 91.02% apabila dibandingkan dengan virus Pangolin-CoV (Coronavirus dalam tenggiling) dan 90.55% dengan BatCoV (Coronavirus dalam kelawar - RaTG13) di peringkat genom. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika virus ini berasal daripada haiwan mamalia yang kemudiannya menjangkiti manusia.

Rajah 1. Perbandingan genom DNA SARS-CoV, Pangolin-CoV dan BatCov RaTG13 yang menunjukkan persamaan sehingga 90%. (Sumber Zhang et al. 2020)

  1. Apakah variasi gejala dan simptom akibat jangkitan Coronavirus?

Simptom penyakit COVID-19 adalah tidak spesifik dan boleh dikategorikan daripada tidak mempunyai sebarang simptom hingga sangat teruk dan boleh membawa maut. Simptom akan mula ditunjukkan dalam tempoh 2 minggu selepas seseorang itu terdedah kepada virus ini. Berdasarkan analisis, kebanyakan pesakit COVID-19 tidak menunjukkan apa-apa simptom. Malah, anggaran pesakit COVID-19 yang tidak menunjukkan apa-apa simptom adalah setinggi 78%.

Bagi yang mempunyai simptom, menurut sebuah kajian daripada China, simptom yang paling kerap dilaporkan ialah demam (83.21%) dan batuk (61.74%) dan juga keletihan (30.22%). Simptom-simptom lain yang telah dilaporkan adalah seperti sakit sendi, penghasilan kahak, kesukaran bernafas, pening kepala, sakit tekak, mabuk, muntah, cirit birit, sakit dada, hidung tersumbat, selesema dan hilang selera makan. Untuk tahap jangkitan yang sangat teruk, pesakit COVID-19 boleh mendapat jangkitan paru-paru yang seterusnya menyebabkan radang kepada kantung udara paru-paru dan mempunyai kesukaran yang amat teruk untuk bernafas sehingga memerlukan bantuan alat pernafasan.

  1. Adakah generasi muda kebal daripada jangkitan Coronavirus?

Semua peringkat umur mempunyai risiko untuk dijangkiti jika terdedah. Malahan, pesakit termuda yang terkorban di Malaysia ialah kes positif ke-2864 Malaysia iaitu wanita berusia 23 tahun dan memiliki rekod menghidap penyakit tiroid.

Analisis yang dilakukan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan China menunjukkan bahawa kesemua kumpulan umur boleh dijangkiti COVID-19. Kes paling muda dilaporkan ialah bayi berusia 3 bulan dan paling tua berusia 104 tahun. Oleh itu, semua individu tanpa mengira umur perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan jangkitan virus SARS-CoV ini.

Kumpulan Umur (tahun)

Prevalens (%)

0-9

0.9

10-19

1.2

20-29

8.1

30-39

17.0

40-49

19.2

50-59

22.4

60-69

19.2

70-79

8.8

≥80

3.2

Jadual 1. Kadar prevalens jangkitan COVID-19 mengikut kumpulan umur di negara China (Sumber: Chinese Center of Disease Control and Prevention).

  1. Mengapa kadar kematian lelaki adalah lebih tinggi berbanding wanita bagi pesakit COVID-19?

Lelaki dan wanita mempunyai risiko yang sama untuk dijangkiti COVID-19. Walau bagaimanapun, Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan statistik bahawa kadar kematian lelaki adalah sebanyak 63 % di Eropah. Di Malaysia sehingga 27 Ogos 2020, daripada 125 kematian, 95 daripadanya ialah lelaki.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada hal ini. Faktor pertama ialah kerana lelaki mempunyai kepekatan Angiotensin-Converting Enzyme 2 (ACE2) yang lebih tinggi di dalam darah. Protein ACE2 menyedia laluan masuk untuk virus SARS-CoV dan lebih mudah menginfeksi sel-sel terutamanya sel pada bahagaian paru-paru. Selain itu, bilangan lelaki yang mempunyai penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kegagalan buah pinggang dan hati juga adalah lebih tinggi daripada wanita juga menjadi   faktor penyumbang kepada peningkatan bilangan kes dalam kalangan lelaki. Gaya hidup lelaki yang lebih suka keluar rumah, tidak mematuhi langkah pencegahan dan merokok juga dipercayai menjadi punca kadar kematian yang tinggi dalam kalangan lelaki.


Rajah 2. Data menunjukkan jumlah kes kematian mengikut jantina di Malaysia [sumber daripada Department of Statistic Malaysia (DOSM)]

  1. Apakah kesan jangkitan Coronavirus kepada penyakit sedia ada?

Sememangnya penyakit sedia ada (ko-morbiditi) akan membawa kepada kesan dan komplikasi yang lebih serius kepada pesakit COVID-19. Statistik di Malaysia menunjukkan bahawa kebanyakan kematian COVID-19 di Malaysia merupakan daripada pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Namun begitu, sebanyak 74.07% pesakit COVID-19 tidak menghidapi sebarang penyakit sedia ada (ko-morbiditi).  

  1. Bolehkah COVID-19 disebarkan melalui air mata, najis atau secara seksual?

Beberapa kajian telah dilakukan menunjuk virus SARS-CoV boleh muncul di dalam air mani, najis dan air mata pesakit COVID-19 namun belum ada kes COVID-19 dilaporkan disebarkan melalui cara-cara tersebut. Menurut Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO), hanya tiga cara diketahui untuk COVID-19 disebarkan. Pertama, melalui titisan daripada simptom pernafasan (batuk dan bersin) apabila berada dalam  jarak 1 meter. Kedua, virus juga boleh disebarkan dalam bentuk ‘fomite’ iaitu melalui titisan saluran pernafasan yang jatuh ke persekitaran sekeliling pesakit COVID-19. Yang ke tiga, virus boleh menjangkiti melalui kontak terus dengan pesakit atau dengan objek yang dipegang atau digunakan oleh pesakit.  Satu kajian di Universiti California menunjukkan virus SARS-CoV boleh hidup di atas permukaan kadbod selama 24 jam dan di atas permukaan plastik dan besi untuk tempoh 2-3 hari.

Rajah 3.  Perbandingan tempoh jangka hayat Coronavirus pada permukaan yang berbeza dalam situasi normal (Sumber dari Neeltje VD et al, NEJM)

  1. Adakah penjarakan sosial, penutup muka dan pelindung mata berkesan bagi mengelakkan jangkitan COVID-19?

Seperti yang diketahui, penyebaran COVID-19 adalah melalui titisan daripada saluran pernafasan (batuk dan bersin) pada jarak 1 meter dan juga kontak secara dekat. Oleh yang demikian, langkah pencegahan adalah amat penting untuk mengekang virus daripada terus tersebar. Satu kajian secara ‘systematic review dan meta-analysis’ telah dilakukan untuk mengkaji jarak optimum untuk mengelakkan daripada jangkitan dan melihat keberkesanan penggunaan penutup muka dan pelindung mata. Hasil daripada kajian tersebut mendapati jarak fizikal 1 meter dan lebih adalah lebih selamat dan mengurangkan kadar penyebaran virus. Selain itu, penggunaan penutup muka berjaya mengurangkan kadar penyebaran dengan penggunaan penutup muka N95 adalah yang terbaik berbanding penutup muka yang lain. Akhir sekali, pelindung mata juga dapat mengurangkan kadar infeksi. Oleh itu, masyarakat perlulah mengamalkan penjarakan sosial, penggunaan penutup muka dan pelindung mata ketika berada di luar untuk memutuskan rantaian jangkitan virus ini.

Rajah 4. Perbandingan langkah-langkah pencegahan dan peluang untuk menyebarkan COVID-19. (Sumber daripada Chu DK et al.)

  1. Penawar bagi COVID-19 sudah ditemui?

Sehingga hari ini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau mana-mana agensi kesihatan dan negara-negara dunia tentang penawar khusus bagi penyakit COVID-19 ini. Vaksin bagi COVID-19 pula akan mengambil masa yang agak lama untuk disediakan dengan sempurna. Namun begitu, WHO bersama 90 buah negara termasuk Malaysia telah bekerjasama melancarkan percubaan klinikal solidariti untuk mencari rawatan bagi COVID-19.

Percubaan klinikal solidariti adalah percubaan melibatkan penggunaan ubat-ubatan yang pernah digunakan untuk merawat penyakit lain dan mendatangkan hasil positif kepada pesakit COVID-19. Antara ubatan yang diumumkan oleh WHO untuk digunakan dalam percubaan ini ialah Remdesivir (menunjukkan kesan positif untuk merawat MERS dan SARS), Lopinavir/Ritonavir (digunakan untuk merawat HIV) dan Chloroquine dan Hydroxychloroquine (digunakan untuk merawat Malaria dan penyakit reumatologi).

Penggunaan plasma pesakit COVID-19 yang sudah sembuh daripada COVID-19 juga sedang giat dijalankan di peringkat antarabangsa namun hasilnya masih lagi tidak diketahui. Ketua Pengarah Kesihatan      Malaysia, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah membuat beberapa kenyataan akhbar berkenaan penglibatan Malaysia dalam percubaan ini dan penggunaan rawatan ubat-ubatan ini.

Kesimpulan

Masih banyak maklumat tentang COVID-19 dapat diketahui hasil daripada bacaan dari yang sumber yang sahih. Akhir kata, semua rakyat Malaysia seharusnya mengikuti arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh KKM dan pakar kesihatan yang diiktiraf dari semasa ke semasa dalam menghadapi pandemik COVID-19 ini. Sama-samalah kita bersama untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.


Rujukan : http://covid19.kk.usm.my/index.php/artikel/bacaan-umum/79-9-fakta-mengenai-covid-19

Monday, September 28, 2020

SOULFLY : MAJALAH ROTTW ISU 181 (2012)

Soulfly bergenre Nu metal (awal), Thrash metal dan Groove metal. Gambar dipetik dari Majalah ROTTW isu 181 tahun 2012. Soulfly diketuai oleh bekas penyanyi kumpulan Sepultura, Max Cavalera yang membentuk band ini selepas dia meninggalkan band Sepultura pada tahun 1996.

Soulfly menggabungkan banyak pengaruh muzik negara Brazil dan dunia (world) ke dalam setiap lagu-lagunya.









Monday, July 6, 2020

STRUKTUR KAWALAN PILIHAN

Berikut saya share video berkaitan topik Struktur Kawalan Pilihan untuk subjek Asas Sains Komputer (tingkatan 1) Dalam video ini terkandung subtopik : a. Struktur Kawalan Pilihan Tunggal b. Struktur Kawalan DwiPilihan c. Struktur Kawalan PelbagaiPilihan 😃 Semoga beri manfaat kepada semua.

Sunday, February 16, 2020

VIDEO PDPC CEPAT MEMBACA HADI DAN HUDA (CMHH)


Program Cepat Membaca Hadi dan Huda (CMHH) adalah salah satu inisiatif ke arah kemajuan murid-murid PASTI.
Video PDPC ini dibikin di PASTI Ar-Ridzuan, Meru Raya, Ipoh.
Layan...

Thursday, July 4, 2019

VIDEO REVIEW BUKU "THE COMPLETE HISTORY OF SIL KHANNAZ"

Jika anda peminat tegar dan membesar dengan muzik mereka. Buku di atas wajib anda beli. Aku mendengar lagu-lagu mereka seusia 15 tahun (1996) menerusi album kompilasi The Gathering (abang aku beli) bersama dengan band Suffercation, D'Cromok, FTG, Carburator Dung, Senseless dan lain-lain.
Sejarah awal penubuhan Sil Khannaz bermula di tahun 1987 di mana saat negara kita ini sedang dilanda oleh gelombang rock kapak. Dikala itu, Jaie, CD Naz & Din Pendita Gila mendapati diri mereka berkongsi minat yang sama pada sebuah band black metal tempatan, 'Blackfire'. Diinspirasikan dari kumpulan Blackfire dan ditambah pula dengan penyertaan sahabat karib mereka (Che Mat) maka terbentuklah kumpulan Sil Khannaz dengan Jaie bertindak sebagai (vokal), CD (gitar), Din (bass) dan Che Mat (drum).
Dapatkan buku ini sekarang beserta tanda tangan anggota-angota band. Diselitkan juga DVD Live Sil Khannaz.

Thursday, May 2, 2019

SELAMAT HARI GURU 2019

Berat, jika dianggap berat,
Mudah, jika mengambil mudah
Mulia, jika dilaksana dengan sepenuh jiwa raga dan Lillahita'ala.

Selamat Hari Guru.

Monday, July 2, 2018

SENARAI PENUH JEMAAH MENTERI MALAYSIA 2018

Upacara penerimaan watikah yang berlangsung di Istana Negara hari ini menyaksikan 13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri mengangkat sumpah menjadikan jumlah keseluruhan Menteri seramai 26 orang. Berikut adalah senarai penuh Kabinet Persekutuan 2018.
Sekalung tahniah diucapkan!

Wednesday, December 7, 2016

UKULELE


Perkataan UKULELE berasal dari Hawaii. 
Ianya berasal dari suku sakat gitar bersaiz kecil yang hanya mempunyai 4 tali. Pada abad ke-19, dikatakan sejarah ukulele ni berasal dari Portugis dan dibawa ke Amerika pada abad ke-20. Dari sini, ukulele telah dikenali diserata dunia.
Ukulele mempunya pelbagai ton dan kekuatan bunyi dalam 4 keadaan:
  • Soprano
  • Konsert
  • Tenor
  • Baritone



Sebagaimana gitar, ukulele juga perlu ditune dengan betul agar kord yang terhasil berbunyi standard. Aku hanya guna perisian android bernama Strings Tuner yang korang boleh install melalui Play Store.


Canon in D (C)

Wednesday, September 21, 2016

PEMBINAAN BANNER HARI KOKURIKULUM 2016

Seni ni menyeronokkan. Ia digelar passion.
Walaupun sibuk, bila diberi tugas untuk design banner aku sapu ajer.
Buat banner untuk program sekolah tak dibayar pun. Walaupun kerja yang sama diberi pada kedai pencetak, depa sakau 2 3 4 ratus ringgit untuk kerja design dan cetak.




Wednesday, August 17, 2016

ULASAN FILEM : KIL


Filem Kil, filem indie terbitan anak muda tempatan mengenengahkan permasalahan hidup rakyat marhain di ibu kota, Kuala Lumpur. Sejujurnya aku dah tonton 4 kali.
Aku tekankan di sini bahawa filem ini sangat berbeza dari filem Melayu tipikal di Malaysia sedia ada kerana elemen romantik, misteri dan saspennya berjaya membuatkan aku terpaku di depan TV dari mula saat ditayangkan hingga tamat tayangan. Pihak produksi telah menyuntik elemen-elemen segar untuk menambahkan rasa bagi naskah ini.

Barisan pelakon, Redza Minhat, Cristina Suzanne, Harun Salim Bachik, Hasnul Rahmat, Dira Abu Zahar, Atilia Haron dan Juliana Evan. Beberapa kelibat penggiat seni Indie turut muncul, tapi tak lama.

Sinopsis filem :
KIL (merujuk kepada singkatan Akil dan perkataan kill) merupakan sebuah filem yang bercorak drama, romantik dan misteri yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha dan menampilkan dua pelakon utama iaitu Redza Minhat dan Cristina Suzanne. Mereka berdua telah pertama kali menjadi watak utama melalui filem ini. Filem ini juga merupakan filem pertama Nik Amir. Filem ini mengisahkan mengenai Akil (Redza Minhat), seorang lelaki muda yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Selepas beberapa percubaan membunuh diri yang gagal, Akil telah mengupah sebuah agensi pembunuhan, Life Action Bureau (LAB) untuk membantu dirinya membunuh diri. Ketika tarikh kematiannya semakin dekat, dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang dia temui, Zara (Cristina Suzanne). Selepas itu, dia mula mempunyai fikiran yang was-was untuk mati. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 Mei 2013.





Kekuatan filem ni terletak pada watak utama Akil ( Redza Minhat) dan Zara (Cristina Suzanne). Skrip mereka berdua mantap dan bersahaja. Redza pandai memainkan emosi dengan melakonkan watak sebagai seorang yang pendiam. Tak banyak cakap tetapi mesej dan emosi sampai kepada penonton. 
Zara pulak comel dan bijak menyeimbangkan keadaan dengan skrip dan gaya tubuh.
Antara skrip Zara yang melekat dalam kepala aku sampai sekarang ialah, "Dapat bonus ke, Bang?" :) So sweet...
Tutur kata dari dua pelakon utama ini ditunggu-tunggu. Asyikk..
Dari segi skrip, penggunaan bahasa Melayu 65% dan Inggeris 35% kelihatan begitu natural, mungkin pengarah memberi kebebasan kepada pelakon mengubah skrip mengikut kesesuaian keadaan dan mood semasa.
Lakonan arwah Harun Salim Bachik harus dipuji, lari dari watak komedi yang selalu dipegang. Satu-satunya filem arwah yang banyak menggunakan bahasa rojak.
Rakaman suara dibuat secara real time, tidak seperti kebanyakan filem Melayu yang bikin dubbing (berlakon di lokasi, rakam suara di studio) selepas shooting selesai. Kalau isu dubbing ni, dari lawak tak jadi lawak, dari romantik nak rasa termuntah. Mana tidaknya, pergerakan mulut dan suara tak selari.
Dari sudut sinematografi, pihak produksi banyak menggunakan teknik bokeh. Lokasi pengambaran diambil dari kawasan percuma sekitar Kuala Lumpur. Hanya mohon kebenaran shooting sahaja.

Sound track filem ini sangat ohsem, bait-bait lirik kena dengan perjalanan filem.

1. Butterfingers - Mati Hidup Kembali

2. Pesawat - Rapuh

Filem ini telah berjaya memenangi empat anugerah daripada tujuh pencalonan di Anugerah Skrin 2013 (termasuk Filem Terbaik) dan mengungguli Festival Filem Malaysia ke-26 dengan lima kemenangan dari sebelas pencalonan (termasuk Filem Terbaik).
Ia sebuah filem Melayu yang telah berjaya keluar dari kerangka cliche filem melayu tipikal.
Secara peribadi, aku bagi rating 4.5/5. Cuba tonton dahulu dan nilaikan sendiri.